Betol-betol Hangat! Kepentingan Memiliki Insurans

Oleh Kaki Wayang on

Dewasa ini, Perlindungan insurans amatlah diperlukan..terdapat beberapa syarikat yang menawarkan insurans berlandaskan syariah yang dibenarkan. Salah satu daripadanya adalah Takaful Ikhlas. Dalam tajuk kali ini, admin ingin membincangkan kenapa Insurans begitu penting dalam kehidupan? Sebelum itu, sila lihat video ini terlebih dahulu untuk memahami dengan lebih lanjut lagi akan kepentingan insurans:

1. Untuk melindungi pendapatan keluarga
Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan.

2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.

3. Suatu pelan untuk pendidikan anak – anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak – anak mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.

4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insuran

hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.

5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/ kesihatan yang tinggi.

6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.

7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat.

8. Perlindungan perniagaan keluarga
Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga
.
9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh
Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.

10. Sebagai sokongan kepada rakan
Orang membeli insurans hayat kerana seribu satu sebab. Tidak dinafikan, ada yang membeli insurans hayat untuk menyokong seorang rakan ejen.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...