PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Keliru! Samsung Galaxy S ll atau Samsung Galaxy Note?

Oleh Kaki Wayang on


Samsung Galaxy S ll



Samsung Galaxy Note

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Keliru! Samsung Galaxy S ll atau Samsung Galaxy Note?

Betol-betol Sengal! Budak maut dibasuh dalam mesin basuh!

Oleh Kaki Wayang on

GAMBAR Bastien dan jambangan bunga yang diletakkan berhampiran kediaman keluarganya, semalam. 

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas bapanya memasukkannya ke mesin basuh dan menghidupkan suisnya sebagai hukuman.

Christophe Champenois, 33, dituduh mengikat tubuh kanak-kanak itu, Bastien yang telanjang bulat dan dimasukkan ke mesin basuh di kediaman keluarga terbabit dekat Paris. Champenois dikatakan ingin menghukum kanak-kanak itu selepas dia membuang lukisan rakan sekelasnya ke mangkuk tandas. Ibu Bastien, Charlene, 25, mengeluarkan anak lelakinya dan mendukung tubuh mangsa yang terkulai sebelum berkejar ke rumah jiran sambil memberitahu anak lelakinya itu jatuh tangga.

Jiran terbabit, Alice, menceritakan mengenai detik menyayat hati itu.

“Saya mendukungnya dan berasa seperti boneka yang patah. Saya dapat rasakan degupan terakhir jantungnya. Charlene tidak bergerak dan mukanya merah padam. Dia tidak faham yang anak lelakinya sudah tidak bernafas lagi,” katanya.

Pasangan itu tetap mengatakan Bastien mengalami kemalangan dan jatuh tangga.

Bagaimanapun, anak perempuan pasangan itu yang berusia lima tahun mendedahkan adik lelakinya dikunci dalam mesin basuh dan ia bukan kali pertama berlaku.

Kadangkala dia dikunci dalam almari pakaian selama dua jam.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Budak maut dibasuh dalam mesin basuh!

Betol-betol Sengal! Budak 10 tahun jadi toyol ajaib!

Oleh Kaki Wayang on

BUKTI...rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak yang menceroboh pejabat sekolah dan melarikan komputer riba. 

Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.

Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.

Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.

Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.

Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Budak 10 tahun jadi toyol ajaib!

Edisi Gempak! "Aku" Pemenang Contest Karangan EqbalZack

Oleh Kaki Wayang on

Alhamdulillah..berkat dan rezeki serta usaha..menang juga akhirnya..meh kita tengok senarai pemenang Writing Contest yang dianjurkan oleh EqbalZack ni kat blognya..

Sebelum tu..meh baca KARANGAN yang memenangi contest ini yerr..






Seperti yang dijanjikan Yazid Yahya dan Mohd. Khairi akan dibelanja minum Tea O je ok..jangan lebih-lebih..yang lain-lain kalau jumpe kat Kuantan leh lah belanje korang juga..hehehehe..TQ yang support yer..pada juri-juri lain kali bagi Kaki Wayang menang lagi k..pada EqbalZack..nanti buat contest tambahkan lagi yer hadiahnya..baru mantopppppp..

P/s: Semua peserta adalah pemenang..korang memang best..semua pandai-pandai..karangan anda semua best..mungkin rezeki aku hari ni kot...rezeki korang bakal menjelma..meh kita join contest ketiga ni yerrr..WRITING CONTEST (3)


Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! "Aku" Pemenang Contest Karangan EqbalZack

Betol-betol Fakta! Fakta Gaji Wanita Cantik dan Lelaki Kacak!

Oleh Kaki Wayang on

Beauty Benefits
Created by: Online MBA Programs"

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Fakta! Fakta Gaji Wanita Cantik dan Lelaki Kacak!

Edisi Hangat! 15 Blog TERBAIK Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on


Disebabkan kemalasan yang menimpa untuk mengupdate blog yang tak seberapa ini..aku mengambil keputusan untuk mencari idea melalui post rakan-rakan blogger yang lain..mangsa pertama adalah blog Bangku Kosong..minta maaf yer Abg HasrulHassan..sekadar berkongsi je.

Dan disebabkan kemalasan untuk membuat research jugalah yang menyebabkan aku ingin kongsikan sedikit maklumat berkenaan dengan tajuk yang aku dapatkan daru blog HasrulHassan ini..blog yang mempunyai pelbagai informasi dan inspirasi ini..

Nama Blog/Global Rank/Malaysia Rank



  1. http://beautifulnara.com 10769/ 59
  2. http://blogserius.blogspot.com 16170/ 90
  3. http://ohbulan.com 19982/ 99
  4. http://paultan.org 15697/ 103
  5. http://denaihati.com 20227/ 113
  6. http://amanz.my 25621/ 129
  7. http://itsmesaiful.blogspot.com 36237/ 176
  8. http://rotikaya.com 53880/ 203
  9. http://ohartis.com 403528/ 206
  10. http://www.informasi.my 40442/ 219
  11. http://benashaari.com 44208/ 231
  12. http://puanbee.com 48254/ 250
  13. http://mummynemo.com 52749/ 263
  14. http://ohtidak.com 49249/ 267
  15. http://www.borakkosong.com 49003/ 281

Sememangnya blogger-blogger ini memang layak untuk berada dikedudukan mereka sekarang..pelbagai peniktirafan yang diberikan kepada mereka-mereka ini..dengan pengisian yang menarik dari pelbagai sudut menyebabkan blog mereka disapa kebanyakan orang di Malaysia ini..malah mungkin diseluruh dunia..

Sumber: Alexa
Sumber: HasrulHassan



Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! 15 Blog TERBAIK Malaysia!

Betol-betol Hangat! FanPage Kelab Blogger digodam?

Oleh Kaki Wayang on

Biasanya pagi ni aku akan selalu menjenguk FanPage Kelab Blogger kat Facebook..dan kini apa yang aku dapati Kelab Blogger telah digodam oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab..



Penggodamnya adalah: Penjejak Badai dan Pujangga Kesepian

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! FanPage Kelab Blogger digodam?

Edisi Jumaat! Golongan ini merupakan kawan Iblis!

Oleh Kaki Wayang on


  1. Hakim yang tidak adil
  2. Orang kaya yang sombong
  3. Pedagang yang khianat
  4. Orang pemabuk atau peminum arak
  5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan
  6. Pemilik harta riba'
  7. Pemakan harta anak yatim
  8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat dan sering tinggalkan solat
  9. Orang yang enggan memberikan zakat dan kedekut
  10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah

Sila baca selanjutnyaEdisi Jumaat! Golongan ini merupakan kawan Iblis!

Betol-betol Cool! Macam ni kalau nak jual TOP-UP!

Oleh Kaki Wayang on

Kalau nak berjaya dalam perniagaan yang berasaskan jualan Prepaid atau Reload ataupun Top-up..sila ikut apa yang ada dalam video ini..confirm berjaya menjual top-up dalam masa yang singkat...


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Cool! Macam ni kalau nak jual TOP-UP!

Edisi Kisah-kisah Nabi! Kisah Abu Jahal Melarang Nabi S.A.W Solat di Kaabah!

Oleh Kaki Wayang on



Berkata Musafir turun ayat ke-9 hingga 19 adalah dari perihal Abu Jahal yang menegah Nabi S.A.W solat. Suatu hari Abu Jahal bertanya kepada kaumnya:

“Apakah Muhammad masih saja bersolat (bersujud mukanya) diantaramu?”

Jawab pemuka Quraisy:

“Ya.”

Maka ia berkata:

 “Demi berhala Allata Wa Uzza jika aku melihat dia solat demikian akan aku pijak lehernya supaya berlumuran tanah wajahnya.”

Suatu hari ketika Nabi S.A.W bersolat di depan Kaabah, Abu Jahal berjalan untuk memijak leher Nabi S.A.W tetapi sebaliknya ia lari kembali dengan menutupi wajahnya dengan kedua tangannya.

Kemudian ditanya oleh kaumnya:

“Mengapakah engkau?”.

Jawabnya:

“Diantaraku dengan Muhammad ada parit api dan segala yang bersayap (iaitu malaikat).”

Maka Rasulullah S.A.W bersabda:

“Andaikan dia hamper kepadaku nescaya akan ditangkap oleh malaikat dan dirobek anggota badannya satu persatu.”

(Riwayat Ibn Jarir)

Sila baca selanjutnyaEdisi Kisah-kisah Nabi! Kisah Abu Jahal Melarang Nabi S.A.W Solat di Kaabah!

Betol-betol Hangat! Lagu Tema "Facebook" menjadi kegilaan dewasa ini!

Oleh Kaki Wayang on

Wah hebatlaaa..Facebook pun dah ada lagu tema tersendiri..lagu ini menjadi kegilaan para remaja ketika ini..di radio pun begitu juga..menjadi santapan telinga kita..begitulah penangan lagu tema Facebook...atau Cinta Muka Buku persembahan oleh Najwa Latif.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Lagu Tema "Facebook" menjadi kegilaan dewasa ini!

Betol-betol Pelik! Pelik duit syiling jatuh dari langit!

Oleh Kaki Wayang on


Pelik tapi benar, itulah yang didakwa sebuah keluarga di Taman Kledang, di sini apabila menyaksikan kejadian luar biasa duit syiling dipercayai jatuh dari langit. Kejadian itu berlaku sejak seminggu lalu, apabila kanak-kanak berusia 10 tahun, S Vishnu Nair, mendakwa melihat satu cahaya dari langit dan selepas itu duit syiling mulai jatuh serta ia tidak diketahui dari arah mana.

Sehingga semalam, duit syiling yang jatuh di halaman rumah keluarga itu sudah berjumlah RM5.60 dan terdapat sekeping duit syiling dari India serta Singapura. Agak mengejutkan ketika kunjungan Sinar Harian di lokasi turut menyaksikan kejadian duit syiling 20 sen tiba-tiba terjatuh.

Vishnu Nair berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 6.30 petang pada Khamis lalu dan ketika itu hujan renyai-renyai. Menurutnya, terkejut dengan kejadian pelik itu, dia memberitahu kepada ibunya, tetapi ia dianggap satu pembohongan.

“Selepas memberitahu ibu, dia tidak percaya, saya terus membawa duit syiling 20 sen ke kedai runcit dan membeli gula-gula. “Peliknya selepas itu duit syiling terjatuh termasuk 10 sen dan 5 sen, selepas itu ia disaksikan ibu serta ahli keluarga lain,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin.

Katanya, kejadian berkenaan biasa berlaku pada waktu senja dan malam tetapi kadang-kala waktu siang juga pernah berlaku. Sementara itu, ibunya, S Abirami, 29, berkata, perkara itu memang sukar dipercayai sehingga dia dan saudara mara melihat sendiri duit itu terjatuh tetapi tidak tahu dari mana datangnya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Pelik! Pelik duit syiling jatuh dari langit!

Betol-betol Sengal! Calon SPM ditangkap khalwat!

Oleh Kaki Wayang on


“Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini.”

Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.

Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini.

Pelajar itu juga mendakwa dia datang ke bilik teman lelakinya itu sekadar untuk mengisi masa lapang kerana tiada kertas peperiksaan yang diduduki pada hari tersebut, selain akan pulang ke rumah di Muar sebaik sahaja selesai berehat di bilik itu.

Manakala, teman lelakinya adalah duda beranak dua dan baru sahaja bekerja di bengkel itu sejak sebulan lalu.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Zainal Kadiran memeriksa bilik di bengkel itu.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu.

“Para penguat kuasa hanya me­nunggu kira-kira dua minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T dan berseluar pendek sedang baring di atas tilam,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Calon SPM ditangkap khalwat!

Betol-betol Gempak! Safiq Rahim berlepas ke cardiff City!

Oleh Kaki Wayang on


Kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim akan berlepas ke Cardiff esok untuk menjalani ujian percubaan selama tiga minggu dengan kelab Cardiff City.

"Ia adalah peluang yang ditunggu-tunggu. Ini adalah peluang terbaik saya untuk menunjukkan skil bola sepak saya. Saya tahu ia adalah sukar tetapi tiada apa yang mustahil.

"Sudah sampai masanya bagi kita untuk menunjukkan Malaysia juga mempunyai ramai pemain bola sepak yang berbakat," kata pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kelab Cardiff City 1Malaysia hari ini.

Safiq, yang merupakan kapten pasukan Malaysia ketika menentang  Arsenal dan Liverpool, berkata apa jua keputusannya, beliau berharap dapat mempelajari sesuatu daripada perlawanan ujian percubaan di Cardiff itu nanti dan meningkatkan prestasi permainannya ke tahap lebih tinggi.
"Sudah pasti impian saya adalah menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di England," kata pemain itu yang menyumbat gol hasil sepakan percuma ketika menentang pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris Liverpool apabila Malaysia tewas 3-6 dalam perlawanan persabahatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Julai lalu.
Penyerang negara Safee Sali, yang kini bermain dengan pasukan Liga Super Indonesia, Pelita Jaya menjalani latihan ujian percubaan dua minggu pada September lalu dengan Cardiff City yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee.    
"Kami gembira dapat bersama Safiq di Cardiff selama tiga minggu. Dia akan dijaga dengan baik dan akan diberi peluang untuk menjalani latihan dengan pasukan pertama," kata Chan.
Beliau yang yakin Safiq akan memberi persembahan terbaik, ahli perniagaan itu berkata: "Beliau akan dinilai sendiri oleh Malky Mackay (pengurus Cardiff City) dan kami akan mendapatkan penilaiannya daripada Mackay."
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Safiq Rahim berlepas ke cardiff City!

Edisi Sentap! Letih punca skuad Olimpik Malaysia tewas

Oleh Kaki Wayang on


FAKTOR keletihan antara penyebab utama pasukan Harimau Muda tumbang 2-0 kepada Syria pada aksi Kelayakan Sukan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. Anak buah Ong Kim Swee yang baru tiba ke tanah air awal pagi Isnin lalu bermain baik pada awal babak pertama namun ketumpulan penyudah diketuai Ahmad Fakri Saarani dan A Tamil Arasu gagal menghasilkan sebarang gol di hadapan 20,000 penyokong sendiri.

Pasukan Syria terlebih dahulu menguji gawang gol dikemudi Khairul Fahmi Che Mat menerusi sepakan M Zakaria Al Omari, namun sempat ditolak keluar. Malaysia tidak ketinggalan dengan melancarkan sera­ngan berbahaya dan minit 20, Wan Zack Haikal melepaskan sepakan meliar ke arah penjuru gawang pelawat.

 Fakri dilayangkan kad kuning akibat melakukan kekasaran terhadap Mohammed Farres. Selang beberapa minit, Fakri pula membuat percubaan menarik namun sudah dapat dibaca penjaga gawang, Ibrahim Alma. Anak buah Immad Eddin Khankan hampir mendahului perlawanan, tetapi sepakan Solaiman Solaiman sekali lagi diselamatkan Apex.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan tanpa jaringan. Bersambung babak kedua, Syria bertambah agresif dan mengatur permainan dengan lebih tersusun. Hasilnya, Solaiman memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-52 dengan menanduk masuk gol menewaskan Apex yang sudah tertewas.

Syria terus mendominasi permainan selepas itu dan gawang negara bocor buat kali kedua minit ke-88 menerusi jaringan pemain gantian, Nasouh Nakkdahli. Babak kedua ditamatkan oleh pengadil dari Korea Selatan, Lee Min Hu yang berakhir dengan keputusan berpihak kepada Syria mengatasi Malaysia 2-0. Pujian juga harus diberikan kepada penyokong tegar Malaysia, ‘Ultras Malaya’ yang tidak berganjak keluar dari stadium biarpun perlawanan sudah berakhir.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Letih punca skuad Olimpik Malaysia tewas

Betol-betol Hangat! Ranking Harimau Malaya jatuh!

Oleh Kaki Wayang on


PASUKAN bola sepak kebangsaan mengalami sedikit penurunan dalam ranking dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) pada 19 Oktober lalu.

Laman web rasmi Fifa.com melaporkan, skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagobal tergelincir dari kedudukan ke-147 pada September lalu kepada tangga ke-151 dunia.

Kejatuhan ranking dialami pasukan kebangsaan adalah kerana hanya satu aksi persahabatan kelas A dijalankan sepanjang Oktober, ketika Malaysia tewas 0-5 kepada Australia di Canberra.

Terbaru, pada dua pertemuan persahabatan menentang India, pemain negara sekadar seri 1-1 (perlawanan pertama) dan kalah 3-2 pada pertemuan kedua dengan tuan rumah.

Sementara itu, Sepanyol mengekalkan kedudukanya selaku pasukan nombor satu dunia diikuti Belanda berada di tangga kedua dan Jerman di tangga ketiga daripada keseluruhan 203 negara yang menjadi ahli Fifa.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Ranking Harimau Malaya jatuh!

Edisi Harimau Malaya! Reaksi Perlawanan Akhir Bolasepak Indonesia vs Malaysia | Sukan SEA 2011

Oleh Kaki Wayang on

Tak nak cakap banyak..korang tengok jela yer video ini..



Sila baca selanjutnyaEdisi Harimau Malaya! Reaksi Perlawanan Akhir Bolasepak Indonesia vs Malaysia | Sukan SEA 2011

Edisi Grammar Sentap! Serius Fail!

Oleh Kaki Wayang on

Gambar ehsan dari Pensyarah BI, En. Yazid Yahya

Biasanya nak dekat-dekat FINAL atau dah sampai hujung SEM ni memang aka nada banyak borang soal selidik yang akan diberikan tak kiralah dari siapa kepada siapa pun..benda paling penting yang perlu ada dalam borang kaji selidik adalah..macam biasa..soalan yang berkaitan dan beberapa elemen penting agar ianya mudah dibaca..jelas dan mudah difahami oleh semua orang..namun apa akan jadi bilamana ayat yang digunakan dalam borang itu terdapat beberapa kesalahan dari segi tatabahasanya (grammar)? Kalau dalam Bahasa Melayu takpe lagi..kalau dalam BI? Ianya akan mengundang gelak tawa..yang gelak guling-guling pun ada juga..

Semalam Pelajar UNITEN menghantar beberapa keping borang kaji selidik kepada beberapa orang Kakitangan Sokongan dan Pensyarah Politeknik Muadzam Shah..dan apa yang kami dapati..beberapa struktur ayat sangat tak sesuai dan banyak penggunaan tatabahasa yang sangat “pelik, ganji dan tak betul” digunakan..so bila baca pun macam agak pelik..yang tak pelat boleh jadi pelat (saja tambah kesan khas)..

Ok yang tu tak pe lagi..bila kita sebut UNITEN maknanya pelajar mereka merupakan pelajar Universiti..kenapa tak check dulu sebelum publish borang itu? Diorang tu tak de lecturer ke nak check? Atau memang diorang dah anggap borang tu tak de salah pape..Saya ni tak delah pandai sangat dan hebat sangat dalam Berbahasa Inggeris..tapi tahulah sikit-sikit..dan bukannya pandai sangat pun..masih belajar lagi..

Sila baca lagi kat Blog ini yer mengenai keganjilan yang berlaku dalam borang itu..Blog Yazid Yahya yang sangat “terrorist” dalam Berbahasa Inggeris..duduk pula dalam kalangan Lecturer..memang hevattt la Speaking LONDON..


Sila baca selanjutnyaEdisi Grammar Sentap! Serius Fail!

Betol-betol Hangat! Cover Lagu “Adele – Rolling In The Deep”!

Oleh Kaki Wayang on

Berasal dari Mexico, trio Vazquez Sounds yang dianggotai oleh Angie, 10, (vocals), Abelardo, 15, dan Gustavo Vazquez, 13 telah berjaya menghasilkan muzik video berkualiti tinggi dan mereka juga mampu bermain kesemua alat-alat muzik. Suara Angie yang baru berumur 10 tahun juga benar-benar menarik perhatian dan mampu mengawal suara dengan baik. Apa yang pasti, video ini sudah disaksikan oleh 3juta orang. Admin sendiri sudah menyaksikan persembahan mereka. Memang terbaik!!!


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Cover Lagu “Adele – Rolling In The Deep”!

Betol-betol Sengal! Kau ingat kau Artis! Puihhhhh..

Oleh Kaki Wayang on

 Gambar SENTAP yang tiada kena-mengena dengan entri!

Korang pernah tak alami sesuatu seperti ini..berkawan dengan manusia biasa yang berlagak seperti artis? Artis pun manusia biasa juga tapi bila manusia biasa yang bukan artis berlagak artis lain maksud dan lagaknya kan..ada juga artis yang berlagak nak mampus..ada juga orang yang bukan artis tapi lagi berlagak dari artis.. 

Biasalah kan..bila dipuji makin sombong dan angkuh..pantang dipuji diri rasa macam artis sangat..macam dalam dunia ni dialah artis paling hebat..pantang aku bila ada manusia “bodo sombong” macam tu.. 

Korang semua pernah ke terkena atau kenal dengan manusia yang tergolong dalam golongan ini? Tentu ada kan? So, kalau ada orang macam ni korang jumpa..sila elakkan yerrr..terutama kat laman-laman social..meluat pula…
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Kau ingat kau Artis! Puihhhhh..

Betol-betol Cool! Iklan Paling Cool+Seram: Phones4u!

Oleh Kaki Wayang on

Baru terbaca akan cerita ini melalui Akhbar Harian Metro hari ini..dan terlihat mengenainya di sebuah blog dan kini aku juga ingin membuat satu entri mengenainya..kenapa seram eh? ilan je pun..bukannya trailer filem seram..semua itu akan terjawab bila anda menonton sedutan iklan yang mengambil masa 0.30saat ini..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Cool! Iklan Paling Cool+Seram: Phones4u!

Betol-betol Sengal! Seterika muka isteri!

Oleh Kaki Wayang on


Sukar digambarkan azab yang dilalui seorang suri rumah apabila mukanya ditekap dengan seterika panas, dipukul lebih 15 minit, lehernya dijerut dengan selendang sebelum digantung di kipas oleh suaminya. Kejadian berlaku jam 3 pagi kelmarin di rumah pasangan terbabit di Taman Miharja, Cheras di sini, apabila wanita berusia lewat 30 tahun itu mempersoalkan tindakan suami mahu menceraikannya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila selendang yang digunakan untuk menjerut leher dan menggantungnya di kipas siling terputus, membolehkan dia menyelamatkan diri.

Menurut sumber, sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan mangsa bertanya mengapa mahu berbuat demikian.

“Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang lalu mengambil seterika panas dan menekap muka mangsa. Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa menangis dan meminta dikasihani.

“Namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kakinya,” katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang mangsa dan menjerut leher isterinya.

“Lebih kejam, suspek mengangkat mangsa dan menggantungnya di kipas siling di ruang tamu sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan isterinya terpakai-kapai meminta bantuan.

“Suspek meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher mangsa terputus.

“Sebaik terselamat, mangsa berlari keluar dari rumahnya dan mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk rawatan berikutan mukanya yang melecur selain beberapa kecederaan lain di badan akibat dipukul.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Seterika muka isteri!

Betol-betol Simpati! Mati ketika tonton Malaysia vs Indonesia!

Oleh Kaki Wayang on

KENANGAN...Ahmad Fauzi (belakang) yang meninggal dunia ketika menyaksikan bola sepak bersama ahli keluarganya. 
Ahmad Fauzi (belakang) yang meninggal dunia ketika menyaksikan bola sepak bersama ahli keluarganya.

“Arwah ada mengadu sakit dada dan lemah, tetapi dia tidak mahu ke hospital,” kata Nafishah Jusoh, 46, kakak ipar kepada Ahmad Fauzi Ismail, 42, yang meninggal dunia akibat diserang sakit jantung ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia dan Indonesia di sebuah kedai makan di pekan Guar Chempedak, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian pada jam 10.50 malam, mangsa dikatakan pengsan di kedai makan itu sebelum dikejarkan ke Hospital Yan kira-kira 10 minit kemudian.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan. Difahamkan, ketika kejadian, Ahmad Fauzi bersama beberapa pelanggan lain sedang menonton perlawanan berkenaan yang ketika masuk masa tambahan.

Nafishah berkata, arwah ada memaklumkan kepadanya dia berasa tidak sihat dan mahu ke hospital bagi membuat pemeriksaan lanjut.

“Petang semalam (kelmarin) dia kata tidak sihat dan saya ajak dia pergi hospital tetapi dia kata mahu pergi selepas perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia tamat. “Tetapi malangnya arwah tidak sempat ke hospital apabila dia diserang penyakit jantung ketika menonton perlawanan itu,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Kolam, Guar Chempedak, di sini, semalam.

Beliau berkata, arwah anak bongsu daripada empat beradik tidak mengalami masalah jantung sebelum ini dan hanya menghidap kencing manis. “Arwah belum berkahwin dan tinggal bersendirian di rumah selepas ibu bapa kami meninggal dunia. Dia bekerja sebagai juruelektrik sambilan sekiranya penduduk kampung memerlukan khidmat arwah untuk membaiki pendawaian elektrik.

“Sejak beberapa hari lalu, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, malah dia kelihatan seperti biasa. Cuma dia tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Seorang pembantu kedai makan, Hasli Ishak, 29, berkata, Ahmad Fauzi adalah pelanggan tetap kedai itu dan dia kerap makan di situ.

“Ketika kejadian itu, dia sedang menikmati nasi goreng sambil menonton perlawanan bola sepak. “Sebelum dia pengsan, saya nampak dia lemah dan sempat menyuap makanan dengan perlahan sebelum dia pengsan di atas kerusinya,” katanya.

Hasli berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Yan untuk mendapatkan rawatan kecemasan. “Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sejurus sampai di hospital berkenaan,” katanya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Mati ketika tonton Malaysia vs Indonesia!

Edisi Sentap! Apek sudah menduga sepakan Ferdinand!

Oleh Kaki Wayang on

 

Tiap kali disandarkan harapan, penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat tidak pernah mengecewakan malah dia sekali lagi menjadi watak penting kepada kejayaan skuad bola sepak negara yang meraih pingat emas di Sukan SEA XXVI Indonesia 2011. 

Selain cemerlang mengawal asakan hebat pemain-pemain Garuda Muda sepanjang 120 minit selepas rakan sepasukan bagaikan sudah kehabisan tenaga, Khairul yang lebih dikenali sebagai Apek dilihat menjadi faktor penting membawa skuad negara memenangi pertarungan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga penghujung perlawanan.

Pada sepakan penalti terakhir Indonesia yang diambil penyerang gantian Ferdinand Sinaga, Apek berkata, melalui gerak hatinya, dia sudah dapat membaca arah tendangan pemain berkenaan.

''Pada situasi semalam, saya sudah dapat duga arah sepakan yang akan diambil oleh dia (Ferdinand) apabila tengok gaya dia meletakkan bola. ''Saya memberikan fokus lebih 100 peratus untuk cuba menyelamatkan sepakan tersebut kerana sedar itu sepakan terakhir oleh mereka (Indonesia). ''Alhamdulilah, telahan saya pada sepakan terakhir benar-benar tepat dan apabila Baddrol (Bakhtiar) berjaya mengambil sepakan, saya cukup gembira kerana dapat membantu negara menyumbangkan emas," katanya.

Malaysia muncul juara dengan keputusan 4-3 mengetepikan Garuda Muda di Stadium Gelora Bung Karno melalui penentuan sepakan penalti.

Walaupun telah menyumbangkan dua kejayaan berturut-turut selepas menjuarai Piala AFF pada tahun lalu, Apek mengakui, dia belum lagi puas memberikan lagi kejayaan kepada pasukan negara.

''Selepas membantu memenangi emas kepada negara dan menjuarai Piala AFF, saya rasa masih banyak lagi saya boleh berikan kepada skuad negara terutama kita masih berada dalam saingan kelayakan Olimpik. ''Kini saya berhasrat kita mampu melakukan sesuatu pada saingan kelayakan Olimpik, saya harap kita boleh mengejutkan Syria. ''Soal penat dan jadual padat harus ketepikan dahulu, ia tidak boleh dijadikan alasan, apa yang lebih mustahak kita mesti capai satu keputusan yang membanggakan pada perlawanan esok (hari ini)," katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Apek sudah menduga sepakan Ferdinand!

Edisi Sentap! Jurulatih Garuda mohon maaf!

Oleh Kaki Wayang on

 

Jurulatih skuad Garuda, Rahmad Darmawan meminta maaf kepada seluruh rakyat Indonesia kerana pasukannya gagal meraih pingat emas acara bola sepak setelah kalah kepada Malaysia pada perlawanan akhir, kelmarin. Rahmad akur dengan kekalahan 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Utama Gelora Bung Karno walaupun pemain-pemainnya telah memberikan aksi yang terbaik.

"Kepada media semua, sampaikan permintaan maaf saya kepada seluruh rakyat Indonesia kerana gagal menjadi juara (bola sepak Sukan SEA XXVI).

"Hanya ini sahaja yang mampu saya lakukan," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan kelmarin.
Perlawanan akhir kelmarin terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti setelah kedudukan masih terikat 1-1 sehingga masa tambahan.

Rahmad mengakui kekalahan mereka kelmarin turut disebabkan gagal menandingi beberapa pemain Malaysia yang ternyata lebih berpengalaman berbanding pemain pasukannya.

"Malaysia memiliki pemain yang berpengalaman beraksi di sini (ketika perlawanan akhir Piala Suzuki AFF) terutama di bahagian pertahanan.

"Penjaga gol mereka (Khairul Fahmi Che Mat) juga cukup bersedia ketika permainan berlanjutan sehingga ke penentuan penalti.

"Dengan kekalahan ini saya mengakui gagal mencapai pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA," katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Jurulatih Garuda mohon maaf!

Edisi Sentap! Jakarta 'berkabung' gara-gara kekalahan skuad Garuda!

Oleh Kaki Wayang on


Jakarta seolah-olah 'berkabung' meratapi kekalahan skuad Garuda kepada Harimau Muda pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI di Stadium Utama Gelora Bung Karno, kelmarin. Suasana di sekitar bandar raya ini semalam, iaitu sehari selepas kekalahan 3-4 Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti kepada Malaysia, bertukar suram berbanding sebelum ini.

Jika dua minggu lalu ketika acara bola sepak Sukan SEA di peringkat awal saingan, suasana bandar raya ini meriah dan berpesta dengan kehadiran kumpulan penyokong Indonesia yang berbaju merah, namun semalam segala-galanya berubah. Tiada lagi kelibat kumpulan penyokong fanatik Garuda di sekitar bandar raya ini.

Suasana di sekitaran stadium juga lengang, bukan sahaja kerana acara bola sepak sudah berakhir, tetapi peminat seperti tidak mahu lagi memandang gelanggang yang menghampakan harapan mereka untuk memenangi emas Sukan SEA selepas menantinya selama 20 tahun.

Kaki-kaki bola juga seperti enggan lagi mengingatkan saat perit tewas kepada 'musuh abadi' 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti. Seorang peminat bola sepak yang hanya mahu dikenali sebagai Yanto berkata, dia masih merasa kecewa kerana kekalahan pasukannya kelmarin.

Menurutnya, kekalahan kelmarin bukan sahaja mengecewakan penonton yang hadir ke perlawanan akhir tetapi turut dirasai mereka yang menontonnya di kediaman dan luar stadium.

"Bola sepak merupakan sukan No. 1 di sini. Kami memang mengharapkan kemenangan dalam acara ini.

"Final kelmarin lebih menarik dan mendebarkan kerana kami berdepan Malaysia, tetapi akhirnya kami kalah. "Sudah tentu kekalahan itu mempengaruhi mood kami hari ini. Namun, tiada apa yang mampu kami lakukan, mahu atau tidak kami terpaksa menerima keputusan ini.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Jakarta 'berkabung' gara-gara kekalahan skuad Garuda!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...