PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Edisi Tips Blog. Show all posts
Showing posts with label Edisi Tips Blog. Show all posts

Edisi Tips! Bagaimana Untuk Membuat Pengunjung Klik Iklan Nuffnang dan Adsense Anda?

Oleh Kaki Wayang on

Bagaimana Untuk Membuat Pengunjung Klik Iklan Nuffnang dan Adsense Anda? Assalammualaikum buat semua pembaca blog Kaki Wayang. Semoga hari ini akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Moga-moga kita akan lebih dirahmati dan diredhai olehnya. Lakukan kerja anda seikhlas yang mungkin kerana kerja itu merupakan satu ibadah.

Alhamdulillah bertemu kita lagi dalam satu lagi siri TIPS BLOG. Pada kali ini, Kaki Wayang akan berkongsi tips-tips blog berkenaan dengan Bagaimana Untuk Membuat Pengunjung Klik Iklan Nuffnang dan Adsense Anda?

Buat pengetahuan semua, tak semuanya indah dalam berblog. Walaupun sesebuah blog itu memperolehi 1,000-10,000 atau 50,000 trafik dalam sehari, namun belum tentu ada seorang pun akan klik iklan Nuffnang/ Adsense anda. Tetapi ianya memberi ada peluang terbaik untuk mendapatkan pendapatan melalui online. Sebab dengan trafik yang banyak sahaja peluang untuk pengunjung klik iklan anda peratusannya adalah lebih besar.

Penempatan Iklan Yang Bijak dan Betul

Dalam berblog, anda perlu tahu bagaimana dan di mana untuk meletakkan iklan-iklan anda. Anda perlu tahu di mana "heat click" pengunjung-pengunjung anda. Sebagai contoh susunan iklan seperti di dalam gambar. Tempat-tempat iklan seperti inilah yang dimaksudkan sebagai "heat click".


atau letakkan iklan seperti ini


Iklan Dalam Konten/ Isi Entri

Iklan yang diletakkan di dalam isi entri memiliki potensi klik yang lebih tinggi. Hal ini kerana fokus utama sesebuah blog selain design dan template yang responsif adalah ISI ENTRI. Apatah lagi jika iklan itu diletakkan betul-betul di tengah-tengah entri. Kerana iklan itu sahaja sudah kelihatan lebih menonjol dari isi. Tapi diingatkan jangan terlalu banyak meletakkan iklan pada isi entri. Kerana iklan yang banyak akan mengakibatkan pengunjung anda meninggalkan blog anda. Mereka datang ke blog anda untuk mendapatkan info dan membaca. Bukannya datang untuk melihat iklan.


Iklan Lebih Besar Lebih Baik

Lebih besar iklan, lebih baik hasilnya nanti. Iklan dengan ukuran yang besar akan terlihat lebih menonjol dan memiliki "design" yang lebih menarik. Namun begitu, perlu diingatkan iklan yang berukuran lebih besar sangat tidak sesuai jika ianya ditempatkan dalam isi entri. Iklan dengan ukuran lebih besar hanya sesuai diletakkan pada "sidebar" sahaja.

Biar Isi Entri Anda  Bekerja Untuk Anda

Bukan senang nak buat pengunjung "stay" dalam blog anda. Bukan senang nak buat pengunjung meninggalkan komen-komen menari yang lebih logik untuk difikirkan. Sebagai contoh: Kita buat artikel panjang-panjang tapi yang komen "Baru datang blogwalking, dah follow dah. Nanti follow saya pula". Bukankah komen seperti itu lebih menyakitkan hati.

Tapi apabila entri lebih berinformasi dan nteraktif, mudah difahami, mudah diterima, menarik dan "trending" maka pengunjung akan lebih bijak dan kekal dalam blog anda. Malah ada yang akan berkunjung semula suatu hari nanti. Pada ketika itulah anda akan membentuk trafik yang berkualiti.

Sila baca selanjutnyaEdisi Tips! Bagaimana Untuk Membuat Pengunjung Klik Iklan Nuffnang dan Adsense Anda?

Edisi Giveaway! Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum warga blog Kaki Wayang. Pada yang pertama kali datang ke sini, selamat datang kepada semua. Kai ini Kaki Wayang join Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM. Seorang blogger yang paling top di Malaysia sekarang ini. 

Buktinya pageviews beliau kini mencecah 15 juta. Ingat senang ke nak capai 8 angka? Pelbagai info terkini dikongsikan dalam blog beliau. Info travel, resepi, isu-isu semasa dan macam-macam lagi. Tu sebab blog ni ramai yang datang melawat untuk mendapatkan maklumat. Tips-tips untuk mereka yang bergelar blogger baru pun ada dalam ni. Nak dapatkan trafik blog mantap pun ada. Boleh dikatakan setiap hari juga Kaki Wayang menjengah blog abam Hasrulhassan.

Walau apapun tahniah Bro HH. Anda layak berada dalam situasi anda sekarang. Tahniah.
Sila baca selanjutnyaEdisi Giveaway! Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM!

Edisi Tips! Begini Caranya Menghantar Blog Anda Ke Google, Bing dan Yahoo!

Oleh Kaki Wayang on

Pendahuluan

Cara Menghantar Blog Anda Ke Google, Yahoo dan Bing. Google boleh dikatakan raja segala web. Raja bagi segala carian. Sikit-sikit kalau orang tak tau satu-satu benda. Ko “Gugel” jer. Kan senang. Itulah ayat yang selalu timbul apabila kita tak tahu akan sesuatu perkara.

Sebagai makluman, lebih 60% mungkin lebih dari itu, adalah hasil daripada carian yang dilakukan di Google. Jumlah itu lah hasil dari carian berdasarkan kepada Google. Tidak seperti enjin carian lain seperti Yahoo dan Bing, ranking carian Google bergantung kepada pelbagai faktor. Secara umumnya Google berada di hampir kesemua laman web. Termasuklah blogspot, wordpress atau segala macam website.

So, Kaki Wayang ingin kongsikan sekali lagi tips blog buat anda dan pada kali ini mengenai Bagaimana Untuk Menghantar URL Blog Anda Untuk Diindex Oleh Google, Yahoo dan Bing. InsyaAllah. Walaubagaimanapun, proses (indexing process) ini akan mengambil masa satu hari, satu minggu malah berbulan untuk pihak Google mengindeks laman web anda.

Pastikan sebelum anda menghantar URL anda kepada Google, Yahoo dan Bing, anda tidak menyekat Googlebot dari mencari dan mengindeks laman web anda menggunakan file ROBOT.TXT.


Menghantar URL anda ke Google Untuk Diindeks
  • Pergi ke laman web berikut: http://www.google.com/addurl/?continue=/addurl
  • Sekarang Taip URL laman web anda dengan betul.
  • Anda akan diminta untuk mengisi captcha. Masukkan teks yang ditunjukkan dalam kotak captcha.
  • Selepas mengisi maklumat yang diperlukan, klik pada butang "Hantar Permintaan".


Menghantar URL anda ke Bing Untuk Diindeks

Yahoo! adalah satu lagi enjin carian popular, yang memandu trafik ke laman web anda. Walaupun Yahoo mengumpulkan hasil carian / data dari pangkalan data indeks carian Bing, kerana popularitinya, laman web anda juga akan menerima jumlah carian yang baik melalui enjin carian Yahoo.



Yahoo! adalah satu lagi enjin carian popular, yang memandu trafik ke laman web anda. Walaupun Yahoo mengumpulkan hasil carian / data dari pangkalan data indeks carian Bing, kerana popularitinya, laman web anda juga akan menerima jumlah carian yang baik melalui enjin carian Yahoo.

Menghantar URL anda ke Yahoo Untuk Diindeks
  • Pergi ke link berikut: http://search.yahoo.com/info/submit.html
  • Sekarang klik pada "Daftarkan Laman Anda Percuma" link.
  • Anda akan diarahkan laman webmaster Bing. Ikut arahan pendaftaran dan hantar laman web anda ke Yahoo.
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips! Begini Caranya Menghantar Blog Anda Ke Google, Bing dan Yahoo!

Edisi Tips! Ubah Robot.txt Blog Anda Sekarang, Hasilnya Pasti Mengejutkan!

Oleh Kaki Wayang on

Pendahuluan

Cara Setting Robot.txt blog. Alhamdulillah, semalam Kaki Wayang baru sahaja kongsikan


User-agent: Mediapartners-Google
Disallow:
User-agent: *
Allow: /
Sitemap: http://link-blog-anda.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=updated

***Tukarkan link berwarna merah kepada link atau URL blog anda.
***Ini adalah setting asas untuk robot.txt.

Setting Robot.txt (Kod Advance)

Kalau nak lagi advanced anda perlu copy kod di bawah untuk menjadikan blog anda lebih mesra SEO. Namun begitu, saya nasihatkan agar anda mencuba dahulu KOD asas di atas. Kalau dah rasa yakin yang amat dan tak gemuruh dah. Boleh lah salin kod di bawah dan masukkan dalam robot.txt anda.

User-agent: Mediapartners-Google 
Disallow: User-agent: 
Googlebot Disallow: /search 
Disallow: /?m=1 
Disallow: /?m=0 
Disallow: /*?m=1 
Disallow: /*?m=0 
User-agent: * 
Disallow: /search 
Sitemap: http://informations-the.blogspot.my/feeds/posts/default?orderby=UPDATED

atau KOD INI

User-agent: Mediapartners-Google 
Disallow: 
User-agent: 
Googlebot Allow: / 
Disallow: /search
Disallow: /?m=1 
Disallow: /?m=0 
Disallow: /*?m=1 
Disallow: /*?m=0 
Disallow: /*/*/*.html?showComment=* 
Disallow: /p/about.html 
User-agent:* 
Allow: / 
Disallow: /search 
Disallow: /?m=1 
Disallow: /?m=0 
Disallow: /*?m=1 
Disallow: /*?m=0 
Disallow: /*/*/*.html?showComment=* 
Disallow: /p/about.html 
Sitemap: https://informations-the.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=UPDATED

Dah siap salin, login ke Blogger Dashboard anda dan pergi ke bahagian Setting. Pilih Search Preferences. Kemudian lihat bahagian Crawlers and Indexing dan klik edit pada bahagian Custom Robot.txt.


Paste kan setting yang telah anda copy tadi ke dalam tempat kosong tu. Diingatkan SEKALI LAGI, sila tukar URL berwarna merah kepada URL blog anda.Dah siap? Tahniah! Peluang untuk anda berada di hasil carian Google kini lebih terbuka dan lebih mesra SEO. Selamat mencuba semua. Good Luck!
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips! Ubah Robot.txt Blog Anda Sekarang, Hasilnya Pasti Mengejutkan!

Edisi Tips! Cara Elakkan Entri Anda Di Copy Paste, Begini Caranya!

Oleh Kaki Wayang on


Alhamdulillah minggu ni Kaki Wayang amat berbesar hati ingin berkongsi pelbagai tips blog buat semua pembaca dan pengunjung blog kaki Wayang. Pertamanya terima kasih buat semua yang datang menyokong blog ini untuk terus kekal bernyawa dalam memberi informasi-informasi dan tips buat blogger-blogger khususnya di Malaysia.

Kali ini, Kaki Wayang ingin kongsikan satu artikel berkenaan dengan cara untuk elakkan entri kita di copy oleh sang PLAGIAT yang tak bertanggungjawab. Dah copy tak bagi kredit langsung. Ingat senang ke nak buat entri. Letih nak fikir dan menaip okeh. Tetiba diorang senang-senang nak copy. Paling sadis bila dah copy pastu tak letak sebarang kredit atau backlink. Rasa nak sepak.

Cuma yang bezanya adalah ianya hanya melibatkan bahagian POST ENTRI sahaja dan PLAGIAT tidak akan mampu untuk copy entri kita melainkan kod html, quote atau tag. Mereka hanya akan boleh copy yang itu je. Selain dari itu, post entri tak boleh di salin. Kejap copy, kejap salin. Takpelah harap korang faham lah yer.

Apa yang menarik adalah ANTI COPY ini tidak akan mengganggu gugat sistem loading blog anda. Tidak akan merencatkan atau melemahkan mahupun melambatkan proses LOADING blog anda. 

Cara Membuat Anti Copy Dalam Blog/ Website

Login ke Dashboard Blog anda di www.blogger.com
Kemudian cari kod ]]></b:skin> atau </style>
Seterusnya "copy" script di bawah sebelum kod ]]></b:skin> atau </style>

.post { -webkit-touch-callout:none; -webkit-user-select:none; -khtml-user-select:none; -ms-user-select:none; -moz-user-select:none; } .post blockquote,.post pre,.post code { -webkit-touch-callout:text; -webkit-user-select:text; -khtml-user-select:text; -ms-user-select:text; -moz-user-select:text; }
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips! Cara Elakkan Entri Anda Di Copy Paste, Begini Caranya!

Edisi Tips! Begini Caranya Untuk Mengetahui Blog Anda Sudah Di Index Di Google!

Oleh Kaki Wayang on


Cara Ketahui Blog Sudah Di Index. Sebagai pemahaman kepada mereka yang baru mula nak buat blog dan baru berjinak-jinak nak berblog. Satu kemestian bagi mereka yang lebih gemarkan penggunaan SEO sudah pastinya mereka ingin blog mereka diindeks oleh Google.

Apa itu Google Index?

Menurut pemahaman saya, Google Index adalah sejumlah URL suatu website atau blog yang sudah berjaya masuk ke dalam database hasil carian Google. Baca sini untuk mengetahui cara-cara menghantar blog anda ke Google, Yahoo dan Bing untuk diindeks!

Apa yang di index oleh Google?

Apabila anda mempunyai website atau blog, google akan mengindeks semua pautan dan URL dalam website / blog anda. Jadi jangan hairan kalau sekiranya anda hanya buat 1 entri tetapi sudah terindex sebanyak 6 URL. Ini kerana ianya merupakan jumlah dari hompage, posting, arkib, label (blogspot), kategori & tag (wordpress).

Bagaimana Mengetahui Blog Anda Sudah Di Index Oleh Google atau Belum?
  • Buka www.google.com/ ww.google.com.my
  • Pada address bar, Sila taip site:informations-the.blogspot.com
  • Pada link berwarna MERAH, tukarkan ia kepada link website atau blog anda.

Sekiranya blog anda sudah di index, anda akan dapat melihat keputusannya seperti gambar di atas. Sekiranya belum di index maka anda akan mendapat keputusan sebaliknya. Selamat mencuba!

Sila baca selanjutnyaEdisi Tips! Begini Caranya Untuk Mengetahui Blog Anda Sudah Di Index Di Google!

Edisi Tips! Bagaimana Aku Menjana RM400.00 Melalui Blog? Ikuti Kupasannya!

Oleh Kaki Wayang on


Sudah agak lama Kaki Wayang tidak berkongsi tips-tips blog selepas pihak Nuffnang membuang status Glitterati blog ini ke Non-Glitterati sebelum ini. Keadaan sungguh mengecewakan, rasa nak nangis yang amat. Hahahahaha. Propa je lebih.

Sebelum ini status Kaki Wayang adalah Glitterati. Kemudian bertukar ke Non-Glitterati dan mengambil masa yang agak lama untuk kembali ke status Glitterati. Tapi sekarang, rezeki datang semula. Dah dapat status Glitterati dan earning pun dah meningkat berganda.

Alhamdulillah. Saya bukanlah macam abam HasrulHassan yang power dalam SEO dan pakar dalam ilmu blogging. Saya juga bukanlah Ben Ashaari yang sado tu. Adalah juga kesadoannya tapi 1pax je. Saya juga bukanlah macam Abam-abam dan kakak-kakak blogger yang lain. Diorang dah power dah. Tu yang diorang sanggup berhenti kerja sebab income diorang melalui blog mengalahkan gaji masa kerja dalam perkhidmatan awam mahupun swasta.

Tapi setakat ini, alhamdulillah rezeki dalam berblog ini nampaknya membuahkan hasil. Tak perlu keluar satu sen pun untuk berblog. Tapi boleh mendatangkan hasil kalau banyak usaha dan tawakal. Saya bukanlah blogger yang suka menampilkan cerita-cerita sensasi, cerita lucah, cerita rogol sana, rogol sini, atau menampilkan gambar-gambar tak senonoh ataupun cerita sensasi artis-artis dalam mahupun luar negara. Biarlah sumber pendapatan itu halal dan tak menimbulkan syak dan rasa ragu serta was-was dalam diri.

Pada saya, dalam berblog ini yang paling penting adalah isi, tajuk artikel, pembaca setia, pengunjung setia, promosi melalui FACEBOOK, promosi melalui BABAB.NET dan macam-macam lagi. Semua itu memungkinkan dan menyumbang kepada trafik yang tinggi kepada blog kita.

Selain itu teknik backlink juga perlu diamalkan selalu. Apa yang perlu adalah, meninggalkan link anda di blog-blog terkenal terutamanya pada ruangan komen juga memainkan peranan yang sangat besar. Selain itu, melalui blogwalking, bertukar-tukar feed blog, contest, mahupun segmen-segmen yang dianjurkan. Nampak je usaha kecil tapi cuba anda semua ikut segmen-segmen yang dianjurkan. Bukan 1 dan bukan juga 10 trafik yang anda akan dapat tapi beratus-ratus. Mungkin pada mulanya agak susah. Tapi itulah yang dinamakan USAHA.

Kadang-kadang kecewa juga bila trafik yang datang ke blog kita kemain lagi power. 100 kinis edang online! Tak pun 300 online users! Tapi Nuffnang tak bayar. Kenapa? Sila usha link di bawah.

Kalau tak puashati dengan bebelan aku kat atas tu. Anda boleh ke LINK-LINK di bawah.



Paling penting adalah, Kalau dapat RM0.10 atau RM1.00 pun dak kira bersyukur sebab siapa nak bagi RM0.10 sen? Sape nak bagi? Tu dikira rezeki dan pendapatan kita. Dah boleh beli gula-gula dapat dua biji dah tu. Hehehehe. InsyaAllah berkat. Lainlah kalau post benda lucah, caerita tak senonoh. Walaupun dapat banyak tapi berkat ke? InsyaAllah kita akan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan mendapat rezeki yang halal dan membawa berkat.


Sila baca selanjutnyaEdisi Tips! Bagaimana Aku Menjana RM400.00 Melalui Blog? Ikuti Kupasannya!

Edisi Tips Blog! Bagaimana Untuk Meningkatkan Alexa Ranking dan Pagerank Blog?

Oleh Kaki Wayang on

Satu perkara yang kita kena tahu, bernilainya blog kita adalah melalui kurangnya peratusan Bounce Rate bagi blog kita..semua ini boleh kita ketahu kat Google Analytics..Bernilainya blog kita apabila blog kita mencapai satu tahap yang membanggakan..cuba anda bayangkan tiap hari Ranking blog anda di Alexa semakin meningkat..dari kedudukan ke 20 juta kini sudah mencapai di kedudukan 268,110 seluruh dunia..bukan mudah untuk mencapai kedudukan tersebut..banyak perkara yang perlu diberi perhatian untuk berada dikedudukan itu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips Blog! Bagaimana Untuk Meningkatkan Alexa Ranking dan Pagerank Blog?

Edisi Tips! Meletop - CPUV Yang Ke-117?

Oleh Kaki Wayang on

Assalammualaikum semua..

Sila klik untuk memperbesarkan imej yer!

Agak lama tidak mengemaskini blog hangat ini. Kenapa hangat? Mestilah hangat..betul tak..tapi bukan tu yang saya nak kongsikan pada semua..tapi berkenaan dengan tajuk yang sedikit hangat..pada ketika ini, blog ini kini menerima CPUV yang ke 117 dan lebih kurang 16 daripadanya masih lagi berjalan "campaign"nya..
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips! Meletop - CPUV Yang Ke-117?

Edisi Tips Blog! Cara Letak Feed Blog Lain Di Blog Kita!

Oleh Kaki Wayang on

Sila baca selanjutnyaEdisi Tips Blog! Cara Letak Feed Blog Lain Di Blog Kita!

Edisi Sentap! Berlaku Jujur Ketika Aktiviti Blogwalking dan Follow Blog Lain!

Oleh Kaki Wayang on



Ramai diantara blogger menghadapi keadaan seperti ini..termasuklah saya sendiri..bagi blogger yang desperate sangat nak dapatkan Follower..

U Follow, I Follow You Back!
I dah Follow blog U, U Follow lah Blog I Pula!
Hit Me and I Will Hit You Back!
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Berlaku Jujur Ketika Aktiviti Blogwalking dan Follow Blog Lain!

Edisi Tips Blog! Gambar dan Jenis dan Gaya Penulisan Mainkan Peranan Penting Tarik Pembaca!

Oleh Kaki Wayang on




Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dah agak lama benar rasanya tidak menulis TIPS Blog..rasanya ramaid iantara pembaca yang tertanya-tanya bagaimana Kaki Wayang promosikan artikel di blog ini..dan ramai sebenarnya yang tanya macam mana nak dapatkan trafik secara konsisten..
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips Blog! Gambar dan Jenis dan Gaya Penulisan Mainkan Peranan Penting Tarik Pembaca!

Edisi Tips Blog! Nampaknya Bounce Rate Berjaya Diturunkan - Serius Hangat!!

Oleh Kaki Wayang on



Alhamdulillah, sejak beberapa kali mencuba dan mempelajari teknik mengurangkan Bounce Rate blog..akhirnya nampak sedikit akan keberhasilannya..kalau dulu dari 53% dan kini sudah menjangkau 40%..diharapkan agar Bounce Rate ini menurun lagi.

Sila baca selanjutnyaEdisi Tips Blog! Nampaknya Bounce Rate Berjaya Diturunkan - Serius Hangat!!

Edisi Tips Blog! Begaimana Menjana Pendapatan dari Blog - Tips dari HasrulHassan!

Oleh Kaki Wayang on


Pertama sekali, untuk mendapatkan pendapatan secara online, ianya bukanlah mudah. Jika dahulu, platform menerusi blog untuk mendapatkan pendapatan lebih kepada Adsense tetapi kini dah banyak pilihan yang boleh seorang blogger itu gunakan.

Jika ingin mendapat pendapatan yang best menerusi Adsense, jadikan dulu blog anda sebuah blog niche tertumpu pada satu-satu tajuk, jadi Adsense dengan mudah akan berikan iklan yang berkaitan yang lebih baik. Contohnya, buat blog mengenai Basikal - cerita serba serbi mengenai basikal, asal usul, sejarah, apa yang ada pada sebuah basikal, cerita-cerita atau kisah mengenai basikal, tokoh yang gunakan basikal, teknologi basikal dan sebagainya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips Blog! Begaimana Menjana Pendapatan dari Blog - Tips dari HasrulHassan!

Edisi Tips Blog! Panduan Memilih Template Yang Sesuai dan Bagaimana Menguruskannya – Tips dari HasrulHassan!

Oleh Kaki Wayang on

 
 
Memilih template perlukan masa dan ketekunan, apatah lagi jika kita mementingkan template yang mesra SEO. Ada template yang sesuai dan ada yang kurang sesuai - terutama apabila anda mahu meletakkan sesetengah widget yang kadangkala tidak rasi dengan template.

Selalunya masa yang HH gunakan untuk ubah ialah pada hujung minggu, di mana pembaca blog agak kurang, dan gunakan masa selepas 10 malam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips Blog! Panduan Memilih Template Yang Sesuai dan Bagaimana Menguruskannya – Tips dari HasrulHassan!

Edisi Tips Blog! Panduan Menulis Blog dari HasrulHassan!

Oleh Kaki Wayang on


Actually, kebanyakkan soalan tu HH dah jawab dalam Panduan Menulis Blog ... cuma kena rajin search je. Tapi secara rumusan ...

Untuk tampil kreatif dalam penulisan, kita perlu dan sering jenguk blog-blog lain, terutama blog yang ada ramai pembaca ... di situ akan tampil idea sendiri, tetapi jangan dilupakan kepada blog-blog baru, kerana kadangkala ada cerita yang mereka sampaikan yang membolehkan anda mengolah sendiri berdasarkan cerita yang mereka sampaikan, selalunya mengenai dunia blogging ... dan juga isu semasa.
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips Blog! Panduan Menulis Blog dari HasrulHassan!

Edisi Tips Blog! Apa Itu Bounce Rate? Bagaimana Mahu Kurangkan Bounce Rate?

Oleh Kaki Wayang on



Sejauh mana kemajuan dan bernilainya BLOG anda? Macam mana nak tahu yang blog kita ni sesuai untuk mendapat bayaran pihak pengiklan? Selama korang berblog tahukah anda bahawa blog anda mencapai kemajuan atau tak? Atau tak nak amik tahu langsung mengenainya? Perkara mengenai BOUNCE RATE merupakan perkara yang amat penting buat BLOGGER..kalau tak tahu memang tak payah jadi blogger lah..(Amboih melampaunya)..

Satu-satunya cara untuk ketahui semua itu adalah dengan menggunakan Google analytics. Google Analytics bertindak sebagai pencetak statistic paling tepat buat website ataupun blog. Bagaimana agaknya Google Analytics ini bekerja? Macam ni, GA merupakan salah satu perkhidmatan atau tools yang disediakan oleh Google yang dapat membantu kita untuk mengkaji statistik kemajuan laman web atau blog.
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips Blog! Apa Itu Bounce Rate? Bagaimana Mahu Kurangkan Bounce Rate?

Edisi Tips Blog! Kenapa Pengiklan Seperti Nuffnang Tak Bayar Blog Kita!

Oleh Kaki Wayang on


Kadang-kadang kita begitu teruja untuk mendapatkan pendapatan secara online tanpa mengikut terma dan syarat serta beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh setiap blogger. Ini menyebabkan Nuffnang atauAdvertlets tidak membayar sepertimana yang kita mahukan. Kenapa? Saya tunjuk sedikit tips biasa dahulu ok.

Trafik

Trafik bermaksud duit. Setiap trafik yang masuk ke blog kita adalah bayaran yang akan diberikan oleh pihak Nuffnang atau Advertlets kepada kita. Pendek kata, dalam bahasa mudahnya takde trafik (pembaca/ pengunjung) bermakna tidak aka nada bayaran. Tidak akan ada BufferedEarning, Metered Earning atau apa jua jenis bayaran.
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips Blog! Kenapa Pengiklan Seperti Nuffnang Tak Bayar Blog Kita!

Edisi Tips Blog! Kenapa Kekemasan Blog Penting Untuk Menarik Perhatian Pembaca!

Oleh Kaki Wayang on



Secara logiknya, manusia dicipta dan dijadikan oleh Allah S.W.T bersama dengan sifat-sifat dan sikap-sikap yang baik. So, tidak hairanlah pembaca begitu menyukai akan kekemasan dan kebersihan tak kiralah ia mengenai tempat tidur ke, tempat makan ke, kawasan rumah ke, pendek kata manusia sukakan kekemasan dan kebersihan.

Eh, ape kena-mengena pula dengan blog? Cuba korang bayangkan yang anda ni seorang yang begitu mementingkan kekemasan. Apa yang korang akan kata dan rasa apabila mengunjungi blog yang tak kemas? Jap, blog yang tak kemas? Eh, tak faham lah. Silakan terus membaca...!
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips Blog! Kenapa Kekemasan Blog Penting Untuk Menarik Perhatian Pembaca!

Edisi Tips Blog! Blog anda untuk di FOLLOW atau di BACA?

Oleh Kaki Wayang on


Soalan ini sering bermain dikepala aku sejak dahulu..semakin hari semakin ramai blogger-blogger baru yang tampil dengan pelbagai genre dalam berblog..ada yang menggunakan pengalaman hidup, agama, tips, tutorial dan macam-macam lagi sebagai isi blog mereka…

Namun begitu, pernahkah anda terfikir bahawa blog anda sebenarnya bertujuan untuk apa? Adakah ianya untuk di follow atau meraih follower semata-mata? Atau adakah ianya (blog) untuk dibaca? Tepuk dada tanya lah selera anda..

So, adalah lebih baik kalau sekiranya anda berblog hanya untuk mencari follower..bukankah lebih baik anda tak perlu untuk menulis sebarang artikel dan raihlah follower semata-mata..ataupu ikut situasi ini..anda mempunyai kelebihan dari segi tulisan anda..kreatif dan berinovasi..kemudian ramai pembaca begitu tertarik dengan blog anda dan mereka kini sudah menjadi follower anda yang begitu setia..mana yang lebih baik?

Untuk mempunyai follower yang ramai sudah tentu memerlukan usaha yang tinggi..so, teruskan berblog dan penuhi blog anda dengan informasi dan tips-tips menarik..kerana usaha seperti inilah yang mampu membuahkan hasil kepada diri anda dan blog anda sendiri..kepuasan berblog adalah dengan usaha yang mebuahkan hasil..

Sila baca selanjutnyaEdisi Tips Blog! Blog anda untuk di FOLLOW atau di BACA?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...