Edisi Khas Soal Jawab Agama! Mimpi yang bukan-bukan

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSntobrB4q4N-iYtBLvXjOLp39se_JViCPcmbK2u3MPhvTgKma-_zaNL9y7TiHEsLO_RCrw5KoK1Ffi1gRneAdQHUVln2EaCRplwbXYTQwmOx3nyO40nRGPDN-IFgvqM_roSpGnIZRoktl/s400/mimpi.jpg

Soalan:

Saya ada baca iaitu kita digalakkan membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas dan Surah Kursi apabila hendak tidur. Dan antara kelebihan Surah Kursi ialah Allah SWT akan menjaga kita dari gangguan syaitan. Tapi, apakah Allah melindungi kita dari sebarang mimpi-mimpi spt yg kita alami jika tidak membaca Surah Kursi? Sebabnya, saya membaca surah-surah diatas, tetapi ada juga bermimpi yg bukan-bukan.

Jawapan:
Kekuasaan atau kemujaraban Ayat al-Kursi dan 3 surah terakhir al-Qur'an tidak terletak pada penyebutan huruf-hurufnya. Akan tetapi ia terletak pada penghayatannya dan sejauh mana ia dapat memantapkan tauhid dan iman kita.
 

Hadis-hadis yang menganjurkan bacaan ayat-ayat tersebut adalah benar. Orang Arab apabila mereka membaca ayat-ayat tersebut mereka memahaminya dan ia membawa kesan kearah penghayatan dan pemantapan tauhid dan iman.
 

Berbeza dengan kita yang bukan orang berbahasa Arab, kita hanya menyebutnya huruf-hurufnya tanpa memahami maksudnya.
 

Oleh itu apabila membaca ayat-ayat tersebut, cuba untuk memahami maksudnya serta menghayati inti kandungannya. Hanya apabila ia memberi kesan kepada tauhid dan iman kita, barulah ia "berkuasa" untuk menjauhkan gangguan syaithan dan sebagainya.
 

Berkenaan mimpi yang bukan-bukan, sebahagiannya adalah daripada angan-angan kita sebelum tidur. Sebahagian lagi adalah daripada gangguan syaithan. Untuk menggelakkan mimpi daripada gangguan syaithan, buat sesuatu yang menghampakan syaithan sehingga akhirnya dia tidak berminat lagi untuk mengganggu kita.
 

Contohnya apabila syaithan mengganggu kita dengan mimpi yang bukan-bukan, kita terus bangun dan membaca beberapa doa dan zikir yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Atau terus bangun untuk bersolat malam. Jika ukhtie dalam keadaan uzur tidak dapat bersolat, tetap bangun untuk membaca buku agama sekadar 15-30 minit.
 

Tindakan-tindakan ini akan menghampakan syaithan kerana gangguannya kita jadikan penggerak untuk melakukan amal salih. Ini akhirnya akan menghampakan syaithan dan dia akhirnya tidak berminat lagi untuk mengganggu kita.
 

Jangan kerana mimpi yang bukan-bukan kita menjadi sedih, marah, takut, resah atau sebagainya. Ini sebenarnya memberi semangat kepada syaithan untuk terus mengganggu pada malam-malam seterusnya.

P/s: Terima Kasih kepada saudara Kapten Hafiz Firdaus Abdullah atas artikel yang ditulis dan sudi kongsikan dalam blog ini.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...