Edisi Khas Lawak Tak Lawak! Mak Cik dari Kampung!

Oleh Kaki Wayang on



Pada suatu hari, Mak Cik Minah datang ke Kuala Lumpur kali pertama untuk berjumpa dengan anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan orang kaya. Dia turut membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat malam, dia ‘check-in’ disebuah hotel mewah semata-matamahu menunjuk kepada Bibah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah. Makcik Minah dengan girangnya mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan itu menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

“Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini pula. Kecil, tak ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei jangan nak tipu orang la,” Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut kononnya mahu menutup malu pada Bibah. Lalu pelayan itu pun menjawab, “sabar makcik, ini baru lif...”

Lukisan : Yazid Yahya @ The Plain Yard

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...