Hadiah dari Maxis! Terima Kasih Maxis!

Oleh Kaki Wayang on



Tajuk "over" hari ni adalah seperti yang tercatat di atas..over padahal selama ni asyik marah-marah je kat Maxis sebab line dan signal tak berapa nak baik suatu masa dahulu..

Oklah..setelah menjadi salah seorang pelanggan Maxis yang setia (katenyer)..tetiba Maxis memberikan hadiah sempena dengan Tahun Baru 2012 ini..semuanya bagi menghargai akan kesetiaan aku sebagai pelanggan mereka selama 7 tahun..pagi ni tetiba dapat surat RASMI dari Maxis yang mereka kini telah mengemaskini dan manambah kuota internet untuk HTC HD7 aku tu dari 3GB ke 5GB pada harga RM88 yakni tidak ada sedikit penambahan pun dari segi kos pembayaran setiap bulan..sebenarnya MAXIS sudah pun memaklumkan mengenai perkara ini melalui penghantaran mesej makluman mereka sebelum ini..Cuma surat RASMI dari mereka baru sahaja aku terima dari bahagian pentadbiran..


So lepas ni aku dah tak perlu dah kot nak guna broadband untuk layari internet menggunakan mobile ataupun laptop aku sebab aku kini boleh berkongsi data internet bagi kedua-dua pihak..gehtoooo..

Apapun, aku begitu gembira menerima hadiah yang sangat besar ertinya ini..Your data quota upgrade takes effect on 4th January 2012..wah gitew..kao mampooo..tapi kan nombor yang digunakan untuk monitor usage of data quota tu macam tak berguna je..sebab asyik failed je..ni nombor nya..*136*9# (untuk check data usage data).


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...