Edisi Informasi! Hukum Berubat Dengan Minum Air Kencing Unta!

Oleh Kaki Wayang on


Para ulama’ membolehkan berubat dengan minum air kencing unta. Antara dalil mereka adalah seperti berikut :

Pertama : Hadis ‘Urayinin

Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakitan). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis Sahih Bukhari)


Hadis di atas bagi sebahagian yang mengatakan bahwa air kencing unta tidak najis, maka tidak ada masalah. Dan dibolehkan berubat dengan sesuatu yang tidak najis.

Bagi yang mengatakan bahwa air kencing unta najis, maka peristiwa dalam hadis tersebut adalah kerana darurat. Sehingga dibolehkan berubat dengan air kencing unta. Air kencing unta tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan.

Berkata Khatib Syarbini didalam Mughni Muhtaj:

“Adapun perintah Rasulullah s.a.w. kepada al-‘Arayinin untuk meminum kencing unta, tujuannya adalah untuk pengubatan. Dan pengubatan dengan sesuatu yang najis dibolehkan, jika memang yang suci tidak boleh menggantikannya . “ (Mughni Muhtaj)

Kedua : Hadis Ibnu Abbas

Rasulullah bersabda ; “Sesungguhnya dalam air kencing unta dan susunya boleh untuk mengubati sakit perut mereka (rusak pencernaannya)“. (HR. Ahmad, Thabrani dan Thohawi)

Hadis di atas secara tegas menyatakan bahwa air kencing unta dan susunya adalah ubat untuk sakit pencernaan, dan ini menunjukkan kebolehan berubat dengan keduanya.

Ketiga: Secara Kajian Ilmiah

Terbukti secara ilmiah dan kajian saintifik bahwa air kencing unta yang dicampur dengan susu unta, boleh menyembuhkan belbagai macam penyakit, diantaranya penyakit kanser, leukemia (kanser darah), hepatitis, penyakit gula (diabetes), dan penyakit kulit.

Dengan berpandukan dalil-dalil diatas ini menunjukkan bahawa air kencing unta boleh digunakan bagi tujuan perubatan.

Kredit: http://hasnulhadiahmad.com/

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...