Edisi Tips Blog! Tips Mudah Untuk Mendapatkan Buffered Earning Part 2!

Oleh Kaki Wayang on



Ramai rakan-rakan blogger bertanyakan bagaimana mahu mendapatkan Buffered Earning dengan mudah. Sebenarnya sangat mudah jika sekiranya kita mengikuti apa jua terma dan syarat yang diberikan oleh pihak pengiklan. Pendek kata, jika sekiranya anda melanggar terma dan syarat tersebut bermakna peluang untuk anda mendapatkan bayaran adalah tipis.

Berikut merupakan kesalahan mudah yang dilakukan oleh blogger:-

Tidak Meletakkan Iklan/ Advertisement Pada Tempat dan Ruang Yang Betul.

Sebagai contoh (Nuffnang), Iklan bahagian Leaderboard diletakkan dibahagian bawah ataupun dibahagian bawah selepas Header. Walhal, iklan Leaderboard itu sebenarnya perlu dan harus diletakkan dibahagian atas sebelum Header. Kenapa? “Alaaa..tak cantiklah blog saya kalau letak kat situ.” Haaaa, itu merupakan salah satu terma dan syarat Nuffnang. Kenapa kat atas? Supaya pihak pengiklan yang “terlibat” mampu dan dapat melihat iklan tersebut dengan mudah. Begitu juga dengan jenis-jenis iklan yang lain. Perlu diletakkan ditempat yang betul.

Tidak Memasang Ketiga-tiga Iklan Nuffnang Yang Diperlukan.

Menerusi Nuffnang, mereka sebenarnya sangat membantu kita dalam usaha kita untuk menjana pendapatan melalui online. Untuk itu, apa yang perlu dilakukan adalah dengan memasang kesemua iklan yang disyaratkan oleh Nuffnang. Kadang-kadang kita melihat ada bloger yang hanya meletakkan iklan Leaderboard ataupun iklan bahagian Sidebar.

Tidak Mengemaskini Ruangan Update Bio/ Profile Blogger.

Ramai diantara blogger mengambil mudah bab ini. Mereka biasanya hanya masuk ke bahagian ini pada pertama kali mereka “sign-up” dengan pihak Nuffnang. Haaa, korang tahu itulah masalahnya. Itulah yang menyebabkan Nuffnang tak bayar kat korang. Kenapa eh ruangan ini perlu dikemaskini selalu? Untuk mendapatkan bayaran dari pihak pengiklan, mereka akan memilih blog mana yang sesuai agar memudahkan mereka untuk mengiklankan produk-produk mereka. So, apa yang korang perlu buat adalah, paling tidak sila kemaskini seminggu sekali. Jangan malas-malas naaaaaa!

Sila gunakan kepandaian anda mengarang samaada dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Korang letaklah apa pun cuma pada bahagian “What are your blogs about?” anda dinasihatkan agar tidak meletakkan sebarang pernyataan yang mengatakan anda menulis apa jua artikel mengenai POLITIK. Begitu juga pada ruangan Update Survey. Memang korang tak kan dapat bayaran langsung!

Rasanya setakat itu sahaja dulu buat masa ini. InsyaAllah Part 3 akan bersambung tak lama lagi. Percayalah tips ini sangat berguna untuk anda.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
4 Comments

{ 4 Komen Membina!... read them below or add one }

mujagirl92 said...

hye,, tak guna advertlets ke? advertlets ada be jugak ke? ke nuffnang je?

Kaki Wayang said...

Dua-dua pun ada..tapi kita tak boleh guna serentak..memandangkan itu adalah syarat dan terma salah satu syarikat..sebab, Advertlets merupakan competitor Nuffnang dalam dunia pengiklanan..

Ash said...

heyyy!! aku tak letak iklan yg ketiga!! sentaplien..

Kaki Wayang said...

Sesuathoooooooooooo sangat..sentapijam sangat...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...