Edisi Informasi! Wang Kertas Baharu Malaysia Mulai 16 Julai!

Oleh Kaki Wayang on



Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan wang kertas Malaysia siri baharu kepada orang ramai bermula 16 Julai tahun ini. BNM melalui satu kenyataan media memberitahu, wang kertas baharu tersebut membabitkan RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

“Wang kertas Malaysia siri baharu ini akan berada dalam edaran mulai 16 Julai 2012. Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, wang kertas siri baharu ini terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

“Wang kertas RM50 dalam siri ini telah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, BNM bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak bulan Disember 2011 bagi membolehkan peralihan kepada wang kertas siri baharu itu berjalan lancar.

Tambah kenyataan itu, beberapa sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan turut diadakan bagi memastikan penyediaan sistem dan proses untuk edaran wang kertas baharu.

Sehubungan itu kata kenyataan itu, vendor yang mengendalikan mesin wang tunai dikehendaki memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baharu dan lama untuk kemudahan orang ramai menjelang tarikh tersebut.

“Vendor dan pihak berkaitan lain yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau di talian 03-2698 8044 sambungan 7307/8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm.gov.my,” kata kenyataan itu lagi.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...