Cara Ketahui Blog Sudah Di Index. Sebagai pemahaman kepada mereka yang baru mula nak buat blog dan baru berjinak-jinak nak berblog. Satu kemestian bagi mereka yang lebih gemarkan penggunaan SEO sudah pastinya mereka ingin blog mereka diindeks oleh Google.
Apa itu Google Index?
Menurut pemahaman saya, Google Index adalah sejumlah URL suatu website atau blog yang sudah berjaya masuk ke dalam database hasil carian Google. Baca sini untuk mengetahui cara-cara menghantar blog anda ke Google, Yahoo dan Bing untuk diindeks!
Apa yang di index oleh Google?
Apabila anda mempunyai website atau blog, google akan mengindeks semua pautan dan URL dalam website / blog anda. Jadi jangan hairan kalau sekiranya anda hanya buat 1 entri tetapi sudah terindex sebanyak 6 URL. Ini kerana ianya merupakan jumlah dari hompage, posting, arkib, label (blogspot), kategori & tag (wordpress).
Bagaimana Mengetahui Blog Anda Sudah Di Index Oleh Google atau Belum?
- Buka www.google.com/ ww.google.com.my
- Pada address bar, Sila taip site:informations-the.blogspot.com
- Pada link berwarna MERAH, tukarkan ia kepada link website atau blog anda.
Sekiranya blog anda sudah di index, anda akan dapat melihat keputusannya seperti gambar di atas. Sekiranya belum di index maka anda akan mendapat keputusan sebaliknya. Selamat mencuba!