Edisi Viral! Suami Ditengking Abai Anak Dan Isteri Sebab Pentingkan Handphone - Amekaw!

Oleh Kaki Wayang on


Sorry Saya Tegur Sebab Saya Tak Boleh Tengok. Kisah viral minggu ini. Sesungguhnya memang betul apa yang dikongsikan. Ramai dalam kalangan kita terutamanya sang suami yang berkelakuan seperti dia je betul padahal tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa kepada isteri dan anak-anak diabaikan. Meh kita baca dan ambil iktibar dengan apa yang berlaku dalam EDISI VIRAL pada kali ini.

SEORANG wanita menjadi saksi kepada seorang lelaki yang didakwanya tidak bertimbang rasa dalam memberi layanan terhadap isterinya ketika berada di kedai makan di Kuala Lumpur, kelmarin.

Melalui perkongsian di Facebook, wanita berkenaan berkongsi bagaimana dia melihat seorang isteri sibuk menguruskan makanan untuk suami dan anak-anaknya namun kemudian dia dimarahi.

"Si isteri bahagikan makanan untuk anak-ank yang lebih kurang 6 tahun dan 4 tahun dan ada 'baby' mungkin dalam 7 bulan dalam 'stroller'," tulisnya.

Katanya, ketika wanita tersebut mahu menikmati makanan, anak kecilnya pula menangis.

"Si isteri pun ambil dan dukung sambil makan. Hubby (suami) dah selesai makan, bukan nak tolong pegang anak dan monitor anak tapi sebaliknya ambil telefon dan mengadap telefon. Isteri terkial-kial makan," tulisnya lagi.

Kesibukan wanita tersebut menyebabkan dia lambat menikmati makanannya sendiri, membuatkan lelaki tersebut marah.

"Apahal terkial-kial makan? Lembablah awak ni," kata lelaki tersebut yang bermain telefon bimbit dan tidak membantu menjaga anak kecil.

Melihat tindakan lelaki itu, wanita berkenaan kemudian bertindak menegur lelaki terbabit.

"Encik kalau you nak wife you makan cepat you tolonglah dia pegang baby tu. Tolonglah tengokkan anak-anak yang makan berterabur ni, so cepatlah dia boleh makan. Bertimbang rasalah. Sorry saya tegur sebab saya tak boleh tengok." katanya kepada lelaki tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian hampir 13,000 pelayar yang majoritinya menyokong tindakan saksi menegur pasangan terbabit.

"Adakala perlu juga teguran atau nasihat walaupun 'sentap'.... semoga masih ada rahmat untuk keluarga mereka, juga keluarga kita, amin.....," tulisnya lagi.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...