Alhamdulillah minggu ni Kaki Wayang amat berbesar hati ingin berkongsi pelbagai tips blog buat semua pembaca dan pengunjung blog kaki Wayang. Pertamanya terima kasih buat semua yang datang menyokong blog ini untuk terus kekal bernyawa dalam memberi informasi-informasi dan tips buat blogger-blogger khususnya di Malaysia.
Kali ini, Kaki Wayang ingin kongsikan satu artikel berkenaan dengan cara untuk elakkan entri kita di copy oleh sang PLAGIAT yang tak bertanggungjawab. Dah copy tak bagi kredit langsung. Ingat senang ke nak buat entri. Letih nak fikir dan menaip okeh. Tetiba diorang senang-senang nak copy. Paling sadis bila dah copy pastu tak letak sebarang kredit atau backlink. Rasa nak sepak.
Cuma yang bezanya adalah ianya hanya melibatkan bahagian POST ENTRI sahaja dan PLAGIAT tidak akan mampu untuk copy entri kita melainkan kod html, quote atau tag. Mereka hanya akan boleh copy yang itu je. Selain dari itu, post entri tak boleh di salin. Kejap copy, kejap salin. Takpelah harap korang faham lah yer.
Apa yang menarik adalah ANTI COPY ini tidak akan mengganggu gugat sistem loading blog anda. Tidak akan merencatkan atau melemahkan mahupun melambatkan proses LOADING blog anda.
Cara Membuat Anti Copy Dalam Blog/ Website
Login ke Dashboard Blog anda di www.blogger.com
Kemudian cari kod ]]></b:skin> atau </style>
Seterusnya "copy" script di bawah sebelum kod ]]></b:skin> atau </style>
.post { -webkit-touch-callout:none; -webkit-user-select:none; -khtml-user-select:none; -ms-user-select:none; -moz-user-select:none; }
.post blockquote,.post pre,.post code { -webkit-touch-callout:text; -webkit-user-select:text; -khtml-user-select:text; -ms-user-select:text; -moz-user-select:text; }