PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label 9 jam duduk dengan mayat. Show all posts
Showing posts with label 9 jam duduk dengan mayat. Show all posts

Edisi Informasi! 9 Perkara Yang Mesti Disegerakan!

Oleh Kaki Wayang on


Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa wajib disegerakan 9 perkara:

1. Apabila masuk waktu, segeralah bersolat!
2. Apabila melakukan dosa, segeralah bertaubat!
3. Apabila berlaku kematian, segeralah kuburkan mayat!

Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! 9 Perkara Yang Mesti Disegerakan!

Edisi Sentap! Mayat terbiar 9 jam dalam kafe!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang lelaki Taiwan mati ketika leka bermain video di sebuah kafe Internet ketika premis itu dipenuhi pelanggan, kata polis semalam. Menurut pihak berkuasa, tiada sesiapa menyedari lelaki terbabit mati walaupun mereka duduk bersebelahan dengannya sehinggalah beberapa jam kemudian.

Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 23 tahun itu memasuki kafe Internet di New Taipei pada malam Selasa dan ditemui mati dalam keadaan duduk dan tangannya berada di atas meja malam berikutnya.

“Mayat itu ditemui seorang pelayan wanita di kafe berkenaan,” katanya.

Kali terakhir pelayan itu melihat lelaki terbabit bercakap di telefon kira-kira tengah hari Rabu dan dipercayai mayat berkenaan berada di bangku selama sembilan jam. Siasatan awal polis mengesyaki lelaki itu mati akibat serangan jantung berpunca daripada suhu rendah.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Mayat terbiar 9 jam dalam kafe!

Edisi Pelik! Ajaib! Mayat Budak Perempuan Tidak Reput!

Oleh Kaki Wayang on


Satu mayat budak perempuan berumur dua tahun kelihatan sempurna seperti baru meninggal dunia walaupun sudah disimpan selama lebih 90 tahun di dalam kubur bawah tanah di sebuah biara di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Mayat budak perempuan itu yang meninggal dunia pada Disember 1920 diletakkan di dalam kubur berkenaan bersama-sama 2,000 mayat lagi.

Budak perempuan itu yang dikenali sebagai Rosalina diletakkan di dalam keranda kayu di sebuah kubur sebuah biara di Palermo di Sicily, Itali selepas meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Sejumlah mayat lagi yang sedang mengalami beberapa proses pereputan diletakkan di atas bangku dan ada juga digantung di dinding.

Kubur bawah tanah tersebut mula dibuka pada kurun ke-16 apabila paderi mencari alternatif bagi mengatasi masalah kekurangan tanah perkuburan.
 
Keadaan kubur bawah tanah yang sejuk dan mempunyai batu yang dapat menyerap cecair menyebabkan mayat menjadi kering.

Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Ajaib! Mayat Budak Perempuan Tidak Reput!

Edisi Sentap! Lelaki Peluk Mayat Teman Wanita Jatuh Bangunan

Oleh Kaki Wayang on

 Polis mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk seorang lelaki melepaskan mayat teman wanitanya daripada pelukannya, yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17, Flat Taman Utara, Batu Uban, awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata kira-kira pukul 1.15 pagi, polis menerima laporan daripada orang awam bahawa terdapat dua mayat yang dipercayai terjatuh dari bangunan flat berkenaan.

"Namun bila polis tiba di sana, hanya ada satu mayat wanita yang sedang dipeluk erat seorang lelaki berusia 20-an sambil terbaring di sebelah mayat itu dan dia dipercayai teman lelaki si mati," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Katanya polis terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk lelaki itu melepaskan mayat teman wanitanya itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim ketika dihubungi berkata mayat wanita berumur 22 tahun itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Lelaki Peluk Mayat Teman Wanita Jatuh Bangunan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...