Hampir sejam diperlukan untuk memujuk seorang lelaki yang tidak mahu
melepaskan pelukan terhadap teman wanitanya yang sudah meninggal dunia
selepas ditemui di tingkat bawah satu blok flat di Taman Utara, Batu
Uban, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki terbabit tidak dapat
menerima hakikat teman wanitanya, Lau Kah Kah, 22, maut selepas
terjun dari tingkat 17 flat berkenaan.
Lelaki terbabit dilihat meniarap di sisi mayat teman wanitanya
sambil memeluknya, tetapi langsung tidak bersuara dan hanya sesekali
kelihatan menangis.
Orang ramai yang mengerumuni tempat
kejadian pada mulanya menyangkakan ada dua mayat di situ, tetapi
terkejut apabila melihat lelaki berkenaan tiba-tiba bergerak.
Lelaki itu langsung tidak mempedulikan orang ramai yang mengerumuninya
dan dia terus memeluk erat mayat teman wanitanya sebelum penduduk
menghubungi ambulans.
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap! Sejam peluk mayat kekasih!