PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label mayat bergelimpangan. Show all posts
Showing posts with label mayat bergelimpangan. Show all posts

Edisi Pelik! Ajaib! Mayat Budak Perempuan Tidak Reput!

Oleh Kaki Wayang on


Satu mayat budak perempuan berumur dua tahun kelihatan sempurna seperti baru meninggal dunia walaupun sudah disimpan selama lebih 90 tahun di dalam kubur bawah tanah di sebuah biara di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Mayat budak perempuan itu yang meninggal dunia pada Disember 1920 diletakkan di dalam kubur berkenaan bersama-sama 2,000 mayat lagi.

Budak perempuan itu yang dikenali sebagai Rosalina diletakkan di dalam keranda kayu di sebuah kubur sebuah biara di Palermo di Sicily, Itali selepas meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Sejumlah mayat lagi yang sedang mengalami beberapa proses pereputan diletakkan di atas bangku dan ada juga digantung di dinding.

Kubur bawah tanah tersebut mula dibuka pada kurun ke-16 apabila paderi mencari alternatif bagi mengatasi masalah kekurangan tanah perkuburan.
 
Keadaan kubur bawah tanah yang sejuk dan mempunyai batu yang dapat menyerap cecair menyebabkan mayat menjadi kering.

Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Ajaib! Mayat Budak Perempuan Tidak Reput!

Edisi Sentap! Mayat pekerja asing dalam beg di lapangan terbang!

Oleh Kaki Wayang on

Sebuah persatuan pekerja Filipina di Asia Barat semalam mendesak pihak berkuasa negara itu menyiasat kematian ngeri seorang pekerja asing yang tiba di bandar raya ini dari Bahrain.

Nidzmar Bahjin, 20, kembali ke Filipina dari Bahrain Selasa lalu. Tetapi, keesokannya, mayatnya ditemui dalam beg pakaian yang ditinggalkan di tempat letak kereta di Terminal 2, Lapangan Terbang Ninoy Aquino.

Pembunuhan ngeri itu bukan saja memeranjatkan keluarga tetapi juga mencetuskan kebimbangan di kalangan pekerja asing Filipina yang tiba di negara asal mereka menerusi lapangan terbang berkenaan.
 
Polis di Pasay City berkata, Nidzmar, wanita Islam yang berasal dari Sulu itu, dipercayai diculik sebelum dicekik hingga mati.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Mayat pekerja asing dalam beg di lapangan terbang!

Betol-betol LOL! 9 jam duduk dengan mayat!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ribuanterkandasakibatsaljitebal/pix_gal2
Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita terpaksa duduk bersebelahan mayat teman lelakinya selama sembilan jam selepas lelaki terbabit mati tercekik ketika menjamu selera dalam pesawat. 

Vanessa Preechakul mendedahkan bagaimana dia terkejut apabila teman lelakinya, Robert Rippingale, 31, tercekik hingga mati ketika makan hidangan daging dalam penerbangan Jetstar dari Singapura ke Auckland. “Sebelum itu kami duduk bersebelahan sambil berkucupan, berpegang tangan tetapi tidak lama kemudian dia tercekik,” kata Vanessa, 27, seorang arkitek.

“Saya bertanya pada diri saya, kenapa kejadian itu berlaku pada saya? “Rippingale ingin sangat pulang ke New Zealand dan dia sudah pun meninggalkan saya,” katanya.

Vanessa memberitahu New Zealand Herald, mereka bertemu di Singapura, tempat teman lelakinya itu tinggal dan bekerja selama tiga tahun.

Rippingale membawa teman wanitanya ke New Zealand supaya Vanessa dapat melawat negara itu dan meraikan hari jadi ke-50 ibu bapa lelaki itu. “Dia sangat seronok ingin pulang dan tiba di lapangan terbang enam jam lebih awal untuk penerbangan jam 8 malam,” katanya. Selepas satu jam 30 minit berlepas, pesawat Jetstar (pesawat tambang murah milik syarikat Qantas, Australia) yang mengambil masa 11 jam penerbangan itu menyediakan hidangan pilihan daging atau ayam untuk makan malam.

Rippingale memilih hidangan daging dan makan sambil menonton filem. Tiba-tiba, Vanessa melihat teman lelakinya itu menggeletar, tetapi dia tidak menyedari ada perkara yang tidak diingini berlaku.

“Saya ingat dia ketawa terbahak-bahak. Kemudian apabila saya memandang ke arahnya, saya lihat matanya terjuling ke atas dan dia tidak dapat bercakap. Bibirnya mula kebiruan.” Seorang doktor dan dua jururawat antara penumpang di pesawat itu dan mereka bergegas untuk membantu sebaik mendengar Vanessa menjerit meminta bantuan.

Rippingale kemudian diangkat ke bahagian dapur pesawat dan kakitangan perubatan melakukan bantuan CPR tetapi gagal menyelamatkannya. “Doktor berkenaan datang kepada saya dan meminta maaf kerana tidak dapat menyelamatkan Rippingale,” katanya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol LOL! 9 jam duduk dengan mayat!

Betol-betol Sedih! Mayat bergelimpangan dipanah petir!

Oleh Kaki Wayang on

MAUT...mayat dua daripada tiga mangsa   yang maut disambar petir di Sungai Choh. 

“Mereka duduk di depan pintu rumah kongsi kerana berteduh daripada hujan sambil menjulurkan kaki ke dalam air apabila tiba-tiba kilat menyambar sebelum berlaku dentuman kuat berhampiran. “Semua mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun rebah terkena panahan petir itu,” kata Hunarpo, 42, saksi kejadian tiga buruh binaan warga Indonesia maut manakala tiga lagi cedera disambar petir di U5 Glenmarie, Shah Alam, jam 2.40 petang semalam.

Selang lima minit kemudian, petir turut meragut nyawa tiga lagi warga Indonesia dan menyebabkan dua cedera. Ketika kejadian, semua mangsa sedang menanam sayur di sebuah kebun di Sungai Choh, Hulu Selangor, jam 2.45 petang. Saksi kejadian pertama, Hunarpo, berkata, majikan mengarahkan semua pekerja yang sedang melakukan kerja pembinaan berteduh di rumah kongsi terbabit sebaik hujan.

“Kami segera pulang ke rumah kongsi masing-masing termasuk mereka yang terkena panahan itu. Keenam-enam mereka tidak dipanah petir secara langsung, sebaliknya terkena renjatan yang terhasil daripada air yang naik akibat hujan sebaik petir meletup.

“Ini kerana mereka meletakkan kaki di luar rumah yang ditakungi air. Akibatnya, tiga mati di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera akibat terkena renjatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Difahamkan, keadaan tiga mangsa yang cedera dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Seorang lagi rakan mangsa, Devi, 40, berkata, mereka baru dua minggu berpindah ke kawasan itu untuk memulakan kerja pembinaan.

“Saya berada kira-kira empat meter dari lokasi enam rakan disambar petir itu. Apa yang saya takutkan benar-benar berlaku apabila terdengar dentuman guruh yang kuat manakala cahaya kilat memanah bumi. “Selepas dentuman itu, saya lihat keenam-enam mangsa bergelimpangan di tanah sebelum diangkat dan diletakkan di atas meja di rumah kongsi. Kami memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan sebelum dia menghubungi ambulans,” katanya.

Jurucakap pemaju yang ditemui di lokasi kejadian berkata, mereka akan memindahkan semua pekerja ke kawasan lebih selamat selain berjanji tidak mengabaikan kebajikan semua mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi ketika dihubungi berkata, dalam kejadian kedua, tindakan pekerja Indonesia meneruskan kerja menanam sayur ketika hujan lebat serta kilat mengundang padah apabila semua mereka dipanah petir.

“Tiga mangsa rebah akibat terkena panahan petir dan mati di tempat kejadian manakala dua rakan mereka sempat melarikan diri, tapi turut cedera akibat terkena tempias petir berkenaan.

“Difahamkan, dua mangsa yang berjaya menyelamatkan diri sempat berlari masuk pondok berhampiran kawasan berkenaan,” katanya.

Norell berkata, tiga yang maut dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), di sini untuk dibedah siasat manakala dua rakan mereka yang cedera dirawat di Klinik Kesihatan Rawang.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sedih! Mayat bergelimpangan dipanah petir!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...