Keputusan tersebut memang agak mengejutkan kerana James Durbin sebelum ini tidak pernah berada di dalam kedudukan 3 terbawah. Bagaimanapun, James Durbin masih tetap berjaya mempesonakan barsian pengkritik American Idol iaitu Randy Jackson, Jennifer Lopez dan Steven Tyler terhadap persembahannya pada malam Rabu lalu menerusi lagu Don't Stop Believing daripada Journey serta Lovion Potion No.9 (The Clovers).
"Saya memang berharap sangat untuk berada di final. Banyak yang telah saya lakukan semenjak berada di sini. Kebanyakannya tidak pernah saya lakukan sebelum ini," kata James Durbin sambil mengalirkan air mata. Turut berada di kedudukan terbawah adalah jejaka country berusia 17 tahun yang memiliki suara yang dalam iaitu Scotty McCreery daripada Garner, North Carolina serta Haley Reinhart, 20 daripada Wheeling, Illinois.
Dengan penyingkiran James Durbin itu, bererti Scotty McCreery dan Haley Reinhart bersama Lauren Alania of Rossville, Georgia secara automatik akan menjadi Top 3 American Idol 10 yang akan terus berjuang untuk minggu seterusnya.
Sebelum penyingkiran, James Durban yang sentiasa dikaitkan dengan Adam Lambert telah bergabung dengan Scotty McCreery untuk membawakan lagu start A Band yang pernah dipopularkan oleh Brad Paisley dan Keith Urban. Manakala Haley Reinhart dan Lauren Alania pula telah digandingkan untuk membawakan lagu Miranda Lambert, Gunpowder and Lead.
Top 3 American Idol juga akan melawat tempat asal mereka masing-masing pada minggu ini dan kembali semula ke pentas American Idol pada Rabu depan bersama finalis American Idol lain yang telah tersingkir.