Steven Tyler dan Liv Tyler
"Ia kedengaran agak lucu tetapi memang ayah selalu 'mencuri' baju-baju daripada almari saya. "Ayah memang suka memakai baju perempuan. Kadang-kala saya saja mengusiknya dan berkata, cantik baju ayah," seloroh Liv.
Bagaimanapun, Liv bangga memiliki seorang ayah seperti Steve kerana walaupun sudah berusia, ayahnya masih lagi ligat dalam industri hiburan Hollywood. Malah, dia juga rasa seronok apabila Steve menjadi juri program popular American Idol.
"Bagi saya, ayah merupakan seorang lelaki yang hebat. Dia selalu membuatkan saya tertawa dengan perwatakan 'gila-gilanya'," ujarnya.