PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Gambar Seksi Nur Amalina. Show all posts
Showing posts with label Gambar Seksi Nur Amalina. Show all posts

Edisi Hangat! Rahsia Kejayaan Pelajar-Pelajar Terbaik Seluruh Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on

Rahsia kejayaan

Antara perkara dan tips yang dibuat oleh ramai pelajar cemerlang samada PMR, SPM dan pepeperiksaan lain ialah:
  1. Nur Syuhadah pelajar cemerlang SPM 2009, berkata komitmen guru dalam menyampaikan kepakaran masing-masing begitu banyak membantunya. Rahsia kejayaan Nur shuhadah ialah banyak memberi tumpuan semasa di dalam kelas. Beliau memperoleh keputusan 10 A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia, Sejarah, Pendidikan Islam dan English for Sience and Technology (EST). Dia yakin, kemahiran hafaz ayat-ayat al-Quran semasa di sekolah rendah yang diamalkan secara berterusan memudahkannya memahami dan mengingati apa yang diajar oleh guru.
  2. Tan Yen Ling 19, mendapat keputusan 14A+, kejayaan yang dikecapinya itu bukan usahanya semata-mata tetapi paduan usaha ibu bapa, guru dan rakan-rakan yang sering membantu. Katanya, selain itu, dia juga memperuntukkan sekurang-kurangnya sejam setiap hari untuk membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.
  3. Muhammad Harith Mohd Fauzi pelajar cemerlang SPM dengan berjaya memperoleh 11A iaitu 9A+ dan 2A serta diumumkan pelajar terbaik sekolah tersebut hari ini. Harith, 18, kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan Kejuruteraan Kimia peringkat asas di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan bercita-cita menjadi seorang jurutera. Amalan kejayaan beliau ialah membaca quran dan yassin setiap hari.
  4. Beh Yuan Ye 17, muncul antara pelajar terbaik Kedah apabila berjaya memperoleh 13A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009. Rahsia kejayaan  ialah usaha gigih, konsisten dan fokus mencapai sesuatu matlamat menjadi azimatnya untuk mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
  5. Status orang kurang upaya (OKU) kerana menghidap penyakit autisme (kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak) tidak menghalang seorang pelajar untuk memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.

    Khairul Aiman Hashim, 16, dari Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras berkata,, Rahsia Kejayaan ialah , dia menganggap dirinya sama seperti pelajar normal lain malah sentiasa menanam sikap mahu bersaing dengan rakan-rakannya.
  6. Saya tidak berjaga sehingga lewat malam untuk mengulangkaji pelajaran kerana ia boleh menyebabkan kita hilang fokus di dalam kelas.” Rahsia kejayaan  kembar Suraya Nadzirah dan Suraya Nabilah Izhar, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George V di sini yang mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Mereka  mengulangkaji pelajaran selama satu atau dua jam sehari dan tidak tidur lewat untuk memastikan mereka segar ketika mengikuti pembelajaran di dalam kelas.
  7. Seorang pelajar, Nurizzati Datuk Zainal Nazeri dari Kolej Yayasan Saad (KYS), berkata, pelaksanaan sistem mentor- menti di kalangan rakan- rakan sebaya ternyata banyak membantunya mencapai keputusan yang baik dalam PMR. Anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam itu berkata, melalui sistem tersebut setiap pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran tertentu akan menjadi mentor kepada rakannya yang lain. ‘‘Jadi Rahsia Kejayaan ialah kami saling bersaing antara satu sama lain. Kami juga berusaha untuk membuktikan bahawa kamilah mentor terbaik.
Rahsia kejayaan pelajar yang dikongsi di atas adalah sebahagian tips dan amalan mereka buat. Adik adik bagaimana ?. Tepuk dada tanya diri sendiri, apakah tahap anda ketika ini. Paling penting ialah sikap yang positif. Apakah sikap positif?. Sikap positif ialah amalan, perbuatan, tingkah laku yang baik , serta minda yang ingin berubah dan maju. Menjauh perkara buruk dan ambil amalan yang baik sebagai amalan.

Mulai hari mulakan langkah ingin berubah. Tanamkan azam ingin berjaya. Aku mahu masa depan yang cerah. Aku mahu jadi orang yang berguna di masa akan datang.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Rahsia Kejayaan Pelajar-Pelajar Terbaik Seluruh Malaysia!

Edisi Panas! Kontroversi Legging Yuna Dan Nur Amalina…Best Ke Seluar Tu?

Oleh Kaki Wayang on

Seluar Legging Itu Haram...Apa Kata Yuna, Apa Kata Amalina, Apa Kata Anda?
Mungkin kita boleh dengar pandangan juara Imam Muda tempoh hari, Ustaz Asyraf dalam blognya; Majoriti para ulama bersepakat dalam melarang wanita memakai pakaian yang ketat seperti ‘legging’.

Ini kerana jelas daripada hadis Rasulullah SAW yang memberi gambaran larangan terhadap wanita yang menampakkan tubuh badan mereka walaupun berpakaian.

Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata :

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya.

Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :

1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.

2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).

3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.

Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya?dengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata,?”Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerah?Qibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, maka?Rasulullah SAW bersabda, “Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagai?lapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak.” Hadis riwayat Ahmad?(21279)

Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.

Hah, itu kata Ustaz Asyaraf.

Dan disebabkan seluar legging ini jugalah, timbul kontroversi apabila dua personaliti iaitu penyanyi Yuna dan pelajar cemerlang, Nur Amalina Che Bakri ‘dikesan’ pernah memakai seluar yang sama.

Apa kata Yuna dalam hal ini?

“Pasal pakai legging tu saya tidak rasa ia satu kesilapan. Saya pakai kerana saya rasa selesa dan bersesuaian dengan penampilan saya ketika itu. Saya pun tak sangka, peminat tidak suka. Walau bagaimanapun, isu ini sudah pasti membuatkan saya lebih berhati-hati pada masa hadapan.Saya sudah tahu apa yang peminat suka dan tidak suka. Tetapi, saya tidaklah kata tidak akan pakai lagi sebab kadang-kadang pakai skinny jeans pun orang ingat kita pakai legging. Saya sudah biasa dengan isu-isu begini dan saya percaya isu ini akan berlalu begitu sahaja,” ujar Yuna

Dan apa pula kata Nur Amalina?

“’Legging’ itu pemberian ibu, dan gambar itu pun ibu yang tangkap ketika kami bercuti di Paris.

“Tak kan ibu nak beri saya pakaian yang koyak-koyak untuk anaknya pakai, itu cuma corak sahaja, saya suka berfesyen, dan ibu sendiri tidak halang hobi saya,” jelasnya.

Kredit: MyNewsHub
Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Kontroversi Legging Yuna Dan Nur Amalina…Best Ke Seluar Tu?

Edisi Nur Amalina! "Saya Cuma Tak Bertudung tapi Saya Solat"!

Oleh Kaki Wayang on


 
Pelajar Terbaik SPM 2004, Nur Amalina Che Bakri hari ini meminta semua pihak khususnya blogger supaya tidak lagi menyebarkan fitnah dan mengaibkan beliau kononnya bertindak liar dengan perbuatan-perbuatan kurang bersopan. Sambil menyangkal fitnah mendakwa dirinya mengalami kejutan budaya ketika mengikuti pengajian tinggi di United Kingdom sekarang, tegas Nur Amalina: "Jangan menilai seseorang daripada pandangan luaran sahaja."

Beliau berkata demikian menerusi sidang video ‘Skype’ di kediaman ibunya, Sabariah Hassan, semalam, juga turut terkilan dengan tindakan menceroboh gambar peribadi miliknya.
Nur Amalina mengakui beliau terkilan apabila ada pihak memberi komen-komen yang melibatkan keluarganya.

"Bagi mereka (blogger) yang menyebarkan gambar-gambar tersebut diharap dapat hentikan kerana ia mengaibkan tambahan pula ia adalah gambar peribadi saya," tegasnya dalam reaksi pertama mengenai kontroversi diri beliau.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, ibunya Sabariah Hassan menyifatkan segala tuduhan liar terhadap Nur Amalina sebagai fitnah.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (UK), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah.
 
Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.  Berkongsi kisahnya, Nur Amalina juga mengakui sudah lali dengan perkara sebegitu kerana ini bukan pertama kali difitnah.

"Namun saya reda, sememangnya mulut orang kita tidak boleh tutup, tambahan pula ia adalah sesuatu yang tidak benar,” kata beliau.

Mengulas mengenai fesyen serta pakaian yang disifatkan seksi seperti yang tersebar di laman blog, Nur Amalina menyifatkan ia melampaui batas.

“Saya sememangnya tidak bertudung, malah saya gemar berfesyen sejak kecil lagi. Seluar yang saya pakai di dalam gambar tersebut adalah pemberian daripada mama.

“Seluar itu mempunyai satu lapisan lain yang menyerupai warna kulit di bahagian dalam, ia tidak seperti yang difikirkan masyarakat, kerana tidak mungkin saya akan memakai pakaian yang koyak untuk keluar,” katanya.

Jelasnya, walaupun tidak bertudung, amalan membaca al-Quran serta solat lima waktu tidak pernah dilupakan dan menegaskan ia merupakan kunci kejayaannya.

“Walaupun saya tidak bertudung tetapi saya masih tidak lupa untuk menunaikan solat setiap waktu, juga membaca Yasin pada malam Jumaat kerana mama telah mendidik saya sebegitu sejak dari kecil.

“Saya tidak pernah melakukan perkara yang melampaui batasan ketika keluar bersosial bersama rakan-rakan, ia cara bagi melepaskan tekanan selepas berpenat mengulang kaji, gambar yang tersebar itu adalah gambar ketika meraikan hari lahir saya,” katanya lagi.

Nur Amalina yang kini sedang menjalankan penyelidikan mengenai barah ovari dan payudara berkata, fitnah yang tersebar tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan nasihat, apa yang berlaku ini akan saya jadikan iktibar dan tauladan untuk menjadi lebih baik.
Sila baca selanjutnyaEdisi Nur Amalina! "Saya Cuma Tak Bertudung tapi Saya Solat"!

Edisi Sentap! Jawapan Ibu Nur Amalina mengenai kontroversi anaknya!

Oleh Kaki Wayang on

“Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.

Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.

Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.

“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.


“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Jawapan Ibu Nur Amalina mengenai kontroversi anaknya!

Edisi Sentap! Serangan Balas Nur Amalina atas Isu Kontroversinya!

Oleh Kaki Wayang on



Ini jawapan Nur Amalina Che Bakri atas apa yang telah berlaku semalam..Isu kontroversinya begitu hangat diperkatakan semalam..dan inilah apa yang telah dijawab oleh beliau..


"I dont care what people say about me as i wear my pain everyday"
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Serangan Balas Nur Amalina atas Isu Kontroversinya!

Edisi Sentap! Amalina Che Bakri, pelajar cemerlang SPM 17A1 kini sudah tidak bertudung

Oleh Kaki Wayang on

Hakikatnya perkara ini sudah tersebar meluas seantero dunia Internet,dan ianya telah menjadi perbualan panas di’kalangan pengguna laman sosial Facebook dan Twitter.Mungkin nama Nur Amalina Che Bakri kian pudar di’ingatan sesetengah pihak tentang hasil kejayaan membangga’kan beliau dalam bidang akademik tatkala memperolehi 17′A’1 dalam SPM tahun 2004 yang lalu.


Mengimbas kembali sejarah pencapaian lalu,Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan.

Pembuka tahun 2012, sekali lagi Amalina Che Bakri dihangat berita sensasi apabila beberapa keping gambarnya di laman Facebook dijadikan bahan isu kenapa dia sudah tidak bertudung. Realitinya berpandukan kepada gambar yang tersebar meluas ‘di’internet ini, jelas menampakan perubahan drastik tentang penampilan beliau di’luar negara. Mungkin, adakah ini satu anjakan paradigma yang akan berlaku jikalau seseorang itu menyambung pelajaran di’luar negara?







Difahamkan gambar yang tersebar ini adalah dari sumber Facebook Amalina Che Bakri danFacebook miliknya telah’pun di’delete.

Kredit: Bulan Purnama
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Amalina Che Bakri, pelajar cemerlang SPM 17A1 kini sudah tidak bertudung

Edisi Sentap! Kontroversi Facebook Amalina Che Bakri,Pelajar Cemerlang SPM 2004

Oleh Kaki Wayang on



Tentu masih ramai yang ingat dengan Nur Amalina Che Bakri iaitu pelajar yang menjadi kebanggaan kita semua dan keluarganya kerana kejayaannya mendapat 17A1 di dalam SPM pada tahun 2005. Sekarang tengah kecoh di twitter dan facebook kerana dia dikatakan berubah penampilannya daripada seorang yang memakai tudung kepada gadis yang tidak memakai tudung dan bersosial.

Ketika ini, kecoh dalam laman web sosial Facebook dan Twitter mengenai Facebook Profile Amalina Che Bakri, Pelajar Cemerlang SPM 2004 Malaysia yang kelihatan seperti sudah hilang budaya ketimuran.

Malah, profile facebook yang hangat diperkatan itu juga menunjukkan beberapa kepingan foto Amalina beraksi seperti sudah lupa pada agama dan bangsa nya.


Kontroversi Facebook Amalina Che Bakri,Pelajar Cemerlang SPM 2004. Berikut merupakan print screen profile facebook yang dikatakan milik Amalina Che Bakri.


Jangan terus menjatuhkan hukuman tanpa sebarang keterangan yang sah. Bila kita berada di puncak, sudah tentu ada sahaja pihak yang cuba menjatuhkan kita. Walaupun terpaksa memalukan dan menjatuhkan maruah agama sendiri. Mungkin juga Facebook ini direka oleh musuh Amalina yang cemburu dengan pencapaian cemerlang beliau.




nur amalina che bakri

Di sini, aku akan mendedahkan satu sebab untuk tidak mempercayai bahawa Facebook ini milik Amalina Che Bakri secara membabi buta. Cuba lihat gambar di bawah ini, anda akan dapat melihat komen salah seorang rakan berbunyi “poser”. Seterusnya diikuti dengan komen seakan-akan bersetuju daripada pemilik Facebook itu sendiri.





KREDIT: OhAlkisah & AzriJohan
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kontroversi Facebook Amalina Che Bakri,Pelajar Cemerlang SPM 2004
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...