- Nur Syuhadah pelajar cemerlang SPM 2009, berkata komitmen guru dalam
menyampaikan kepakaran masing-masing begitu banyak membantunya. Rahsia kejayaan
Nur shuhadah ialah banyak memberi tumpuan semasa di dalam kelas. Beliau
memperoleh keputusan 10 A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia, Sejarah,
Pendidikan Islam dan English for Sience and Technology (EST). Dia
yakin, kemahiran hafaz ayat-ayat al-Quran semasa di sekolah rendah yang
diamalkan secara berterusan memudahkannya memahami dan mengingati apa
yang diajar oleh guru.
- Tan Yen Ling 19, mendapat keputusan 14A+, kejayaan yang dikecapinya
itu bukan usahanya semata-mata tetapi paduan usaha ibu bapa, guru dan
rakan-rakan yang sering membantu. Katanya, selain itu, dia juga
memperuntukkan sekurang-kurangnya sejam setiap hari untuk membuat kerja
sekolah dan mengulang kaji pelajaran.
- Muhammad Harith Mohd Fauzi pelajar cemerlang SPM dengan berjaya
memperoleh 11A iaitu 9A+ dan 2A serta diumumkan pelajar terbaik sekolah
tersebut hari ini. Harith, 18, kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan
Kejuruteraan Kimia peringkat asas di Universiti Teknologi Petronas (UTP)
dan bercita-cita menjadi seorang jurutera. Amalan kejayaan beliau ialah
membaca quran dan yassin setiap hari.
- Beh Yuan Ye 17, muncul antara pelajar terbaik Kedah apabila berjaya memperoleh 13A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009. Rahsia kejayaan
ialah usaha gigih, konsisten dan fokus mencapai sesuatu matlamat
menjadi azimatnya untuk mencatatkan keputusan cemerlang dalam
peperiksaan tersebut.
- Status orang kurang upaya (OKU) kerana menghidap penyakit autisme
(kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak) tidak
menghalang seorang pelajar untuk memperoleh 8A dalam peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.
Khairul Aiman Hashim, 16, dari Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras berkata,, Rahsia Kejayaan ialah , dia menganggap dirinya sama seperti pelajar normal lain malah sentiasa menanam sikap mahu bersaing dengan rakan-rakannya. - Saya tidak berjaga sehingga lewat malam untuk mengulangkaji
pelajaran kerana ia boleh menyebabkan kita hilang fokus di dalam kelas.”
Rahsia kejayaan
kembar Suraya Nadzirah dan Suraya Nabilah Izhar, 15, dari Sekolah
Menengah Kebangsaan King George V di sini yang mendapat keputusan 8A
dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Mereka mengulangkaji
pelajaran selama satu atau dua jam sehari dan tidak tidur lewat untuk
memastikan mereka segar ketika mengikuti pembelajaran di dalam kelas.
- Seorang pelajar, Nurizzati Datuk Zainal Nazeri dari Kolej Yayasan Saad (KYS), berkata, pelaksanaan sistem mentor- menti di kalangan rakan- rakan sebaya ternyata banyak membantunya mencapai keputusan yang baik dalam PMR. Anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam itu berkata, melalui sistem tersebut setiap pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran tertentu akan menjadi mentor kepada rakannya yang lain. ‘‘Jadi Rahsia Kejayaan ialah kami saling bersaing antara satu sama lain. Kami juga berusaha untuk membuktikan bahawa kamilah mentor terbaik.
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Temubual bersama Nur Amalina Che Bakri. Show all posts
Showing posts with label Temubual bersama Nur Amalina Che Bakri. Show all posts
Home » Posts filed under Temubual bersama Nur Amalina Che Bakri
Edisi Hangat! Rahsia Kejayaan Pelajar-Pelajar Terbaik Seluruh Malaysia!
Oleh Kaki Wayang on
Antara perkara dan tips yang dibuat oleh ramai pelajar cemerlang samada PMR, SPM dan pepeperiksaan lain ialah:
Rahsia kejayaan pelajar yang dikongsi di atas adalah sebahagian tips
dan amalan mereka buat. Adik adik bagaimana ?. Tepuk dada tanya diri
sendiri, apakah tahap anda ketika ini. Paling penting ialah sikap yang
positif. Apakah sikap positif?. Sikap positif ialah amalan, perbuatan,
tingkah laku yang baik , serta minda yang ingin berubah dan maju.
Menjauh perkara buruk dan ambil amalan yang baik sebagai amalan.
Mulai hari mulakan langkah ingin berubah. Tanamkan azam ingin
berjaya. Aku mahu masa depan yang cerah. Aku mahu jadi orang yang
berguna di masa akan datang.
Edisi Sentap! Respon Nur Amalina Che Bakri terhadap Pemilik Palsu Facebooknya!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap! Respon Nur Amalina Che Bakri terhadap Pemilik Palsu Facebooknya!
Edisi Nur Amalina! "Saya Cuma Tak Bertudung tapi Saya Solat"!
Oleh Kaki Wayang on
Pelajar Terbaik SPM 2004, Nur
Amalina Che Bakri hari ini meminta semua pihak khususnya blogger supaya tidak
lagi menyebarkan fitnah dan mengaibkan beliau kononnya bertindak liar dengan
perbuatan-perbuatan kurang bersopan. Sambil menyangkal fitnah mendakwa dirinya
mengalami kejutan budaya ketika mengikuti pengajian tinggi di United Kingdom
sekarang, tegas Nur Amalina: "Jangan menilai seseorang daripada pandangan
luaran sahaja."
Beliau berkata demikian menerusi sidang video ‘Skype’ di kediaman ibunya, Sabariah Hassan, semalam, juga turut terkilan dengan tindakan menceroboh gambar peribadi miliknya.
Nur Amalina mengakui beliau terkilan apabila ada pihak memberi komen-komen yang melibatkan keluarganya.
"Bagi mereka (blogger) yang menyebarkan gambar-gambar tersebut diharap dapat hentikan kerana ia mengaibkan tambahan pula ia adalah gambar peribadi saya," tegasnya dalam reaksi pertama mengenai kontroversi diri beliau.
Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, ibunya Sabariah Hassan menyifatkan segala tuduhan liar terhadap Nur Amalina sebagai fitnah.
“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (UK), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas
dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung,
juga tidak benar. Berkongsi kisahnya,
Nur Amalina juga mengakui sudah lali dengan perkara sebegitu kerana ini bukan
pertama kali difitnah.
"Namun saya reda, sememangnya mulut orang kita tidak boleh tutup, tambahan pula ia adalah sesuatu yang tidak benar,” kata beliau.
Mengulas mengenai fesyen serta pakaian yang disifatkan seksi seperti yang tersebar di laman blog, Nur Amalina menyifatkan ia melampaui batas.
“Saya sememangnya tidak bertudung, malah saya gemar berfesyen sejak kecil lagi. Seluar yang saya pakai di dalam gambar tersebut adalah pemberian daripada mama.
“Seluar itu mempunyai satu lapisan lain yang menyerupai warna kulit di bahagian dalam, ia tidak seperti yang difikirkan masyarakat, kerana tidak mungkin saya akan memakai pakaian yang koyak untuk keluar,” katanya.
Jelasnya, walaupun tidak bertudung, amalan membaca al-Quran serta solat lima waktu tidak pernah dilupakan dan menegaskan ia merupakan kunci kejayaannya.
“Walaupun saya tidak bertudung tetapi saya masih tidak lupa untuk menunaikan solat setiap waktu, juga membaca Yasin pada malam Jumaat kerana mama telah mendidik saya sebegitu sejak dari kecil.
“Saya tidak pernah melakukan perkara yang melampaui batasan ketika keluar bersosial bersama rakan-rakan, ia cara bagi melepaskan tekanan selepas berpenat mengulang kaji, gambar yang tersebar itu adalah gambar ketika meraikan hari lahir saya,” katanya lagi.
Nur Amalina yang kini sedang menjalankan penyelidikan mengenai barah ovari dan payudara berkata, fitnah yang tersebar tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan nasihat, apa yang berlaku ini akan saya jadikan iktibar dan tauladan untuk menjadi lebih baik.

Edisi Khas Nur Amalina! Sesi Temubual Bersama Nur Amalina Che Bakri!
Oleh Kaki Wayang on
Kumpulan
wartawan tempatan dari TV9, Astro Awani, Harian Metro, Sinar Harian,
Berita Harian dan Utusan Malaysia sebentar tadi berpeluang menemubual
Nur Amalina di rumah ibunya di Kota Tinggi, Johor bagi mendapatkan
gambaran jelas mengenai pelbagai tohmahan di media sosial mengenai
perkembangan terkini dirinya yang masih berada di United Kingdom.
1. Wartawan tempatan di kediaman keluarga Nur Amalina Che Bakri di Kota
Tinggi. Sebentar nanti, sesi video chat melalui skype akan diadakan
bersama Nur Amalina atau lebih mesra dipanggil Ina yang ketika ini
berada di Edinburgh, UK.
2. Ibu Nur Amalina sedang ber”Skype” bersama anaknya menerusi laptop.
Ucapan Nur Amalina Che Bakri
"Kepada anda yang berada di luar sana, jangan risau, jangan bimbang, im doing fine here, terima kasih kepada semua nasihat yang anda berikan kepada amalina, saya akan jadikan iktibar dan teladan. tapi ada komen yang sedikit mencalarkan hati amalina. if you want to give me advice harap janganlah terlalu emosi hingga babitkan ibubapa, keluarga," kata pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2005 yang memperolehi keputusan 17A1, Nur Amalina Che Bakri.
Kredit: BeautifulNara dan Hazrey