Kumpulan
wartawan tempatan dari TV9, Astro Awani, Harian Metro, Sinar Harian,
Berita Harian dan Utusan Malaysia sebentar tadi berpeluang menemubual
Nur Amalina di rumah ibunya di Kota Tinggi, Johor bagi mendapatkan
gambaran jelas mengenai pelbagai tohmahan di media sosial mengenai
perkembangan terkini dirinya yang masih berada di United Kingdom.
1. Wartawan tempatan di kediaman keluarga Nur Amalina Che Bakri di Kota
Tinggi. Sebentar nanti, sesi video chat melalui skype akan diadakan
bersama Nur Amalina atau lebih mesra dipanggil Ina yang ketika ini
berada di Edinburgh, UK.
2. Ibu Nur Amalina sedang ber”Skype” bersama anaknya menerusi laptop.
Ucapan Nur Amalina Che Bakri
"Kepada anda yang berada di luar sana, jangan risau, jangan bimbang,
im doing fine here, terima kasih kepada semua nasihat yang anda berikan
kepada amalina, saya akan jadikan iktibar dan teladan. tapi ada komen
yang sedikit mencalarkan hati amalina. if you want to give me advice
harap janganlah terlalu emosi hingga babitkan ibubapa, keluarga," kata pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2005 yang memperolehi keputusan 17A1, Nur Amalina Che Bakri.
Kredit: BeautifulNara dan Hazrey
Mengenai Penulis:
Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.
Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook