PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Hari Kiamat. Show all posts
Showing posts with label Hari Kiamat. Show all posts

Edisi Pengajaran! Gambaran Sebenar Hari Kiamat!

Oleh Kaki Wayang on


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Gambaran Sebenar Hari Kiamat!

Edisi Informasi! 10 Golongan yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT pada Hari Kiamat kelak!

Oleh Kaki Wayang on

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

 
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaanTIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah S.A.W :

"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! 10 Golongan yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT pada Hari Kiamat kelak!

Edisi Hangat! Kehidupan barzakh yang hakiki!

Oleh Kaki Wayang on

Kita mulakan ruang kali ini dengan mengucapkan tahniah kepada para pembaca semuanya di atas kedatangan bulan Rabiulawal kali ini. Bulan yang telah menjadi mulia dan dimuliakan dengan dilahirkan makhluk Allah SWT yang paling mulia di bulan itu. 

Kita pula telah diangkat menjadi umat yang paling mulia kerana kita dinisbahkan kepada Saidina Muhammad SAW. 

Maka wajiblah sebagai tanda mensyukuri nikmat-nikmat yang besar ini kita mengisi bulan ini bahkan bulan-bulan lain malah seluruh kehidupan kita dengan mengingati, mengasihi dan berkhidmat kepada saidina Nabi SAW.

Kita akan menyambung siri perbahasan kitab Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan dengan melihat beberapa persoalan rencam yang menimbulkan kekeliruan sesudah kita selesai menyentuh dua bab besar iaitu berkaitan akidah dan kenabian.

Memurnikan kefahaman

Pada minggu ini kita akan mula membahas tentang hakikat alam Barzakh atau alam kubur. Salah tanggap tentang hal ini menyebabkan sebahagian daripada kita memandang serong terhadap sebahagian yang lain. 

Misalnya dalam musim-musim Maulid ini apabila mereka mendegar pujian dan ucapan yang ditujukan kepada baginda SAW mereka akan menganggapnya sebagai sesuatu yang sia-sia dan berbaur kesesatan. 

Sedangkan, seperti yang kita akan bahaskan nanti, Nabi SAW walaupun telah wafat dan berpindah ke alam barzakh, dikurniakan keistimewaan boleh mengetahui apa yang berlaku di alam kita. Oleh itu, wajarlah kita memurnikan kefahaman kita tentang alam barzakh.

Kehidupan di alam barzakh adalah kehidupan yang benar lagi hakiki. Kenyataan ini telah ditunjuki oleh ayat-ayat al-Quran yang jelas dan hadis-hadis nabi SAW yang masyhur lagi sahih. 

Kehidupan yang hakiki ini tidak bercanggah dengan sifat kematian mereka, seperti yang disebut di dalam kitab Allah yang mulia: Dan Kita tidak menjadikan seseorang manusia sebelum kamu dapat hidup kekal (di dunia ini). (al-Anbiyaa': 34) dan, Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati. (al-Zumar: 30)

Apa yang kita maksudkan kehidupan ini bukanlah suatu khayalan atau gambaran semata-mata seperti yang digambarkan oleh sebahagian golongan ateis (tidak mempercayai kewujudan Tuhan); yang mana akal mereka tidak akan mengaku beriman selagi tidak dibuktikan dengan pandangan lahiriah yang dapat dicapai dengan pancaindera. 

Mereka tidak menerima perkara ghaib, yang tidak mampu digambarkan oleh akal manusia yang lemah.

Sesungguhnya meneliti sejenak mengenai apa yang kita katakan dengan kehidupan alam barzakh adalah kehidupan yang hakiki sebenarnya sangat mudah. 

Ia tidak meninggalkan sebarang kemusykilan walau sebesar zarah sekalipun hatta kepada orang yang hanya mempunyai kefahaman dan penghayatan yang cetek dalam memahami sesuatu maksud perkataan. 

Perkataan hakikiah tidak lain semata-mata untuk menafikan sebarang bentuk kebatilan dan menolak segala keraguan serta mencantas apa jua khayalan yang terlintas di dalam pemikiran akal manusia yang sentiasa diselubungi keraguan mengenai keadaan alam barzakh dan alam akhirat serta alam-alam lain seperti hari kiamat, alam kebangkitan, alam dikumpulkan semula manusia dan alam perhitungan. 

Makna perkataan hakikiah ini difahami oleh kebiasaan orang-orang Arab yang mengetahui bahawa kalimah hakiki membawa maksud hakikat; iaitu bertentangan dengan keraguan, khayalan atau segala bentuk igauan. 

Maka hakikiah bermaksud sesuatu yang tidak meragukan dan inilah maksud sebenarnya. 

Inilah fahaman dan gambaran kita mengenai permasalahan ini. Sesungguhnya banyak hadis dan athar yang saling menyokong antara satu sama lain dalam menthabitkan bahawa orang yang telah mati itu sebenarnya mendengar dan merasai, malahan mereka mengetahui apa yang berlaku di dunia; tidak kira dia itu seorang mukmin atau kafir.

Antara hadis yang menjadi sandaran adalah hadis qalib, hadis ini adalah thabit di dalam Sohihain, (al-Bukhari dan Muslim) dari pelbagai jalan (riwayat); daripada Abi Talhah, Umar dan anaknya, Abdullah r.a: "Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan 24 orang pahlawan Quraisy (yang mati di dalam peperangan Badar) ditanam. Maka mereka mencampak mayat tersebut ke dalam salah sebuah wadi di Badar. 

Kemudian Rasulullah SAW menyeru mereka dengan nama mereka, "Wahai Abu Jahal ibn Hisham! Wahai Umaiyah ibn Khalaf! Wahai 'Utbah ibn Rabi'ah! Wahai Syaibah ibn Rabi'ah! Adakah kalian telah mendapati apa yang tuhan kalian janjikan itu benar? (Ketahuilah) Sesungguhnya aku telah mendapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhanku itu benar belaka". Berkata Umar r.a: "Wahai Rasulullah! Apakah yang kamu katakan terhadap jasad-jasad yang tiada roh itu?"

Maka bersabda Nabi SAW: "Demi diriku yang berada dalam Kekuasaan-Nya! Kalian semua tidak lebih mendengar tentang apa yang aku katakan daripada mereka, cuma mereka tidak mampu menjawabnya".
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Kehidupan barzakh yang hakiki!

Edisi Sengal! Wanita Gantung Diri Sebab Takut Ramalan Kiamat!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang remaja di Republik Mari El, nekad menggantung dirinya kerana takut ramalan dunia kiamat yang akan terjadi pada 21 Mei 2011.Pihak penyelidik Alexander Kosharin mengatakan, ada perubahan sikap dari gadis remaja berusia 14 tahun tersebut saat dirinya mendengar ramalan dari Harold Camping mengenai hari kiamat.

“Ikan paus berusaha naik ke pantai, dan burung pun tenat. Ini tanda akhirnya dunia. Kita bukan orang yang berbudi, hanya mereka yang akan naik ke syurga, sementara yang lain tetap tinggal di bumi dan menghadapi keadaan buruk,” tulis gadis tersebut.Sebelum gantung diri, dia sempat menulis mesej. “Saya tidak mahu meninggal seperti orang lain. Itu sebabnya saya memilih untuk menamatkan nyawa saat ini,


Seperti diketahui Harold Camping, presiden Radio Keluarga, meramalkan kiamat akan datang pada 21 Mei.Tetapi yang banggangnya, Camping yang juga penyiar radio agama di California itu, memindahkan tarikh kiamat tersebut. Dah mcm tarikh pilihanraya, boleh di pindah2kan. Setelah ramalannya gagal mengenai kiamat yang akan terjadi pada Sabtu, 21 Mei 2011, Harold Camping memberi tarikh ramalan baru bahawa sebenarnya kiamat itu datang pada 21 Oktober 2011. Tapi tak jadi juga. Dah buat ramalan bangang mcm ni pun masih ramai pengikut.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Wanita Gantung Diri Sebab Takut Ramalan Kiamat!

Edisi Informasi! 10 Teori Hari Kiamat!

Oleh Kaki Wayang on



Salam semua. Armageddon merupakan saat berakhirnya dunia. Tak kiralah dengan cara bagaimanapun, terasnya Armageddon atau Doomsday adalah suatu waktu yang pasti akan tiba dan kehancuran dunia akan berlaku. Namun bila dan masanya masih diragui. Namun ada sesetengah pihak khususnya yang pakar mengenai kajian alam semesta menyatakan tahun 2012 adalah merupakan saat di mana Armageddon akan terjadi. Terdapat 10 teori mengenai Armageddon.


1. Pemanasan Global

Bila saat pemanasan ini berlaku, ramai pihak tertentu yang risaukan bahagian dua kutub iaitu kutub utara dan kutub selatan. Ini kerana, apabila pemanasan terjadi, ais-ais di bahagian dua kutub tersebut akan mencair dan boleh mengakibatkan banjir yang besar. Dalam 5 tahun kebelakangan ini, gempa bumi besar dan tsunami telah terjadi di kawasan timur bahagian bumi. Spesis penguin dan beruang kutub telah mengalami kesejukan yang melampau. Kesian!

2. Disember 2012

Pihak tertentu percaya bahawa pada bulan Disember 2012 akan berlakunya peristiwa Armageddon. Ada tarikh tertentu sebenarnya, iaitu antara 12 Disember 2012 dan 21 Disember 2012. Namun kepastian masih diragui. Ada filem dari luar negara yang memaparkan peristiwa Armageddon ini iaitu 2012. Filem tersebut benar-benar merujuk kepada peristiwa Armageddon.

3. Serangan Anasir Luar 

Para astronomi telah mengatakan bahawa terdapat sumber kehidupan dan air di Planet Mars. Jika kita sendiri membuat kajian dan membaca mana-mana fakta yang ditemukan oleh mereka, banyak yang kita dapat tahu mengenai anasir luar ini samada wujud atau tidak. 

4. Pelanggaran Asteroid

Mengenai Asteroid, bayangan pelanggaran asteroid adalah seperti filem yang dikeluarkan pada tahun 1998 iaitu Armageddon. Pemecahan meteor dan terjatuh ke bumi yang akan menyebabkan kemusnahan atau kerosakan pada hidupan di bumi nanti. 

5. Kenaikan gas akibat Rumah Kaca

Lapisan ozon melindungi kita dari sinar matahari yang berbahaya. Lapisan ozon menjadi suatu penapis yang amat berguna untuk segala hidupan di bumi. Namun akibat daripada rumah kaca yang akan menyebabkan lapisan ozon kita semakin tipis. Maka, suhu akan semakin meningkat dan akan menyebabkan cuaca semakin panas.

6. Komet menghentam bumi

Teori dari komet ini datangnya dari Armageddon juga serba sedikit. Komet ini akan menghentam bumi dan akan memusnahkan kota-kota di sepanjang Atlantik dan mengakibatkan tsunami humunguos. Komet ini lain daripada Asteroid kerana Komet mempunyai koma dan ekor. 

7. Y2K

Pernah dengar mengenai Y2K?. Semasa tahun 2000, ramai yang memperkatakan mengenai Y2K. Namun pada tahun 2012 Y2K sebenar bakal muncul kononya. Dikatakan, dinding Giza akan terbuka dan keluarnya dajjal. Suatu pasukan syaitan yang akan menyerang bumi. Namun, mungkin Amerika sebenarnya adalah syaitan. Mereka sendiri mempunyai kuasa besar di bumi dan mereka sendiri bertindak semakin kejam dari hari ke hari. Siapa tahu kan.

8. 19 Disember 1999

Dotson Meade percaya bahawa akan terjadi suatu peperangan yang akan terjadi yang mengakibatkan dunia akhir zaman. Peperangan tersebut akan tercetus tidak lama lagi. Hal ini berhubung dengan teori Y2K. Di mana suatu pasukan syaitan yang akan menggulingkan hidupan di bumi. Penemuan mengenai peperangan ini berdasarkan pada Gulungan Laut Mati. 

9. The House of Yahweh, Abilene

Merupakan suatu gerakan berasaskan keagamaan yang bertapak di Abilene, Texas. Gerakan ini begitu yakin dengan agama yang mereka pegang di mana menurut Tuhan umat Kristian, Yahweh. Yahweh merujuk kepada nama tuhan pada Hebrew Bible. Kultus meramalkan dunia akan berakhir pada tahun Oktober 1998. Dan pada tahun 2001 populasi dunia sebanyak 80% akan musnah. 

10. Harold Camping

Seorang ilmuan yang membuat kajian mengenai Doomsday. Iaitu dunia akhir zaman. Banyak jangkaan dan prediksi yang dilaksanakan olehnya. Mengenai pengiraan hari Doomsday dan philosophy mengenai Bible. Banyak pengiraan dan pengkajian yang dilakukan olehnya hinggakan menurut perkiraannya, tahun 2012 adalah tahun di mana berlakunya Doomsday atau Armageddon.

Namun sebenarnya, 10 teori tersebut merupakan teori sahaja. Bukan bermakna akan berlaku mengikut teori tersebut. Kuasa bukan di tangan kita. Karma juga bukan di tangan kita untuk tentukan. Semuanya sudah siap disediakan oleh Allah untuk kita. Anggaplah ini sebagai suatu pengetahuan dan ransangan untuk berfikir.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! 10 Teori Hari Kiamat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...