
Salam
bahagia dan salam seislam kepada semua pengunjung blog ini,
Alhamdulillah hari ini Allah telah memberikan saya kekuatan untuk
menulis artikel yang berkaitan buat duit dengan iklan perklik atau iklan
nuffnang, google adsense, advertlets dan banyak lagi. Tujuan saya
menulis artikel ini adalah disebabkan seorang dari pengunjung blog ini
bertanya hukum berkaitan iklan-iklan perklik ini.Sebenarnya,
masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam
dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini
sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah
memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit. Sebelum
itu, saya tegaskan bahawa bukan saya menegakkan benda yang haram, tetapi
semua kenyataan yang dicatatkan di artikel ini adalah hasil dari kajian
saya melalui sumber-sumber yang boleh dijadikan hujah. Perkara yang
haram adalah jelas dan perkara yang halal adalah jelas. Bagi sesiapa
yang membaca dan mempunyai pendapat yang berbeza, maka lebih baik kita
berdiskusi dengan baik dan jangan menggunakan bahasa-bahasa yang kurang
baik. Jagalah tingkah laku sebagai seorang Islam yang dikenali dengan
akhlak yang mahmudah (baik).Terlebih dahulu saya
berikan maksud iklan perklik ini dahulu untuk memudahkan penulisan atau
perbahasan saya dalam artikel ini. Maksud iklan perklik ini adalah
seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di
dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di
tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam
blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik
iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta. Banyak syarikat
yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik ini, contoh syarikat iklan
perklik ini ialah nuffnang, google adsensa, advertlets, dapat wang,
jutawan klik, adbrite dan banyak lagi. Ada syarikat yang menyediakan
perkhidmatan secara percuma dan juga yang menyediakan perkhidmatan
berbayar mengikut pakej yang disediakan.Menurut
pendapat saya, menyertai iklan perklik ini diharuskan kerana, di sini
tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang
perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah
dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web
mereka. Timbul persoalan siapa penjual. Siapa pembeli? Jawapannya ialah
penjual ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan
pembelinya ialah pemblog yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik,
bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan
permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.Bagaimana
pula syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam?
Jawapannya semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh
pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam,
maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho
(bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi pemohon memilih
iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal
dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya. Contoh iklan yang
diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala
contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan,
ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.Bagaimana
jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur
dengan duit dari sumber yang haram? Jawapannya, Perlu kita fahami bahawa
wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana
sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke
bahagian lain apabila bercampur. Menjadi haram cara kita memperolehi
duit tersebut bukan duit yang menjadi haram. Contohnya, seseorang itu
meletakkan iklan arak atau judi di dalam blog atau webnya, maka inilah
yang dinamakan haram kerana cara perolehannya tidak betul. Duit itu
tidak menjadi masalah dan boleh digunakan kerana yang bertanggungjawab
adalah pihak syarikat dan bukan kehendak pemohon.Ingatan
saya kepada semua, berhati-hatilah dalam bisnes ini kerana ia boleh
jadi haram dengan perbuatan pemohon. Menurut pandangan Ustaz Ismail seperti berikut :“Melalui
iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi
berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal
yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram.
Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang
berbunyi :
" Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan "
" Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini "
" Bantu saya dengan satu klik pada iklan "
Setiap
ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana
pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat
perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis
blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan
dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau
suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam
melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog
yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan
dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk
menderma dengan menggunakan duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan
yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan
atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis
jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik
pada iklan tersebut."
Kesimpulan dari perbahasan di
atas ini, saya berpendapat bahawa iklan perklik ini diharuskan dengan
hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual
(pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk
iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham). Tetapi
perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak
syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram sepertimana
telah diperjelaskan di atas.
Sila baca selanjutnya → Edisi Informasi! Hukum Meletakkan Iklan Nuffnang, Google Adsense, Advertlets & Seumpamanya!