PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Show all posts

Betol-betol Hangat! Politeknik metro lengkapkan sistem pengajian politeknik

Oleh Kaki Wayang on

 http://aliran.com/wp-content/uploads/2011/06/khaled-nordin.jpg

Penubuhan politeknik metro akan menyempurnakan lagi sistem pengajian politeknik yang sedia ada sejajar dengan pelan transformasi politeknik yang dilancarkan Februari tahun lepas.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penubuhan politeknik metro juga bukan untuk menyaingi politeknik konvensional yang lain tetapi merupakan satu inisiatif baru bagi melonjakkan lagi pengajian politeknik khususnya dalam menawarkan program pengajian berasaskan perkhidmatan.

"Penubuhan politeknik metro menyediakan program pengajian sepenuh masa dan secara sambilan dalam bidang pekerjaan seperti perdagangan dan perkhidmatan yang sememangnya memenuhi keperluan sosioekonomi tempatan dan wilayah terutamanya bagi keperluan industri kecil dan sederhana dan syarikat multinasional," katanya semasa merasmikan politeknik metro di Setiawangsa di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata selain politeknik itu, dua lagi politeknik metro akan ditubuhkan tahun ini di Johor Baharu dan Kuantan manakala tujuh lagi bakal dibina dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Katanya konsep politeknik metro adalah unik yang meliputi lima ciri utama berbanding politeknik konvensional lain.

"Antara cirinya termasuk berbaloi dengan wang yang dibelanjakan kerana pembangunannya mengambil pendekatan pertambahan capaian dengan modal minima yang tidak memerlukan perbelanjaan tinggi serta beroperasi di bangunan komersial di dalam bandar tanpa memerlukan kemudahan asrama," katanya.

Mohamed Khaled berkata politeknik itu juga dikhususkan kepada kalangan penduduk tempatan atau pelajar harian dengan sasaran enrolmen pelajar seramai 1,000 orang dengan pelaksanaan dua program pengajian sepenuh masa melalui pengambilan dua kali setahun.

"Jenis program yang ditawarkan adalah berbentuk sepenuh masa dan sambilan dengan penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pengalaman dan pengetahuan menggunakan ICT secara optimum," katanya.

Beliau berkata dalam aspek program pengajian, politeknik metro memfokuskan kepada penawaran program bercirikan nilai pasaran tinggi seperti pengurusan peruncitan dan perkhidmatan makanan termasuk diploma reka bentuk fesyen, diploma kewangan dan perbankan Islam, diploma pengurusan pelancongan, diploma pengurusan hotel dan katering dan diploma animasi digital.

Mohamed Khaled berkata penubuhan politeknik metro boleh menampung permintaan pelajar yang semakin meningkat dan menambahkan akses ke pengajian politeknik memandangkan untuk pengambilan Jun lepas, politeknik yang sedia ada hanya mampu menawarkan 29,000 tempat berbanding permohonan sebanyak 119,000 orang.

"Kementerian Pengajian Tinggi meletakkan harapan dan sasaran yang besar agar inisiatif baru ini akan melonjakkan lagi prasarana sekitar pengajian tinggi, bermakna kualiti pengajian di politeknik metro juga mesti berada pada tahap terbaik agar dapat menawarkan mutu ilmu dan kemahiran yang terbaik pada pelajar, katanya.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Politeknik metro lengkapkan sistem pengajian politeknik

Betol-Betol Hangat! Ganu Chopper Jimat Petrol

Oleh Kaki Wayang on

PUAS HATI...

kreativiti pelajar

ini mendapat

pengiktirafan

pihak penganjur. 

BUDAYA kreativiti dan inovasi semakin menapak kukuh di kalangan generasi muda negara, malah daya kreativiti dan inovasi itu menjadi antara elemen teras di institusi pengajian tinggi (IPT). Keadaan itu dilihat sebagai petanda bahawa rakyat, khususnya golongan muda, semakin menyerlah dan berupaya menzahirkan lakaran kreativiti dan inovasi berkualiti tinggi.

Sejajar dengan hasrat negara yang ingin mencapai sasaran status negara maju menjelang 2020 melalui Gagasan Wawasan 2020, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang sudah lama menggiatkan aspek kreativiti dan inovasi di kalangan pelajarnya.

Baru-baru ini, sekumpulan pelajarnya yang mengikuti jurusan Kejuruteraan Jentera Loji Mekanikal berjaya menghasilkan 'Ganu Chopper' sebagai satu daripada projek tugasan mereka.

Penyelia projek, Kamil Sahidin yang juga pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal berkata, projek itu adalah tugasan tahun akhir sekumpulan lima pelajar. Katanya, pelajar menyediakan satu pelan kerja mengubahsuai bentuk sebuah motosikal jenis Honda 70 CC dan membuat reka bentuk baru pada strukturnya dalam usaha menerapkan ciri 'sport' pada motosikal itu.

"Saya sangat bangga dengan keupayaan pelajar yang komited terhadap projek ini dan menunjukkan daya kreativiti tinggi. "Yang penting, mereka dapat mengaplikasikan segala ilmu kejuruteraan mekanikal selama ini menerusi penghasilan wajah baru jentera itu," katanya.

Projek diberi nama 'Perai Alein' itu diketuai Mohd Fakhari Syuwari Mat Ghani, 21, anak muda yang berasal dari Setiu, Terengganu.

Ini merupakan salah satu peristiwa yang sangat bersejarah dan ianya merupakan kebanggaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Ianya bukan sahaja tempias kepada KPTM malah kesemua Politeknik yang terdapat di Malaysia. Tahniah!!!

Sila baca selanjutnyaBetol-Betol Hangat! Ganu Chopper Jimat Petrol
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...