PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Luiz Suarez bersifat perkauman. Show all posts
Showing posts with label Luiz Suarez bersifat perkauman. Show all posts
Home » Posts filed under Luiz Suarez bersifat perkauman
Edisi Hangat! Amukan Liverpool dorong Suarez minta maaf
Oleh Kaki Wayang on
Luis Suarez memohon maaf kepada Patrice Evra kerana keengganan
berjabat tangan dengan pertahanan Manchester United itu dalam perlawanan
Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu, malah dia turut ditegur oleh
kelabnya yang berusaha untuk menjernihkan kekeruhan.
Pengurus United, Alex Ferguson sebelum ini menyifatkan tindakan
Suarez sebagai sesuatu yang mengaibkan, sementara Ketua Persatuan Bola
Sepak Profesional, Gordon Taylor menegur tingkah laku bintang Liverpool
itu sebagai tidak menghormati dan memalukan.
Suarez akhirnya melahirkan rasa kesal terhadap tingkah lakunya sendiri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
"Saya ada bercakap dengan pengurus (Kenny Dalglish) sejak perlawanan
di Old Trafford dan saya sedar yang saya telah melakukan kesilapan.
"Saya tidak sewajar membuatnya kecewa, begitu juga dengan kelab. Saya
mohon maaf. Saya melakukan kesilapan dan saya menyesal dengan apa yang
berlaku.
"Saya sepatutnya menyambut salam Patrice Evra sebelum perlawanan bermula dan saya mahu meminta maaf di atas tindakan saya itu.
"Saya juga mahu melupakan isu ini dan memberi tumpuan kepada bola sepak," kata Suarez menerusi laman web rasmi Liverpool.
Tindakan Suarez terhadap Evra dan keengganan pengurus Reds,
Dalglish mengulas tingkah laku pemainnya itu sebaik tamat perlawanan
mendorong pemilik kelab, John Henry memohon maaf kepada semua pihak.
Edisi Hangat! Akhirnya Luiz Suarez Menyesal dan Meminta Maaf Kerana Tidak Bersalam dengan Patrice Evra!
Oleh Kaki Wayang on
Pemain
Liverpool, Luis Suarez akhirnya meminta maaf atas tindakan tidak bersalam
dengan Patrice Evra sebelum perlawanan antara Manchester United dan Liverpool
di Old Trafford, 11 Februari 2012 yang lalu.
Suarez tidak menyambut huluran tangan Evra kerana masih marah terhadap lelaki yang telah menyebabkannya diheret kes rasis dan harus menjalani hukuman gantung 8 perlawanan itu.
Namun, selepas pertandingan, Suarez menyedari tindakan tersebut salah. Dia lalu meminta maaf. "Saya berbual dengan pengurus sejak perlawanan di Old Trafford dan saya sedar, telah melakukan kesalahan," luah Suarez dipetik dari The Sun, 12 Februari 2012.
"Saya telah membuat kesalahan dan saya menyesal dengan apa yang terjadi. Seharusnya saya menjabat tangan dengan Evra sebelum perlawanan dan saya ingin meminta maaf atas tindakan saya," ujarnya.
Mulai sekarang Suarez ingin melupakan kejadian itu dengan harapan dapat lebih menumpukan perhatian bermain bersama Liverpool dalam mengharungi sisa musim perlawanan."Saya ingin melupakan seluruh masalah ini dan menumpukan perhatian untuk bermain," ungkap Suarez.
Sebelumnya, tindakan Suarez itu mendapat kecaman dari pelbagai pihak, terutama MU. Bahkan, pengurus The Red Devils, Sir Alex Ferguson menyebut sikap Suarez sangat memalukan sehingga dia tidak layak lagi untuk bermain bersama Liverpool.
"Dia (Suarez) sangat memalukan bagi Liverpool. Pemain seperti itu tidak layak lagi bermain bersama Liverpool," kata Ferguson.
Edisi Sukan Hangat! Kenapa Liverpool patut jual Suarez!
Oleh Kaki Wayang on
PEMAIN Manchester United, Patrice Evra (kanan) sengaja
melakukan provokasi dengan meraikan kemenangan di depan Luis Suarez
sejurus tamat perlawanan di Old Trafford, kelmarin.
Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menegaskan, Liverpool
patut menjual Luis Suarez dan memastikan dia tidak bermain lagi untuk
kelab tersebut selepas penyerang Uruguay itu enggan menyambut salam
Patrice Evra.
Kemarahan Ferguson timbul selepas dua musuh ketat itu bertemu di Old
Trafford kelmarin, yang menyaksikan United menang 2-1 hasil dua jaringan
Wayne Rooney. Dalam perlawanan itu, Suarez enggan menyambut salam kapten United,
Evra ketika pemain bersalaman sebelum memulakan saingan. Ferguson
kemudian membuat rayuan agar bola sepak Inggeris membuang pemain yang
telah dilabel sebagai perkauman daripada negara itu.
Suarez membuat penampilan pertama sejak digantung lapan bulan oleh
Persatuan Bolasepak (FA) kerana didapati bersalah menghambur kata-kata
perkauman terhadap Evra dalam perlawanan kedua-dua pasukan, Oktober
lalu.
Sebelum perlawanan bermula, Suarez enggan menyambut salam Evra ketika
kedua-dua pasukan bersalaman, dan sebagai respons, pertahanan United,
Rio Ferdinand enggan menyambut salam Suarez, sekali gus menimbulkan
suasana tegang.
Evra dilaporkan tidak puas dengan penyerang Liverpool itu apabila
meluru ke arahnya ketika pemain memasuki bilik persalinan pada rehat
separuh masa.
Sejurus tamat perlawanan, Evra sengaja menyemarakkan kemarahan lawan
dengan meraikan kemenangan secara berlebihan di depan Suarez dalam
cubaan menghina pemain tersebut.
"Untuk sebuah kelab yang kaya dengan sejarah, saya pasti akan singkirkan dia, saya pasti melakukannya.
"Kelab Bolasepak Liverpool memiliki pemain yang digantung lapan
perlawanan dan mereka cuba menyalahkan Patrice Evra. Dia (Suarez) yang
sepatutnya dipersalahkan kerana pemain itu menyebabkan mereka mungkin
tidak mendapat tempat di Eropah.
"Saya ada bercakap dengan Patrice sebelum perlawanan, dia beritahu saya bahawa dia sedia bersalam dengan pemain itu.
"Dia (Suarez) memalukan Liverpool. Pemain seperti itu tidak patut
dibenarkan bermain untuk mereka lagi. Dia boleh menimbulkan pergaduhan,
saya benar-benar kecewa,'' kata Ferguson.
Ferguson tetap menyalahkan Suarez sekali pun Ferdinand juga bertindak
buruk apabila enggan menyambut salam Suarez dengan menegaskan, pemain
Uruguay itu yang telah menimbulkan suasana tegang di Old Trafford.