Maksud Wuduk
Wuduk
dari segi bahasa adalah nama suatu perbuatan, iaitu menggunakan air pada anggota tertentu.
Perkataan wuduk berasal dari perkataan wada’ah
yang bermaksud keelokan, keindahan dan kebersihan.
Wuduk
dari segi syarak pula ialah kebersihan tertentu atau perbuatan-perbuatan
tertentu yang dimulai dengan niat, kemudian disusuli dengan membasuh muka,
kedua tangan, kedua kaki dan menyapu kepala untuk membolehkan
seseorang itu melakukan solat dan ibadah-ibadah yang lain memerlukan wuduk. Firman
Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang ceriman, apabila kamu hendak mengerjakan
sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah
muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian
dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali”(Al-Maidah : 6)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Allah SWT tidak akan menerima solat seseorang yang berhadas
sehingga ia berwuduk." (Riwayat
Abu Daud)
Sila baca selanjutnya → Edisi Agama! Jom Tambah Lagi Ilmu Tentang Wuduk!