PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Noramfaizul Mohd Nor. Show all posts
Showing posts with label Noramfaizul Mohd Nor. Show all posts
Home » Posts filed under Noramfaizul Mohd Nor
Betol-betol Hangat! Siapa tembak Allahyarham Noamfaizul Mohd Nor?
Oleh Kaki Wayang on
Kematian Noramfaizul Mohd. Nor dalam kejadian tembakan di Somalia,
kelmarin menimbulkan seribu tanda tanya berhubung siapa yang
bertanggungjawab melepaskan tembakan dan bagaimana jurukamera itu
terkena tembakan. Berdasarkan kesan tembakan pada jenazah jurugambar BernamaTV itu,
kemungkinan beliau ditembak dari arah atas lalu mengenai bahu kanannya
dan menembusi rusuk kirinya.
Ada juga pihak yang mendakwa Allahyarham ditembak dari arah kiri lalu
mengenai rusuk kirinya dan menembusi paru-parunya sehingga ke bahu
kanan. Akibat tembakan itu, Noramfaizul, 39, gagal diselamatkan meski sempat
diberikan rawatan awal di bilik pembedahan di hotel penginapannya
terletak dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Abdulle, Mogadishu,
Somalia.
Pelbagai pihak juga membuat pelbagai andaian berhubung siapakah yang bertanggungjawab melepaskan tembakan itu. Utusan Malaysia difahamkan, Noramfaizul ditembak oleh tentera Kesatuan Afrika (AU). Saksi di tempat kejadian berkata, mereka melihat tentera AU bertindak
melepaskan tembakan ke arah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki
Noramfaizul bersama lima lagi krew televisyen dari Malaysia yang membuat
liputan misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia.
Menurut saksi, AU mahu menjadikan insiden tembakan itu sebagai alasan
bagi menunjukkan Somalia masih tidak selamat dan masyarakat
antarabangsa perlu campur tangan. Katanya, AU juga berharap militan al-Shabab akan dituduh melakukan perbuatan itu. Semua itu dilakukan AU untuk membolehkan AU terus diberi mandat
dengan peruntukan berbilion dolar bagi menjaga keselamatan di negara
‘Tanduk Afrika’ itu, kata saksi itu kepada wartawan Utusan Malaysia yang
turut menyertai misi bantuan itu.
Ada juga pihak yang mendakwa tembakan berkenaan dilakukan oleh
militan Al-Shabaab yang sejak awal lagi tidak menyukai mana-mana negara
memasuki Somalia membawa bantuan kemanusiaan bagi membantu mangsa
kebuluran. Bagi al-Shabaab, Somalia adalah ‘tanah’ mereka dan semua pihak perlu
mendapatkan kebenaran militan itu untuk memasuki negara berkenaan.
Ada juga pihak mendakwa tembakan yang turut mencederakan jurukamera
TV3 Aji Saregar Mazlan, 26, itu dilakukan individu tertentu yang tidak
berpuas hati kerana tidak mendapat bantuan. Pihak lain pula mendakwa tembakan itu dilepaskan oleh pihak yang tidak menyukai rakyat Barat memasuki Somalia. Atas dasar benci itu, mereka bertindak melepaskan tembakan amaran
yang mengenai pacuan empat roda yang dinaiki pengamal media dari
Malaysia.
Seramai 15 wartawan Malaysia termasuk seorang wartawan Utusan
Malaysia dan dua blogger menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran
Kelab Putera 1Malaysia itu.Misi yang bermula pada 28 Ogos itu dijadual berakhir pada 9 September
ini, tetapi misi itu ditamatkan semalam ekoran insiden itu dan semua
anggota misi serta wartawan Malaysia terbabit tiba di tanah air pagi ini
bersama jenazah Noramfaizul.
Betol-betol Informasi! Bagaimana Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor meninggal?
Oleh Kaki Wayang on
Peluru yang mengenai Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, 40, dalam
serangan di Mogadishu, Somalia, Jumaat lalu, menembusi jantung dan
paru-paru mengakibatkan beliau cedera parah dan gagal diselamatkan.
Pakar Perubatan Kecemasan dan Pengurusan Bencana Hospital Selayang, Datuk Dr Alwi Abdul Rahman yang juga ketua perubatan misi itu berkata, selepas terkena tembakan Allahyarham cuba diselamatkan beberapa doktor tempatan yang bertugas dengan dibantu pasukan perubatan Malaysia.
Pakar Perubatan Kecemasan dan Pengurusan Bencana Hospital Selayang, Datuk Dr Alwi Abdul Rahman yang juga ketua perubatan misi itu berkata, selepas terkena tembakan Allahyarham cuba diselamatkan beberapa doktor tempatan yang bertugas dengan dibantu pasukan perubatan Malaysia.
“Kami cuba sedaya upaya untuk menstabilkan keadaan Allahyarham, tetapi
kecederaannya agak parah. Pasukan perubatan tempatan bersama pasukan
perubatan dari Malaysia cuba membantu menyelamatkan beliau, tetapi tidak
berjaya,” katanya.
Betol-betol Hangat! Berpantang maut sebelum ajal!
Oleh Kaki Wayang on
NUR Aniyah Yazid, 23, terharu ketika
melihat gambar tunangnya yang juga jurukamera TV3, Aji Sarega Mazlan di
laman web Berita Harian Online, hari ini selepas terselamat terkena
tembakan peluru sesat di Somalia di Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut,
Seremban. Lagi berita mengenai Noramfaizul Mohd Nor.
Betol-betol Simpati! Syukur anak mati jihad
Oleh Kaki Wayang on
“Saya bersyukur anak meninggal dalam jihad. Ketika PENGEBUMIAN tadi
(semalam), wajahnya berseri-seri,” kata Naemah Abd Majid, 63, ibu
Noramfaizul Mohd Nor, 40, selepas majlis pengebumian, semalam.
Naemah berkata, dia dan suami, Mohd Nor Mat Yassin, 66, bangga
dengan pengorbanan anak lelaki tunggal daripada lima beradik itu bagi
membantu mangsa kebuluran di Somalia.
Menurutnya, lebih membanggakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap anaknya sebagai wira negara kerana bersedia bertugas di luar negara, khususnya di negara bergolak.
“Saya reda dan menyifatkan kejadian ini sebagai suratan takdir.
“Namun, naluri seorang ibu, kematian tetap diratapi kami sekeluarga kerana arwah adalah harapan keluarga,” katanya. Sementara itu, Mohd Nor berkata, dia tidak dapat melupakan permintaan terakhir arwah anaknya yang mahu isterinya menyediakan sambal ikan bilis kegemarannya untuk dibawa bersama.
“Setiap kali dia mahu bertugas di luar negara, arwah akan membawa sambal ikan bilis masakan ibunya. “Menu ini wajib dibawanya dan tak sangka ini permintaan terakhirnya,” katanya yang menyifatkan anaknya pendiam, tetapi ceria.