Apa itu TAKWA?
1.Takut
kepada ALLAH iaitu menjaga dan memelihara diri dari seksaan dan kemurkaan ALLAH
S.W.T .
2.Ketaatan
dan ibadat iaitu taat menjalankan dan melaksanakan perintah ALLAH S.W.T
3.Bersih hati
dari dosa iaitu menjauhi segala larangan ALLAH S.W.T.
Ciri-Ciri Insan Bertakwa
1.Meninggalkan
segala sesuatu yang dilarang dan mentaati perintah ALLAH S.W.T
2.Menghindarkan
diri dari segala yang dapat menjauhkan diri dari ALLAH S.W.T
3.Meninggalkan
segala hasrat jiwa dan menentang dorongan hawa nafsu.
4 Memelihara
dan melaksanakan kehidupan tatacara kehidupan mengikut syariat Islam.
5 Mengikuti
sunah Rasulullah didalam ucapan dan perbuatan.
Bagaimana Menjadi Insan Bertakwa?
Sesungguhnya
kehidupan manusia di dunia ini sentiasa dalam kerugian dan kelalaian kecuali
mereka yang beriman dan beramal soleh serta bertaqwa kepada Allah .Taqwa
merupakan kayu pengukur yang menentukan peningkatan martabat dan status manusia
di sisi Allah kerana dia menilai seseorang manusia bukan dari
kegagahannya,kekayaannya atau pangkat tetapi dilihat dari sifat ketaqwaannya.
Allah s.w.t berfirman maksudnya:
Sesungguhnya orang yang mulia diantara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling bertaqwa di antara kamu..
(surah al hujurat:13)
Amalan Insan Bertakwa.
1. Zikrullah
iaitu sentiasa mengingati ALLAH
2. Melakukan
solat-solat sunat
3. Taubat
4. Takut
kepada ALLAH (al-Khauf)
5. Mujahadah
iaitu memerangi nafsu
6. Muhasabah
iaitu menjaga gerak geri yang mendatangkan kemurkaan ALLAH S.W.T terhadap tujuh
anggota seperti mata,telinga,lidah ,perut,kemaluan,tangan dan kaki.
7. Muraqabah
iaitu sikap jiwa mengikut ahli tasauf sufi untu.k mencapai darjat rohani yang
tinggi.Seseorang meyakini bahawa ALLAH S.W.T selalu melihat dan mengawasi
dirinya.
8. Sabar iaitu
kesabaran dalam melakukan ibadat ; Sabar dalam ujian ALLAH ; Sabar dalam
kehidupan seharian dan sabar terhadap pengaruh kehidupan dunia.
9. Qanaah
iaitu menerima dengan rela apa yang ada atau merasa cukup dengan apa yang
dimilikinya ; Jiwa merasa lapang dengan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T
; Hilang rasa tamak terhadap yang tidak tercapai ; Menerima dengan sabar segala
ketentuan ALLAH ; tidak tertarik oleh tipu daya dunia ; Sentiasa bertawakal
kepada ALLAH
10. Warak
iaitu makan dan minum pada perkara yang halal dan bersih ; Menjaga pandangan
dan pendengaran dari perkara - perkara haram dan syubhat serta sia-sia ;
Sentiasa bertaubat kepada ALLAH S.W.T. ; ikhlas dalam mengerjakan sesuatu
ketaatan dan perintah ALLAH S.W.T.; Bersikap pemurah,memuliakan dan mengasihi
manusia ; memiliki ilmu pengetahuan yang membolehkan mendekatkan diri kepada
ALLAH S.W.T. ; Tidak menggemari diri dipuji ; Bersederhana dalam soal makanan
minuman dan pakaian.
11. Zuhud
iaitu meninggalkan kesenangan duniawi untuk mencapai kesenangan akhirat. Zuhud
juga membawa erti iaitu meninggalkan segala yang haram dan menjauhi
perkara yang makruh dan syubhat.Pengertian yang lain bagi zuhud ialah Mencari
kemewahan dunia yang tidak melalaikan ibadat dan kewajipan terhadap ALLAH.
12. Tawaduk
iaitu merendah diri dan taat menghambakan diri kepada ALLAH
13. Istiqamah
iaitu berpegang teguh kepada ajaran alQuran dan sunah serta taat menjalankan
segala perintah ALLAH dan menjauhi segala larangannya.Bersyukur dalam menerima
nikmat ALLAH dan bersabar menghadapi ujian hidup.
14. Tawakal
iaitu menyerahkan sepenuh hati,ikhlas dan yakin kepada ALLAH bahawa segala
hukum ALLAH tetap berlaku dan takdirnya tidak dapat ditolak dan diatasi, dan
menambahkan keyakinan untuk mencapai suatu cita-cita dengan izin ALLAH melalui
prinsip berusaha dan berikhtiar serta bersabar menghadapi takdir ALLAH.