PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label artis ambil dadah. Show all posts
Showing posts with label artis ambil dadah. Show all posts

Edisi Sentap! Lelaki telan 191 kondom dadah!

Oleh Kaki Wayang on


Taktik tiga lelaki warga asing yang cuba menyeludup masuk dadah dengan menelan syabu yang dimasukkan ke dalam kondom terbongkar setelah Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya mengesannya melalui alat pengimbas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, kesemua mereka yang berumur antara 27 dan 32 tahun itu berjaya ditangkap dalam kes berasingan antara 16 Februari hingga 26 Februari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Betapa sukarnya pihak Kastam untuk mengeluarkan dadah-dadah ini yang berjaya dikesan di dalam badan dengan menggunakan alat pengimbas ketika mereka sampai di KLIA dan kemudian untuk proses mengeluarkannya.

"Namun hasil daripada pengalaman kami akhirnya ia berjaya diselesaikan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Lelaki telan 191 kondom dadah!

Edisi Sentap! Sorok Dadah dalam Omboh!

Oleh Kaki Wayang on


Polis berjaya menumpaskan cubaan mengedar 2.8 kilogram dadah jenis syabu yang disorokkan di dalam 16 buah omboh kenderaan dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Orkid, Cheras di sini pada 1 Februari lalu. 

Taktik terbaru itu didalangi warga Afrika ekoran penahanan dua lelaki masing-masing dari Nigeria dan Guinea serta seorang wanita tempatan yang berusia 24 hingga 42 tahun dalam serbuan pukul 6 petang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan menemui satu guni plastik yang mengandungi empat kotak komponen kenderaan itu.

"Setelah diperiksa terdapat bungkusan dadah diletakkan di dalam omboh itu. Kita percaya ia taktik terbaru digunakan tetapi kita yakin ia bukan kali pertama dilakukan mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Noor Rashid berkata, pihaknya juga berjaya menumpaskan cubaan seorang lelaki warga Singapura untuk menyeludup 1,000 pil Eramin 5 di Taman Austin Perdana, Johor Bharu pada 31 Januari lalu.

Katanya, suspek dikesan bersembunyi di Johor atas kesalahan dadah serta memiliki pelbagai rekod jenayah lain seperti pecah rumah, mencabul dan bergaduh.

Tambahnya, kejayaan itu adalah hasil maklumat yang disalurkan oleh Biro Narkotik Pusat Singapura.

"Suspek ditahan bersama seorang wanita tempatan dan seorang wanita Filipina yang kesemua mereka berusia 30 hingga 49 tahun," katanya.

Noor Rashid berkata, kedua-dua kes terbabit melibatkan nilai RM700,000 dan disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Sorok Dadah dalam Omboh!

Betol-betol Sengal! Di kubur pun sanggup mencuri

Oleh Kaki Wayang on

Ini gambar mengejutkan yang menunjukkan seorang wanita mencuri di kubur seorang kanak-kanak.
Keluarga kanak-kanak berusia 11 tahun itu yang mati dilanggar sebuah kereta pada 1980, memasang kamera litar tertutup di tanah perkuburan di Barking, Essex, selepas barangan yang mereka letakkan di kubur itu dicuri berulang kali.

Mereka terkejut apabila rakaman kamera berkenaan menunjukkan seorang wanita mengambil pasu bunga dari kubur kanak-kanak itu dan memasukkannya ke dalam beg tangannya. Steve Rose, sepupu si mati, memasang kamera berkenaan di atas sebatang pokok berhampiran kubur kanak-kanak itu selepas barangan perhiasan dan bunga yang diletakkan keluarga itu hilang setiap dua minggu sejak 18 bulan lalu.

Rose, 37, berkata: “Saya baru berusia enam tahun apabila dia mati. Ibu saudara saya yang mati dua tahun lalu tidak pernah melupakan kejadian itu. “Kerana itu, kami begitu kecewa dengan kejadian curi di kubur sepupu saya.” Keluarga berkenaan sebelum ini merayu pencuri menghentikan perbuatan mereka tetapi rayuan itu tidak diendahkan.

“Kami meninggalkan nota merayu mereka berhenti mencuri, tetapi mereka tidak mempedulikannya. Mereka tidak malu,” kata Rose, pemandu teksi di London.

Sementara itu, jurucakap Polis London berkata: “Pihak kami mahukan maklumat mengenai identiti wanita dalam gambar itu. ‘Dia dikehendaki untuk disoalsiasat oleh polis berhubung kecurian bunga yang ditinggalkan di kawasan kubur di Rippleside.

“Polis memahami perasaan keluarga yang berdepan dengan kecurian seumpama itu.” Menurut Rose, kakitangan tanah perkuburan itu membenarkannya memasang kamera berkenaan.

Majlis Tempatan Barking Dan Dagenham berkata, kecurian di tanah perkuburan jarang berlaku dan berikrar untuk bekerjasama dengan polis.

Bagaimanapun, jurucakapnya enggan mengulas mengenai wanita yang gambarnya dirakam dalam kamera Rose.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Di kubur pun sanggup mencuri

Betol-betol Hangat! Saiful Apek didakwa ambil dadah!

Oleh Kaki Wayang on

TAK MENGAKU...Saiful Apek (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam. 

Selepas lebih setahun dia dan empat rakannya termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki mengambil dadah jenis ganja, pelakon komedi popular, Saiful Apek dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, tampil berbaju dan seluar hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu dikesan mengambil dadah iaitu ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan dekat sini, pada jam 11 malam, 12 Jun tahun lalu.

Saiful dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika disabit kesalahan.

Tiga rakannya, iaitu pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28 dan dua pekerja sambilan kru produksi itu, Shaiful Baharom, 24, serta Noremy Mohamad, 28, turut didakwa atas kesalahan sama, namun semuanya minta dibicarakan. 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Saiful Apek didakwa ambil dadah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...