PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label artis hisap dadah. Show all posts
Showing posts with label artis hisap dadah. Show all posts

Siapa Vokalis Pop-Rock Terkenal Ditahan Miliki Syabu?

Oleh Kaki Wayang on


Vokalis kumpulan pop-rock terkenal tempatan ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu dalam satu serbuan kira-kira pukul 1.30 petang tadi di sekitar Kompleks Selayang Mall, di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata, penyanyi lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dalam ‘Ops Tapis,’ ketika dia sedang memandu.

"Pemeriksaan ke atasnya menemui satu lipatan kertas putih yang di dalamnya mengandungi sepeket kecil plastik lut sinar berisi dadah syabu anggaran 0.30 gram yang digenggam di tangan kirinya.

"Saringan awal ujian air kencing ke atasnya juga didapati positif dadah jenis 'Meth'," kata Ali ketika dihubungi Bernama.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.
Sila baca selanjutnyaSiapa Vokalis Pop-Rock Terkenal Ditahan Miliki Syabu?

Edisi Sentap! Sorok Dadah dalam Omboh!

Oleh Kaki Wayang on


Polis berjaya menumpaskan cubaan mengedar 2.8 kilogram dadah jenis syabu yang disorokkan di dalam 16 buah omboh kenderaan dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Orkid, Cheras di sini pada 1 Februari lalu. 

Taktik terbaru itu didalangi warga Afrika ekoran penahanan dua lelaki masing-masing dari Nigeria dan Guinea serta seorang wanita tempatan yang berusia 24 hingga 42 tahun dalam serbuan pukul 6 petang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan menemui satu guni plastik yang mengandungi empat kotak komponen kenderaan itu.

"Setelah diperiksa terdapat bungkusan dadah diletakkan di dalam omboh itu. Kita percaya ia taktik terbaru digunakan tetapi kita yakin ia bukan kali pertama dilakukan mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Noor Rashid berkata, pihaknya juga berjaya menumpaskan cubaan seorang lelaki warga Singapura untuk menyeludup 1,000 pil Eramin 5 di Taman Austin Perdana, Johor Bharu pada 31 Januari lalu.

Katanya, suspek dikesan bersembunyi di Johor atas kesalahan dadah serta memiliki pelbagai rekod jenayah lain seperti pecah rumah, mencabul dan bergaduh.

Tambahnya, kejayaan itu adalah hasil maklumat yang disalurkan oleh Biro Narkotik Pusat Singapura.

"Suspek ditahan bersama seorang wanita tempatan dan seorang wanita Filipina yang kesemua mereka berusia 30 hingga 49 tahun," katanya.

Noor Rashid berkata, kedua-dua kes terbabit melibatkan nilai RM700,000 dan disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Sorok Dadah dalam Omboh!

Betol-betol Sengal! Mamat Exist didenda RM1,000 ambil dadah!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.asianbite.com/photos/mamat-exists_22106.jpg

Bekas penyanyi kumpulan Exist, Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat Exist hari ini didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya November tahun lalu.

Majistret Maslinda Selamat turut memerintahkan Mamat, 32, diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Tampoi sebulan sekali. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu itu mengaku memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine ke dalam dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, dekat sini pada pukul 3.35 petang, 9 November tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, penjara maksimum dua tahun dan pengawasan selama dua tahun.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Afif Ali, Mamat ditahan sepasukan polis di bawah rumah flat Blok A, Jalan Pulai 84/1, Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai setelah mendapat maklumat daripada seorang pengadu.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan di pejabat Jenayah IPD Nusajaya, Mamat didapati positif dadah jenis Meth dan Thc. Terdahulu dalam rayuannya, Mamat yang tidak diwakili peguam bela memohon agar hukumannya diringankan dengan alasan dia tidak berkemampuan kerana tidak bekerja selain menanggung anak-anaknya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Mohd. Afif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Pada 13 Januari tahun lalu, Mamat pernah didenda S$1,000 (RM2,409) oleh sebuah mahkamah di Singapura kerana mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan milik seorang rakannya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Mamat Exist didenda RM1,000 ambil dadah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...