PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label kerana dadah. Show all posts
Showing posts with label kerana dadah. Show all posts
Home » Posts filed under kerana dadah
Betol-betol LOL! Kerana anak-anak dan isteri, Ayah jadi mangsa...!
Oleh Kaki Wayang on
Rasa-rasanya mesti ada kan keluarga yang serupa dengan gambar sketsa di atas..al-maklumlah sekarang ni..iPhone, iPod dan iPad menjadi kegilaan di segenap pelusuk dunia sampai ada yang sanggu nak menjual organ dalaman hanya kerana nak dapatkan produk dari Apple..akibatnya..Ayah/ Penjaga atau sesiapa jua yang jadi mangsa..
Betol-betol Sengal! Mamat Exist didenda RM1,000 ambil dadah!
Oleh Kaki Wayang on
Bekas penyanyi kumpulan Exist, Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat Exist hari ini didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya November tahun lalu.
Majistret Maslinda Selamat turut memerintahkan Mamat, 32, diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Tampoi sebulan sekali. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu itu mengaku memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine ke dalam dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, dekat sini pada pukul 3.35 petang, 9 November tahun lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, penjara maksimum dua tahun dan pengawasan selama dua tahun.
Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Afif Ali, Mamat ditahan sepasukan polis di bawah rumah flat Blok A, Jalan Pulai 84/1, Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai setelah mendapat maklumat daripada seorang pengadu.
Hasil ujian air kencing yang dijalankan di pejabat Jenayah IPD Nusajaya, Mamat didapati positif dadah jenis Meth dan Thc. Terdahulu dalam rayuannya, Mamat yang tidak diwakili peguam bela memohon agar hukumannya diringankan dengan alasan dia tidak berkemampuan kerana tidak bekerja selain menanggung anak-anaknya di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Mohd. Afif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Pada 13 Januari tahun lalu, Mamat pernah didenda S$1,000 (RM2,409) oleh sebuah mahkamah di Singapura kerana mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan milik seorang rakannya.
Betol-betol Hangat! Artis Meninggal kerana dadah!
Oleh Kaki Wayang on
Penyanyi Britain yang bermasalah Amy Winehouse, di mana masalah ketagihan dadah dan araknya mengatasi suara seksinya ditemui mati di kediamannya di sini pada usia 27 tahun.
Penyanyi pemenang anugerah Grammy itu, yang mempunyai gaya rambut sarang lebah terkenal dengan lagu hitnya Rehab. Laporan mengatakan penyanyi itu mati akibat pengambilan dadah berlebihan tetapi polis berkata, tidak wajar untuk memberi spekulasi mengenai kematiannya yang dikatakan belum dapat dipastikan lagi. Amy ditemui mati di kediamannya di Camden di utara London, kelmarin.