Hanya kerana RM20, seorang warga emas kini kritikal dan tidak
sedarkan diri selepas dibelasah dengan kepala hos pam minyak dalam
kejadian samun di sebuah stesen minyak di Taman Maluri, Cheras, dekat
sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Law Chin Hang, 70, yang
berkerja sebagai penjual surat khabar sedang menunggu lori bagi
mengambil surat khabar di stesen minyak berkenaan.
Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian sebuah motosikal
dinaiki seorang lelaki berusia 30-an muncul dan berpura-pura mahu
mengisi minyak sebelum merampas beg pinggang berisi wang tunai RM20 dan
telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri.
Menurut
sumber, bagaimanapun suspek berpatah semula selepas tidak berpuas hati
dengan jeritan mangsa meminta pertolongan dan terus membelasah warga
emas terbabit.
“Malah, kejadian terbabit berlaku terlalu pantas menyebabkan
dua pekerja yang berada di kaunter stesen minyak terbabit tergamam dan
cuba membantu.
Sila baca selanjutnya → Betol-betol Ngeri! Hentak sampai koma kerana RM20