PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » Posts filed under advertorial
Betol-betol Hangat! Bekas hamba seks akan saman lelaki lacurkannya
Oleh Kaki Wayang on
Betol-betol Hangat! Dikejut buaya waktu sahur
Oleh Kaki Wayang on
“Saya terus melakukan pemeriksaan selepas mendapati bunyi itu tidak berhenti, sebaliknya semakin kuat dan bergegas keluar sebelum terkejut mendapati buaya berkenaan cuba menyambar ayam saya. “Buaya itu dilihat sudah berada di tepi sangkar dan menunggu mangsa untuk menerkam ayam itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Mohammad Ali berkata, dia meminta bantuan tiga jiran sebelum menangkap dan mengikat kaki buaya itu dalam tempoh 15 minit walaupun reptilia itu cuba melawan.
Mohammad Ali mengakui sering melihat buaya itu timbul di sekitar tebing Sungai Sarawak, namun kejadian reptilia terbabit naik ke darat adalah pertama berlaku di perkampungan berkenaan. “Sepanjang menetap di perkampungan ini, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku dan saya percaya buaya itu naik ke darat kerana mahu mencari makanan disebabkan kelaparan,” katanya.
Katanya, dia bernasib kerana menyedari kehadiran buaya itu dan tidak menolak berkemungkinan reptilia itu bertindak ganas dan menyerang penduduk yang melalui kawasan berkenaan.
Betol-betol Hangat! Duda bukan sebarang duda tapi Ustaz!
Oleh Kaki Wayang on
Bagaimanapun, menurut Noraniza, ketika Jeffri melamarnya, dia diberi tempoh untuk berfikir tetapi tidak melakukannya secara serius kerana dalam hati masih ada keraguan. “Saya berfikiran negatif ketika itu dan takut untuk melangkah ke gerbang perkahwinan sekali lagi,” katanya.
Seminggu sebelum berakhirnya tempoh itu, baru Noraniza membuat keputusan dan menyedari dia tidak buat sebarang persiapan untuk bertunang.
“Selasa ini saya akan mengadakan sidang akhbar mengumumkan tarikh pernikahan dan kenduri. Insya-Allah perkahwinan itu akan dilangsungkan tahun ini juga,” katanya yang mendapat restu anaknya.
“Di mana saya akan menetap selepas berkahwin, sama ada di Singapura atau di sini, tengoklah keadaan nanti,” katanya yang dihubungi Metro Ahad.
Berbual dengannya di telefon, suara Noraniza kedengaran ceria dan perbualan itu juga diselang-seli dengan ketawa, bagaikan tanda bahagia di hati. Menceritakan detik pertemuan dengan bakal suaminya, jelas Noraniza, mereka bertemu pada Ramadan tahun lalu ketika melakukan kerja kebajikan di sebuah masjid di Johor Bahru. Noraniza bersama anak didiknya di Akademi Tatih Seni untuk menghulurkan sumbangan hasil jualan biskut raya. Ketika itu, dia berkata, Jeffri turut melawat masjid berkenaan bersama teman.
“Apabila saya melihat ada orang lain turut berada di masjid itu, saya pun bertegur sapa. Saya banyak berbual dengan kawannya dan Jeffri hanya mendengar. Ketika saya mahu balik, baru saya berkenalan dengan Jeffri dan memberi kad bisnes kepadanya.
“Selepas tahu dia orang Singapura, saya pun beritahu, adik saya berniaga di bazar Ramadan di negara itu,” katanya yang kemudian bertanya bolehkah adiknya menghulurkan sebarang sumbangan menerusi Jeffri.
“Itulah bermulanya bicara saya dengan dia. Rupa-rupanya dia kenal saya kerana sering menonton persembahan saya di televisyen dengan ibunya. Waktu itu saya masih menjadi isteri Fareez. Dia juga suka dengar lagu saya.
“Selepas pertemuan di masjid itu, dia hubungi saya dan lama kelamaan kami jadi rapat. Saya sangat menyanjungi peribadi Jeffri, walaupun dia orang beragama tetapi dia tidak memandang rendah artis macam saya. Dia boleh ‘masuk’ dalam dunia saya. Sesetengah orang, apabila jumpa artis pasti pandang sinis dan meletakkan jurang.
“Jeffri sangat pemalu tetapi saya selesa berkawan dengannya kerana pertuturannya lemah lembut dan tidak pernah marah. Jika dia hendak ‘tegur’, caranya sangat berhemah,” katanya.
Noraniza seterusnya mengatakan selepas bercerai kali kedua, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi dan membiarkan Allah SWT menentukan segala-galanya. Bagi artis itu, bukan dia tidak mahu berkahwin lagi tetapi biarlah jodoh itu datang sendiri.
“Hendak kata tak mahu pun (kahwin), kalau dah sampai masanya, saya terima saja ketentuan Ilahi. Selepas beberapa bulan berkawan, dia bawa saya berjumpa keluarganya di Singapura dan kemudian keluarganya datang berjumpa keluarga abang sulung saya di Masai, Johor.
“Kebetulan kisah hidup kami banyak persamaan. Justeru, kami menerima diri masing-masing seadanya kerana apa yang pernah terjadi, biar ia menjadi kenangan. Namun, kami bukan bercinta seperti orang muda. Hubungan kami atas rasa tanggungjawab, apatah lagi masing-masing ada anak.
“Sebenarnya selepas dua kali bercerai, saya fobia untuk berkahwin lagi. Kalau dulu memang perkahwinan menjadi keutamaan dalam hidup saya tetapi selepas bersendirian, saya tumpukan kepada kerjaya seni dan bisnes.
“Apabila ada orang mengambil berat pasal saya dengan sering menghubungi saya setiap hari walaupun berjauhan, membuatkan saya rasa dekat dengannya.
“Saya sudah mula rasa ada kawan mengisi kekosongan. Keadaan itu membuatkan saya rasa teringin berkahwin semula. Perasaan untuk mempunyai teman hidup itu wujud secara semula jadi,” katanya.
Lalu atas persetujuan keluarga, Noraniza dan Jeffri bertunang pada 22 April lalu. Noraniza berkata biarpun dia sudah berkahwin dua kali, bakal ibu mentuanya sangat mementingkan adat lama.
“Ibunya tetap mahu hantar rombongan merisik. Selepas itu baru diadakan majlis pertunangan. Ingatkan selepas bertunang kali pertama pada usia 18 tahun, saya tidak akan bertunang lagi,” katanya.
Betol-betol Hangat! Bila manusia menganggap dirinya sentiasa betul!
Oleh Kaki Wayang on
Betol-betol Hangat! Season 2: The Night Race!
Oleh Kaki Wayang on
Betol-betol Hangat! Im now Glitteratian! Thanks Nuffnang!
Oleh Kaki Wayang on
What is an “Exclusive Nuffnanger”??
An “Exclusive Nuffnanger” is a Nuffnang blogger who has NO advertisements from, mentions of, or links to other ad networks originating from SEA, or any ad networks we deem as competitors on his/her blog.
How do I apply for the Nuffnang Glitterati club?
Betol-betol Hangat! Tumbukan baca SMS
Oleh Kaki Wayang on
“Mangsa memberitahu hanya ingin memeriksa telefon bimbit itu kerana curiga kemungkinan suaminya menyimpan rahsia.
Betol-betol Hangat! Sense VS MeeGo VS Xperia Ray
Oleh Kaki Wayang on
Pada 1956 Ericsson memperkenalkan sistem telefon bimbit automatik penuh pertama di dunia, justeru, menjadikannya sebagai penemuan terbaru yang merubah cara manusia berkomunikasi. Kira-kira 55 tahun sudah berlalu, sejumlah lima bilion penduduk seluruh dunia kini masing-masing memiliki sekurang-kurangnya satu telefon bimbit dan menjadikan inovasi itu sebagai satu keperluan utama dalam pembangunan ekonomi dan sosial.
PRODUK: HTC Sensation
PEMPROSESAN: Qualcomm 1.2 GHz Dual-Core
HARGA: RM2,299
OS: Android dengan HTC Sense
MEMORI: ROM 1GB, RAM 768MB
DIMENSI: 126.1 x 65.4 x 11.3mm
BERAT: 148 gram
SKRIN: 4.3-inci 540 x 960 qHD resolusi
RANGKAIAN:HSPA/WCDMA (900/2100 MHz) GSM/GPRS/EDGE (850/900/1800/1900 MHz)
Internet 3G: sehingga 14.4 Mbps kelajuan pindah turun, sehingga 5.76 Mbps kelajuan pindah naik
GPRS: sehingga 114 kbps kelajuan pindah turun
Wi-Fi(R): IEEE 802.11 b/g/n
SENSOR: G-sensor, Digital Compass, Proximity Sensor, Ambient Light Sensor
KAMERA: 8.0 MP dengan flash dwi LED 1080p HD, kamera depan VGA
PRODUK: Sony Ericsson Xperia Ray
HARGA: RM1,299 hingga RM1,399
WARNA: Hitam, Emas, Putih, Merah jambu
OS: Google Android 2.3 (Gingerbread)
SAIZ: 111 x 53 x 9.4mm
BERAT: 100 gram
KAMERA: 8.1MP 16x zum digital, Apertur f/2.4, Fokus auto, kamera (VGA), rakaman video HD (720p), Penstabil Imej, Sony Exmor R CMOS
MUZIK: Album art
PENYAMBUNGAN: Bluetooth(TM) stereo (A2DP)
FORMAT MUZIK: MP3/AAC, perkhidmatan PlayNow(TM), SensMe(TM), Sony Ericsson Music Player, aplikasi pengenalan muzik TrackID(TM), xLOUD(TM) Experience
PRODUK: Nokia N9
RANGKAIAN: Pentaband WCDMA 850, 900, 1900, 1700, 2100, Quad band GSM/EDGE 850, 900, 1800, 1900
HARGA: anggaran dari RM2,200
KELAJUAN: HSDPA Cat10: 14.4Mbps, HSUPA: Cat6 5.76Mbps
PAPARAN: 3.9” WVGA (854x480) AMOLED
OS: MeeGo 1.2 Harmattan
MEMORI: 1024MB RAM, 16GB/64GB setoran
KAMERA: 8MP Carl Zeiss, 2 x flash LED, MPEG-4 SP 720p @ 30fps,
SAIZ: 116.45 x 61.2 x 7.6-12.1 mm
BERAT: 135 g
SAMBUNGAN: BT 2.1, GPS, A-GPS, WLAN 802.11abgn, NFC, 3.5mm AV connector, uUSB connector, USB
PEMPROSESAN: ARM Cortex-A8 OMAP3630 1 Ghz, PowerVR SGX530
MASA BERBUAL: sehingga 7 jam untuk WCDMA
Betol-betol Sengal! Maut dipatuk tedung peliharaan
Oleh Kaki Wayang on
Pada awalnya, Yeomans bercadang membuka pusat peliharaan ular kepada orang ramai pada hujung minggu ini. Di situ, dia menempatkan 24 ular pelbagai jenis. Walaupun mengundang kebimbangan, Yeomans menegaskan keadaan di situ benar-benar selamat kepada sesiapa saja.
Untuk memberi keyakinan ramai, Yeomans mempamerkan gambarnya mencium kepala ular tedung kepada orang ramai. Katanya, ular itu tahu dia memberi mereka makanan segar dan air mencukupi sehingga ia tidak akan membahayakan sesiapa saja.
“Ada orang menganggap saya gila, tetapi sebaliknya saya rasa ini kerja yang baik.
Seorang rakan berkata, Yeomans mungkin terlalu yakin sehingga tidak berhati-hati langsung ketika menangani ularnya. Anggota paramedik menemui mayat Yeomans di pusat peliharaan ular yang terletak di belakang rumahnya. Ular berkenaan pula dikurung bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Betol-betol Kagum! Anak panah terbenam di muka
Oleh Kaki Wayang on
Bagaimanapun, ketika Tavernier, 17, leka berbual dengan rakannya, secara tiba-tiba anak panah itu meluncur ke arah remaja terbabit. Berada di kedudukan kurang dari satu meter, anak panah itu terus menusuk ke muka dan terbenam hampir lapan sentimeter pada pipinya.
Imbasan x-ray menunjukkan tulang pipi Tavernier retak tetapi anak panah itu tidak merosakkan sebarang saraf serta salur darah penting yang ada kira-kira dua milimeter darinya. Pelajar Sekolah Marriots itu berkata, dia sering menggunakan alat berkenaan sebelum ini dan tidak pernah lupa memasang alat keselamatan sebelum meletakkannya di mana-mana.
Bagaimanapun, Tavernier mengakui insiden itu aneh kerana tiada sesiapa berada di situ kecuali dia dan temannya. Kata Tavernier, rakannya melihat busur panah berkenaan tiba-tiba melepaskan anak panah ke arahnya.
“Kejadian berlaku amat pantas dan saya tidak perasan ia menusuk ke muka. “Saya cuma ingat ada bertanya kepada rakan: “Ada anak panah di muka saya?” katanya.
Tavernier dikejarkan ke hospital oleh bapa rakannya dan ketika itulah baru dia berasa sakit. Dia kemudian menjalani pembedahan segera di Hospital Lister bagi mengeluarkan anak panah berkenaan.
Betol-betol Kagum! Gerhana Bulan!
Oleh Kaki Wayang on
Betol-betol Hangat! Zarina Juara Konsert Kenangan AFnil
Oleh Kaki Wayang on
Betol-betol Hangat! Mengimbau Nostalgia
Oleh Kaki Wayang on