PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label buffered earning dari nuffnang. Show all posts
Showing posts with label buffered earning dari nuffnang. Show all posts

4 Buffered Earning Berjaya Diperolehi!

Oleh Kaki Wayang on



Alhamdulillah..setelah berbulan-bulan tidak mengemaskini sebarang entri baru..akibat merajuk sebab Nuffnang tak bagi BE walaupun purata UV sehari dalam 3000UV..akhirnya aku memilih untuk menyemak akaun Nuffnang..nak tengok ada berapa juta dalam akaun Nuffnang aku tu..

Sekali tengok macam pelik..dua, tiga kali tengok macam tak berapa nak pelik..akhirnya “kemerajukan” aku terhadap itu terbalas dengan 4 Buffered Earning yang berjaya diperolehi untuk 3 bulan berturut-turut..

Selepas ni agak-agak boleh merajuk lagi tak kat Nuffnang..hehe..ape pun thanks buat Nuffnang yang memberi peluang untuk merasa BE yang dah lama tak dapat ni..rezeki bulan Mei..

Bagi mereka yang masih lagi berjinak-jinak dengan dunia blog yang mengimpikan pendapatan secara online mungkin boleh membaca sedikit Tips Mudah Mendapatkan Buffered Earnings .. Bagi mereka yang nak memahami dahulu bagaimana pendapatan online itu boleh dijana..anda sudah seharusnya membaca artikel Tips Mudah Meningkatkan Trafik! barulah anda akan faham bagaimana pendapatan itu boleh berlaku..dan bagaimana BE itu boleh diperolehi...chowwww

Sila baca selanjutnya4 Buffered Earning Berjaya Diperolehi!

Edisi Nuffnang! Amaran Keras Dari Nuffnang Kepada Pihak Blogger!

Oleh Kaki Wayang on


Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut. Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.
Sila baca selanjutnyaEdisi Nuffnang! Amaran Keras Dari Nuffnang Kepada Pihak Blogger!

Edisi Tips Blog! Tips Mudah Untuk Mendapatkan Buffered Earning Part 2!

Oleh Kaki Wayang on



Ramai rakan-rakan blogger bertanyakan bagaimana mahu mendapatkan Buffered Earning dengan mudah. Sebenarnya sangat mudah jika sekiranya kita mengikuti apa jua terma dan syarat yang diberikan oleh pihak pengiklan. Pendek kata, jika sekiranya anda melanggar terma dan syarat tersebut bermakna peluang untuk anda mendapatkan bayaran adalah tipis.

Berikut merupakan kesalahan mudah yang dilakukan oleh blogger:-

Sila baca selanjutnyaEdisi Tips Blog! Tips Mudah Untuk Mendapatkan Buffered Earning Part 2!

Edisi Paling Hangat! Tips Nak Dapatkan Buffered Earning Paling Berkesan - DI JAMIN BERKESAN!

Oleh Kaki Wayang on


Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut : -
Sila baca selanjutnyaEdisi Paling Hangat! Tips Nak Dapatkan Buffered Earning Paling Berkesan - DI JAMIN BERKESAN!

Betol-betol Hangat! Dunia blog semakin sunyi!

Oleh Kaki Wayang on

http://blog.openviewpartners.com/files/compendium/alone_by_hidden_target.jpg

Hari ini merupakan hari terakhir berpuasa..bagi orang yang beriman sudah tentu berlalunya Bulan PUASA yang penuh barakah ini merupakan suatu kehilangan yang amat besar..Para anbia', Para Syuhada' sudah tentu menangisi akan pemergian bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keampunan ini..

Namun bagi orang yang hipokrit..dia akan letak kat STATUS FB dia macam ni..sedihnya bulan puasa dah nak habis..dah tak dapat nak puasa dah..sedihlaaa..mesti i rindu kan bulan puasa ni..rindu nak bangun sahur nak berbuka dengan "boipreng" dan "gelpreng"..padahal dalam hatinya..yayyyy dah nak habis puasa dah..tak de dah seksaan tak leh nak makan waktu siang..dah tak payah dah bangun pagi dan kacau tidur ku..dah tak perlulah nak bercinta tapi tak pegang tangan atau pegang-pegang siang-siang..keji tak? pada yang terasa dengan apa yang aku tulis ni minta maaf yerr..siapa makan lada dia akan....? Fikir-fikirkanlah..

Berbalik kepada tajuk..memang dunia blog sekarang dah semakin sunyi bukan sebab semua tak nak berblog sebab Nuffnang tak bagi BE atau dalam akaun masih lagi RM0.25 sen..tapi sebab esok dah nak raya dah..mood nak berblog dah hilang dah..tu sebab sunyi tu..semalam aku rasa macam payah je nak sampai 1000PV..sebab dah masuk kul 2.00pm pun PV baru masuk 200PV..sekali tengok balik statistik..rupa-rupanya sampai jugak 1200PV..hahahaha..Tjanks kengkawan support blog ni yer..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Dunia blog semakin sunyi!

Betol-betol Hangat! Google+: Perkhidmatan perkongsian mesra

Oleh Kaki Wayang on

Pada 28 Jun 2011, gergasi pencarian internet Google melancarkan perkhidmatan rangkaian sosial baru bernama Google+. Dan tiga minggu kemudian, ia mempunyai 20 juta pengguna. Siapakah akan terfikir satu perkhidmatan baru menentang Facebook akan memperolehi perhatian sebegini.

Penerimaannya agak mengejutkan memandangkan cubaan terdahulu Google dalam memulakan rangkaian sosial tersendirinya tidak begitu memberangsangkan. Google Buzz yang mana diintegrasikan dalam Google+ tidak begitu menonjol sejak pelancarannya awal tahun lepas. Begitulah juga projek 2004 pekerja Google bernama Orkut. Walaupun popular antara rakyat Brazil dan India dengan 100 juta pengguna berdaftar, ia masih tidak dapat menandingi gergasi-gergasi rangkaian sosial Facebook dan Twitter dalam bahagian lain dunia.

Jadi apa yang membuatkan Google+ istimewa?

Anda mungkin akan mengatakan bahawa projek sosial baru Google kelihatan lebih kurang seperti Facebook. Tetapi terdapat beberapa ciri-ciri unik yang memberi kelebihan kepada Google+ ke atas pesaing-pesaingnya.

Pertama, terdapat Circles. Ia satu cara pintar mengelolakan teman-teman anda menyenaraikan dan menentukan tahap privasi setiap teman-teman anda. Terdapat empat Circles (Friends, Family, Acquaintances and Following) dengan satu pilihan mencipta Circles baru anda sendiri. Apa yang anda perlu lakukan hanya masukkan rakan anda ke dalam Circles anda. 

 

Jadi, apabila anda ingin berkongsi sesuatu dengan teman-teman anda khususnya, anda hanya menambah Circles Friends anda ke dalam Post anda. Katakan anda tidak gembira dengan Post anda, anda boleh suntingnya, memadamkannya, melumpuhkan komen-komen atau melumpuhkan reshare. Lantarannya, Circles bertindak sebagai kawalan privasi untuk pengguna-pengguna menapis kandungan mereka berkongsi.

Bentangan laman utama hampir serupa dengan Facebook dengan pengecualian Sparks di sebelah kiri dan Hangouts di sebelah kanan. Setakat ini, tiada iklan-iklan dijumpai pada Google+ mungkin kerana ia masih dalam peringkat percubaan.

Sparks ialah satu lagi ciri unik boleh didapati pada Google+. Ia pada dasarnya satu pembaca terbitan yang mana diasingkan mengikut topik anda. Topik yang ditampilkan termasuk Cycling, Fashion, Films, Recipes, Football, kereta-kereta Sports, Gardening, Android (tidak memeranjatkan), Komik-komik dan Robotik. Anda boleh menentukan topik-topik anda sendiri yang anda minati dan melihat apa pengguna lain berkongsi pada Google+ berkaitan dengan topik-topik anda. Ciri ini mendedahkan pengguna kepada banyak kandungan yang sangat penting kepada mereka. Dan pada masa yang sama bertemu orang baru dengan kegemaran serupa.


Berikutnya, terdapat Hangout, satu ciri sembang video / persidangan yang membolehkan sehingga sepuluh pengguna berkomunikasi dengan satu sama lain secara serentak. Sama ada anda melakukan sebuah kumpulan belajar atau hanya mahu berlagak dengan gaya rambut baru, kesemuanya boleh dibuat dengan Hangout. Sekarang, ia masih tidak stabil dan mengalami masalah. Tetapi saya pasti pemaju-pemaju di Google akan menyelesaikannya sebelum ia keluar kepada pengguna secara rasmi (tiada maklumat untuk tarikh sebenar).

Tiga minggu selepas pelancaran Google+, pengguna-pengguna iPhone akhirnya boleh menyertai pengguna-pengguna Android dan menikmati Google+ secara aktif. Malangnya, pengguna-pengguna iPad dan iPod Touch ketinggalan kerana tiada app untuk mereka. Jadi, buat masa ini hanya pengguna-pengguna Android and iPhone boleh berkomunikasi dengan satu sama lain melalui Huddle. Huddle amat serupa dengan mana-mana perkhidmatan pesanan segera lain seperti Skype dan WhatsApp. Ia tidak jelas jika Google akan menambah ciri-ciri berkongsi media (gambar, video dan audio) kepada Huddle tetapi sekarang ini, anda boleh menghantar mesej teks bagi satu bilangan pengguna tidak terhad pada satu-satu masa.


Saya telah menggunakan Google+ untuk hampir tiga minggu sekarang dan saya berpendapat ia agak pantas dari segi masa pemuatan. Ini mungkin disebabkan ketiadaan iklan-iklan dan tidak kesemua rakan-rakan saya telah menyertai Google+.

Bagaimana saya sertai Google+?

Mudah, hanya minta kawan anda yang telah pun menyertai Google+ meletakkan alamat Gmail anda pada Streamnya. Itu sahaja. Kemudian, anda hanya perlu lakukan log masuk kepada akaun Gmail anda dan nama anda akan muncul pada sisi kiri atas papan pemuka Google dengan satu tanda tambah di sebelahnya.

Cuba Google+ hari ini dan sertai rangkaian sosial hidup (Mark Zuckerberg juga mempunyai akaun Google+ dan dia mempunyai pengikut paling ramai). Dengan penerimaan kuat dan ciri-ciri unik, percubaan paling berani Google untuk bersaing dengan Facebook mempunyai satu masa depan yang amat cerah.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Google+: Perkhidmatan perkongsian mesra

Betol-betol Hangat! Dikejut buaya waktu sahur

Oleh Kaki Wayang on

TUMPAS...pemilik ayam bersama buaya yang memasuki kawasan rumahnya. 

Bunyi bising ayam dalam sangkar ketika waktu sahur mengejutkan seorang penduduk Kampung Tanjung di tebing Sungai Sarawak, di sini apabila pemeriksaannya membawa kepada penemuan seekor buaya sepanjang kira-kira 1.5 meter, pagi semalam. Mohammad Ali Jais, 51, berkata dia baru bangun untuk bersahur bersama keluarganya pada kira-kira jam 4 pagi sebelum terdengar ayam diternak dalam sangkar depan rumahnya bising seperti ‘diganggu’ sesuatu.

“Saya terus melakukan pemeriksaan selepas mendapati bunyi itu tidak berhenti, sebaliknya semakin kuat dan bergegas keluar sebelum terkejut mendapati buaya berkenaan cuba menyambar ayam saya. “Buaya itu dilihat sudah berada di tepi sangkar dan menunggu mangsa untuk menerkam ayam itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Mohammad Ali berkata, dia meminta bantuan tiga jiran sebelum menangkap dan mengikat kaki buaya itu dalam tempoh 15 minit walaupun reptilia itu cuba melawan.

Mohammad Ali mengakui sering melihat buaya itu timbul di sekitar tebing Sungai Sarawak, namun kejadian reptilia terbabit naik ke darat adalah pertama berlaku di perkampungan berkenaan. “Sepanjang menetap di perkampungan ini, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku dan saya percaya buaya itu naik ke darat kerana mahu mencari makanan disebabkan kelaparan,” katanya.

Katanya, dia bernasib kerana menyedari kehadiran buaya itu dan tidak menolak berkemungkinan reptilia itu bertindak ganas dan menyerang penduduk yang melalui kawasan berkenaan.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Dikejut buaya waktu sahur

Betol-betol Hangat! Season 2: The Night Race!

Oleh Kaki Wayang on


Wah the season 2 session datang lagi lah..kat sini korang leh dapatkan pendapatan lebih..kalau nak harapkan Nuffnang bagi Buffered Earning..so kat sini korang hanya perlu sertai The Night Race ni..jom sertai ramai-ramai..korang pasti suka bila akaun Churp Churp korang bertambah dari hari ke hari..betol tak?

Kali ni The Night Race bukan sahaja menjanjikan pendapatan online lebih..tapi korang leh main game..setiap klik yang korang dapat leh jana pendapatan dan memberikan korang peluang untuk menang hadiah seperti Ipad 2 32GB, HTC mobile dan macam-macam lagi..

Apa yang korang perlu lakukan adalah dengan mendaftar kat sini..kemudian ikut arahan seterusnya..korang juga leh login dengan menggunakan akaun facebook korang..mudah bukan..Daftar dengan klik pada gambar ataupun klik pada link dibawah.


atau DAFTAR kat sini

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Season 2: The Night Race!

Betol-betol Hangat! Tips Menambah Follower!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2s-sJy-Ihc4109ikUwvZW0QrhS5sKCyfJAMq8M06NekuDTqbV5MHBBSrD0CwqlaNDK_sWgATQdLZ9eO2NJG-gsgnMpgJEBZm6D7PuW2lWyplRS3MY2nuFHR7R9dNDVfkQwoH1PgoUJOM/s1600/want-more-followers.jpg

Tema hari ni..tema info dan tips je..sesuai dengan tujuan blog ini dihasilkan..semuanya berkenaan informasi..semoga ianya akan menjadi sebuah blog yang berinformasi suatu hari nanti..Ok entri kali ni adalah tips bagaimana nak dapatkan follower yang ramai..sepatutnya aku tak boleh nak keluarkan entri ni..sebab follower aku pown bukan ramai pown..tak sampai 100 lagi pown…tapi atas dasar-dasar ingin berkongsi..so Aku pown buat entri ni..Thanks to TIA atas entrinya mengenai ini.

Yang dah ramai follower tu nak baca ke tak terpulang sebab anda dah ada ramai pengikut..yang nak amik port tu..silakanlah yer..lagipun aku ni baru 2 bulan berblog..tak dapek nak bandingkan dengan blogger senior yang lain sampai ada yang 20,000 pengikut setianya..Aku bukannya kisah sangat pown sal follower ni..sebab..dalam banyak-banyak pengikut aku ni..belom tentu ada ada yang mengikuti secara terus, harian ataupun langsung tak berkunjung dah ke blog aku ni selepas dia tekan button follow tu..

Ok back to the main topic, tips ni boleh digunakan untuk menambahkan follower korang..leh tambahkan komen pengunjung dan pembaca..dan boleh juga menyebabkan setiap entri korang dikomen oleh pembaca.
  1. Korang leh letak tagline pada follower korang dengan tagline seperti..korang follow aku, aku follow korang balik..mudah bukan..walaupun sentap nak mampos dan desperate giler nak follower..tapi itulah hakikatnya..sekurang-kurangnya pembaca leh fikir..”kalau aku follow dia, dia mesti follow aku balik”..secara tak langsung follower anda akan bertambah walaupun seorang..
  2. Tips seterusnya adalah segmen ataupun contest..yang segment u kalau aku yang buat belom tentu berjaya disebabkan blog aku masih lom hebat lagi..tapi kalau kengkawan kita ynag lain yang dah pro bab ni konfem boleh..pada yang desperate sangat tu..korang leh lah buat segmen macam Abg Ben selalu buat tu..tak pun buat contest..hadiah kenelah gempak beb..hadiah pertama Ipad 2 ke, Hadiah kedua Nikon DSLR ke..tak pun paling kurang..giveaway RM10 topup pun dah cukup..secara tak langsung akan mendapat pengunjung dan follower..pastu kalau wat contest..korang wajibkanlah mesti menjadi follower baru leh join contest..silap-silap traffic pown datang mencanak oooo..
  3. Yang terakhir (walaupun pada dasarnya banyak tips lagi) jadikan entri blog anda mantap-mantap..kalau nak copy entri orang pown jangan lupa bagi kredit dan ubah sedikit entri tersebut dari sudut pandang tuan/puan/cik/encik yer..tips yang terakhir ni agak payah sikit sebab korang kena sentiasa buat entri yang sangat power dan hebat.. 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Tips Menambah Follower!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...