PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label berita harian. Show all posts
Showing posts with label berita harian. Show all posts

Betol-betol Hangat! Berita Harian - Akhbar untuk keluarga!

Oleh Kaki Wayang on


Akhbar untuk keluarga: Nik Salim Nik Endut, 82 bersama menantunya, Siti Aishah Mahmud, 46, serta cucu membaca akhbar Berita Harian ketika ditemui di kediamannya di Kampung Seberang Baroh Kiri, Kuala Terengganu. Pembaca setia akhbar berkenaan sejak dulu menyifatkan Berita Harian banyak memberi manfaat dan pengajaran serta ada ruangan yang boleh membantu dalam bidang pelajaran seperti ruang Didik kepada cucunya, Nik Mohd Daniel Hakimi, 8 tahun.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Berita Harian - Akhbar untuk keluarga!

Betol-betol Hangat! Dikejut buaya waktu sahur

Oleh Kaki Wayang on

TUMPAS...pemilik ayam bersama buaya yang memasuki kawasan rumahnya. 

Bunyi bising ayam dalam sangkar ketika waktu sahur mengejutkan seorang penduduk Kampung Tanjung di tebing Sungai Sarawak, di sini apabila pemeriksaannya membawa kepada penemuan seekor buaya sepanjang kira-kira 1.5 meter, pagi semalam. Mohammad Ali Jais, 51, berkata dia baru bangun untuk bersahur bersama keluarganya pada kira-kira jam 4 pagi sebelum terdengar ayam diternak dalam sangkar depan rumahnya bising seperti ‘diganggu’ sesuatu.

“Saya terus melakukan pemeriksaan selepas mendapati bunyi itu tidak berhenti, sebaliknya semakin kuat dan bergegas keluar sebelum terkejut mendapati buaya berkenaan cuba menyambar ayam saya. “Buaya itu dilihat sudah berada di tepi sangkar dan menunggu mangsa untuk menerkam ayam itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Mohammad Ali berkata, dia meminta bantuan tiga jiran sebelum menangkap dan mengikat kaki buaya itu dalam tempoh 15 minit walaupun reptilia itu cuba melawan.

Mohammad Ali mengakui sering melihat buaya itu timbul di sekitar tebing Sungai Sarawak, namun kejadian reptilia terbabit naik ke darat adalah pertama berlaku di perkampungan berkenaan. “Sepanjang menetap di perkampungan ini, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku dan saya percaya buaya itu naik ke darat kerana mahu mencari makanan disebabkan kelaparan,” katanya.

Katanya, dia bernasib kerana menyedari kehadiran buaya itu dan tidak menolak berkemungkinan reptilia itu bertindak ganas dan menyerang penduduk yang melalui kawasan berkenaan.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Dikejut buaya waktu sahur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...