PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label SEO Tips. Show all posts
Showing posts with label SEO Tips. Show all posts

Edisi Tips! Bagaimana Tajuk Artikel dan SEO Mempengaruhi Enjin Carian Google?

Oleh Kaki Wayang on


Apa itu SEO. 

SEO adalah ringkasan kepada Search Engine Optimization. Kalau bahasa mudahnya adalah cara untuk mengoptimumkan apa yang anda buat di blog anda supaya blog anda tersenarai di search engine seperti google, yahoo, bing dan lain².
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips! Bagaimana Tajuk Artikel dan SEO Mempengaruhi Enjin Carian Google?

Betol-betol Hangat! Tips Menyimpan duit!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVdKP7C-qok2oM7Q3raH4WaSuS8z5AXZyguobFHe0OnNC3t3PG2d0fx9gD0o4VmhDrjh30-33QQWRD9n9Ue6dJvll1U8y1Pa-V7Ppdy0zPhfy2naZYtgw98cz_d9kdjIp3iR41ump7-AA/s1600/syiling.jpg

BERAPAKAH jumlah ideal untuk simpanan sendiri memandangkan gaji yang diterima perlu dibahagikan perbelanjaan lain? Pernah tak dengar ISTILAH BAYAR DIRI?

Kita perlu membayar bil diri sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan diterima. Jika pendapatan yang diterima adalah RM1,000 sebulan, bil diri yang perlu diperuntukkan adalah RM100.

Untuk membayar bil diri, membuka akaun berasingan dengan akaun simpanan yang anda gunakan untuk menerima gaji adalah cara terbaik, malah lebih baik sekiranya ia tidak disertakan dengan kemudahan kad mesin juruwang automatik (ATM). Lebih baik juga sekiranya akaun simpanan itu dapat memberikan kadar pulangan dividen tinggi setiap tahun seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji.

Apa langkah yang perlu diambil bagi memastikan gaji bulanan yang diterima tidak melebihi peruntukan perbelanjaan setiap bulan? Bagi kebanyakan individu, perbelanjaan sara hidup seperti membayar sewa rumah, bil api dan air serta telefon lebih penting daripada membuat simpanan. Konsep ini kurang tepat kerana kita seharusnya mengutamakan diri sendiri kerana ia adalah hasil penat lelah kita bekerja sepanjang bulan.

Ini seolah-olah menunjukkan kita lebih menghargai pihak lain daripada diri sendiri. Kita rela memberikan duit itu kepada orang lain terlebih dulu berbanding untuk keperluan diri.

Maka, membuat simpanan adalah cara terbaik kita menghargai diri sendiri. Anggaplah duit yang kita gunakan sebagai simpanan itu adalah upah kepada diri. Setiap bulan, kita perlu membayar upah kepada diri kita dan anggaplah membayar upah diri itu sebagai satu bil yang perlu dijelaskan setiap bulan seperti bil lain.

Apakah cara yang disarankan untuk mengelak daripada mengeluarkan simpanan yang dibuat? Selepas membuat simpanan, kita perlu mempunyai daya tahan kuat daripada godaan mengeluarkan duit untuk tujuan lain. Kita perlu tegas dan mendisiplinkan diri kerana itulah disarankan menyimpan di tempat yang tidak mempunyai kemudahan kad ATM.

Anggap saja simpanan berkenaan hangus seperti bil air, elektrik dan telefon yang dibayar setiap bulan. Kebiasaannya, godaan amat kuat akan berlaku pada bulan pertama sehingga bulan ketiga dari saat kita mula menyimpan. Tetapi, ia akan berkurangan dan kita mula berasa seronok kerana mula dapat melihat hasil penjimatan dan simpanan yang semakin meningkat.

Selain melakukan simpanan, apakah cara membantu mengurangkan perbelanjaan bulanan? Antara perkara yang harus dipandang berat adalah pembelian majalah, cakera padat video (VCD) atau cakera padat (CD) penyanyi kegemaran dan berkaraoke di tempat berbayar.

Minat membaca memang sesuatu yang harus dipuji, namun ia tidak seharusnya menjadikan seseorang itu bankrap. Ia sama seperti membeli CD atau VCD, namun perlu dihadkan.

Kita juga boleh mengurangkan minat menonton wayang kerana setiap kali keluar menonton filem terbaru, pasti akan membabitkan perbelanjaan sampingan seperti pembelian makanan atau minuman ringan. Bagi mereka yang mempunyai tabiat merokok, harus menilai semula apa yang dilakukan kerana rokok menjadi antara perbelanjaan besar si perokok dan wang dikeluarkan hanya untuk merosakkan kesihatan.

Apakah cara lain yang boleh diguna pakai untuk mengelak perbelanjaan berlebihan setiap bulan? Hampir semua bank perdagangan kini menyediakan kemudahan perbankan Internet kepada pelanggan. Kita harus menggunakan perkhidmatan ini sebaiknya kerana ia dapat memberi penjimatan yang besar termasuk dari segi masa dan kos sampingan.

Perbankan Internet sememangnya amat memudahkan kehidupan kita dalam membuat urusan kewangan. Semua ini sudah pastinya dapat menjimatkan masa serta wang terutama kos petrol.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Tips Menyimpan duit!

Edisi Khas Tips Blog! Kenapa entri blog aku tak de komen?!

Oleh Kaki Wayang on

http://nethackz.com/wp-content/uploads/2011/05/starting-a-blog.jpg

Jam kini menginjak ke pukul 3.24 am..kejap lagi nak bersahur..inilah natijahnya bila tido lama siang tadi..hahaha..kan dah tak leh nak tido..waktu ini BBH sedang menonton perlawanan badminton Kejohanan Dunia antara Peter Hoeg Gade vs Lin Dan..

Lupakan sal mereka dulu k..balik pada tajuk asal..muhasabah diri..ehh kenapa eh entri yang aku buat tak de sorang pun komen?dah berapa banyak dah aku buat entri tapi satu apa pun takde..letih weh nak buat entri..nak update blog..tapi tak de orang komen pun..

Begitulah keadaannya bila aku mula berblogging 4 bulan lepas..buat beratus-ratus entri tapi tak de sorang pun nak komen..tapi sekarang?Pageviews dah naik dan paling kurang pun mesti ada 1 komen setiap entri..tu yang best..eh eh..aada komen masuk laaa..best nyerr.rasa macam nak melonjak macam menang piala dunia pula kan..dan begitulah apa yang aku rasakan suatu ketika dulu bila mana ada komen masuk dalam entri..

Kenapa tak de orang komen eh? Check semula entri kita tu..pastikan ada moment menarik..isi menarik..kandungan serta fakta yang menyokong entri anda..biasakan diri anda untuk membuat entri yang mudah difahami..ada kelakar, serius dan macam-macam lagi..dan yang paling penting..font pun font yang mudah dibaca..tak payahlah nak letak font monotype corsiva ke..ape ke..semua tu bila orang dah tak leh nak baca konfem pas ni dia tak nak datang dah blog korang kan..

Lagi? Please lah buang WORD VERIFICATION pada komen tu yer..menyusah lan orang jew..komentar anda adalah manusia sejati dan tulen..dan blogger yang baik-baik (bersangka baik)..so pleaselah buang word verification tu..kadang-kadang bila ada benda tu..ianya akan menyebabkan orang malas nak komen..

Oklah kengkawan cukuplah setakat ini dulu yer..nanti sambung lagi..SELAMAT BERSAHUR tau..puasa dan jangan tak puasa pulak..

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Tips Blog! Kenapa entri blog aku tak de komen?!

Betol-betol Hangat! Cara hasilkan susu pada usia 17 tahun

Oleh Kaki Wayang on


Hahahahaha..rasa nak tergelak pula bila tengok keyword ni..aku pernah ke buat entri sal nak hasilkan susu pada usia 17 tahun ek? atau buat keyword sal tu? pelik jugak kan..ke aku memang ada letak..aah..mungkin dalam Edisi Khas Pa & Ma kot..tu sebab keluar keyword ini..

Kepada sesiapa yang mencari entri atau tutorial mengenai Cara hasilkan susu pada usia 17 tahun ni..harap-harap korang berjaya la eh..ngeeeee..tapi minta maaf cara tu tak de kat sini kot...

By the way, ramai jugak kan yang cari maklumat sal Rara Zikry..meh baca kat sini yerrr..SIAPA RARA ZIKRY?

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Cara hasilkan susu pada usia 17 tahun

Edisi Khas Tips Blog! Apa yang pembaca nak sebenarnya?!

Oleh Kaki Wayang on

http://jomblogger.com/blog/wp-content/uploads/2011/01/blog-reader2.jpg

Kalau dulu aku selalu mengetepikan soal ini..setiap blog kenalah ada temanya sendiri..ada pendirian apa yang perlu blogger itu tuliskan..apa yang nak di update kan..entri apa yang perlu dimasukkan..dan semua itu haruslah diambil kira..

Pembaca kita datangnya dari pelbagai golongan..keyword, labels, taging dan tajuk yang kita letak dalam setiap entri sebenarnya menjadi kunci untuk pembaca datang ke blog kita..wnjin carian Google merupakan enjin carian yang sangat popular di dunia..semua orang menggunakannya..di samping enjin carian seperti Bing dan Yahoo..

Now, katakan pembaca kita dari golongan bijak pandai, doktor, pelajar, pegawai, marin, saintis dan macam-macam lagi..macam mana eh nak tarik mereka? Mudah sangat..buatlah entri mengenai apa yang memungkinkan mereka untuk cari..betul tak? So, kalau maklumat itu ada dalam blog anda dah tentu lepas ni mereka akan datang lagi sebagai returning visitor..tu sebab entri kena power..

Selain itu, masukkan pelbagai maklumat dan entri menarik..jangan hanya bersandarkan satu tema sahaja..kadang-kadang ada blogger yang memasukkan entri sal..kisah percintaan mereka...(meluatnya) pastu banyak pula gambar berpeluk sana sini..(lagi meluat aku)..anda boleh meletakkan kisah peribadi sebagai tema..tapi janganlah sal cintan cintun jew..nanti orang menyampah pulak kan..kekadang ada pembaca yang sukakan berita terkini dunia..dunia politik, jenayah, crime scena, cerita lawak, pendidikan, dan macam-macam lagi..pelbagaikan isu-isu anda ok..jangan asyik itu je..dan yang paling penting update blog anda..

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Tips Blog! Apa yang pembaca nak sebenarnya?!

Betol-betol Hangat! Tips Menambah Follower!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2s-sJy-Ihc4109ikUwvZW0QrhS5sKCyfJAMq8M06NekuDTqbV5MHBBSrD0CwqlaNDK_sWgATQdLZ9eO2NJG-gsgnMpgJEBZm6D7PuW2lWyplRS3MY2nuFHR7R9dNDVfkQwoH1PgoUJOM/s1600/want-more-followers.jpg

Tema hari ni..tema info dan tips je..sesuai dengan tujuan blog ini dihasilkan..semuanya berkenaan informasi..semoga ianya akan menjadi sebuah blog yang berinformasi suatu hari nanti..Ok entri kali ni adalah tips bagaimana nak dapatkan follower yang ramai..sepatutnya aku tak boleh nak keluarkan entri ni..sebab follower aku pown bukan ramai pown..tak sampai 100 lagi pown…tapi atas dasar-dasar ingin berkongsi..so Aku pown buat entri ni..Thanks to TIA atas entrinya mengenai ini.

Yang dah ramai follower tu nak baca ke tak terpulang sebab anda dah ada ramai pengikut..yang nak amik port tu..silakanlah yer..lagipun aku ni baru 2 bulan berblog..tak dapek nak bandingkan dengan blogger senior yang lain sampai ada yang 20,000 pengikut setianya..Aku bukannya kisah sangat pown sal follower ni..sebab..dalam banyak-banyak pengikut aku ni..belom tentu ada ada yang mengikuti secara terus, harian ataupun langsung tak berkunjung dah ke blog aku ni selepas dia tekan button follow tu..

Ok back to the main topic, tips ni boleh digunakan untuk menambahkan follower korang..leh tambahkan komen pengunjung dan pembaca..dan boleh juga menyebabkan setiap entri korang dikomen oleh pembaca.
  1. Korang leh letak tagline pada follower korang dengan tagline seperti..korang follow aku, aku follow korang balik..mudah bukan..walaupun sentap nak mampos dan desperate giler nak follower..tapi itulah hakikatnya..sekurang-kurangnya pembaca leh fikir..”kalau aku follow dia, dia mesti follow aku balik”..secara tak langsung follower anda akan bertambah walaupun seorang..
  2. Tips seterusnya adalah segmen ataupun contest..yang segment u kalau aku yang buat belom tentu berjaya disebabkan blog aku masih lom hebat lagi..tapi kalau kengkawan kita ynag lain yang dah pro bab ni konfem boleh..pada yang desperate sangat tu..korang leh lah buat segmen macam Abg Ben selalu buat tu..tak pun buat contest..hadiah kenelah gempak beb..hadiah pertama Ipad 2 ke, Hadiah kedua Nikon DSLR ke..tak pun paling kurang..giveaway RM10 topup pun dah cukup..secara tak langsung akan mendapat pengunjung dan follower..pastu kalau wat contest..korang wajibkanlah mesti menjadi follower baru leh join contest..silap-silap traffic pown datang mencanak oooo..
  3. Yang terakhir (walaupun pada dasarnya banyak tips lagi) jadikan entri blog anda mantap-mantap..kalau nak copy entri orang pown jangan lupa bagi kredit dan ubah sedikit entri tersebut dari sudut pandang tuan/puan/cik/encik yer..tips yang terakhir ni agak payah sikit sebab korang kena sentiasa buat entri yang sangat power dan hebat.. 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Tips Menambah Follower!

Betol-betol Hangat! Bagaimana Menaikkan Trafik Blog?

Oleh Kaki Wayang on

http://onlineincomelab.com/wp-content/uploads/2010/11/increasing_website_traffic.jpg 

Biasanya traffic dijana dengan kehadiran pembaca masuk ke dalam blog kita..tapi bagaimana nak jana traffic untuk menarik minat mereka agar update-update/ post yang kita berikan dalam blog menyebabkan mereka ini tertarik untuk membacanya?traffic means pageview..kekadan hari ni kita dapat dalam 500 PV tapi UV dapat dalam 300 UV jew..dah lah kita penat-penat nak siapkan satu entri tapi dapat banyak ni je..

Kekadang sedih jugak kan..tapi sebagai blogger baru..jangan cepat putus asa..satu cara yang paling mudah dan teramat klasiknya untuk mendapatkan traffic adalah dengan “BLOGWALKING”..tinggalkan jejak anda di mana-mana blog yang anda singgahi..tinggakan url anda..besar kemungkinan ada diantara pembaca-pembaca disana akan mengunjungi blog anda..kemudian join mana-mana segmen yang dikelolakan oleh blogger otai macam Ben Ashaari sebab Abg Ben selalu buat segmen atas tujuan untuk membantu blogger-blogger baru..

BBH sendiri pun sentiasa berblogwalking dan mengikuti segmen Abg Ben..hasilnya..traffic akan meningkat dengan mendadak..kekadang daripada tak de komen langsung dalam entri kita..tetiba leh dapat dalam 20 paling kurang..kalau blog Abg Ben lainlah sehari leh sampai ribu-riban yang online kat blog dia..

http://techbu.com/wp-content/uploads/2010/10/206-blogger-blog-traffic.jpg

Kemudian, sebagai blogger yang kreatif..harus tahu apa yang pembaca nak cari..biasanya LABEL, tag memainkan peranan yang amat penting.. kenapa?sebab label nil ah yang akan berkemungkinan akan di cari oleh pembaca-pembaca..Selain itu kita juga boleh membuat entri-entri separti entri mengenai Artis-artis, gossip artis dan macam-macam lagi kerana entri-entri seperti inilah yang pembaca nak sebenarnya..

1 cara lagi adalah dengan mewujudkan contest antara blogger..my 1st giveaway ke, come and join our contest ke..dan banyak lagi..kerana dengan adanya pertandingan dan giveaway inilah yang menyebabkan pengunjung datang ke blog kita dan menyertai contest yang dianjurkan..secara tidak langsung akan menaikkan traffic blog kita..

Sebenarnya banyak lagi…tapi buat masa ni..tak perlulah aku nak ulas panjang lebar..ramai yang dah tahu benda ni..Cuma aku ingin kongsikan apa yang aku tahu…

P/s: Selalulah berblogwalking dan belajarlah cara-cara untuk menaikkan traffic blog kita..bersepah-sepah tutorial dan cara untuk tujuan itu..sekarang ni pun BBH masih lagi dalam proses pembelajaran..maklumlah baru  bulan berblog..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Bagaimana Menaikkan Trafik Blog?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...