PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label artis bercerai. Show all posts
Showing posts with label artis bercerai. Show all posts

Betol-betol Hangat! Duda bukan sebarang duda tapi Ustaz!

Oleh Kaki Wayang on

BAHAGIA... bakal berkahwin buat kali ketiga. 

“MEMANG tak sangka langsung pada usia 43 tahun saya kembali menjadi tunangan orang. Ingatkan dah tua-tua ini, dah tak laku. Rupa-rupanya ada juga yang berkenankan saya,” kata penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43. Luahan penyanyi yang lebih mesra disapa Ani itu membawa seribu erti, apatah lagi pada Ramadan ini apabila cintanya bersemi buat kali ketiga dengan duda anak empat, Jeffri Hudi, 52, iaitu ustaz dari Singapura yang berkhidmat sebagai bilal bebas di negaranya.

Bagaimanapun, menurut Noraniza, ketika Jeffri melamarnya, dia diberi tempoh untuk berfikir tetapi tidak melakukannya secara serius kerana dalam hati masih ada keraguan. “Saya berfikiran negatif ketika itu dan takut untuk melangkah ke gerbang perkahwinan sekali lagi,” katanya.

Seminggu sebelum berakhirnya tempoh itu, baru Noraniza membuat keputusan dan menyedari dia tidak buat sebarang persiapan untuk bertunang. 


“Mujur mereka di Akademi Tatih Seni (cawangan Johor) yang memahami keadaan saya, membuat persiapan mencarikan penaja pelamin dan baju untuk saya. “Selepas bertunang, kami berdua sibuk dan tidak sempat mencari tarikh sesuai untuk mengadakan majlis pernikahan hinggalah keluarga mendesak kami segerakan perkara baik itu.

“Selasa ini saya akan mengadakan sidang akhbar mengumumkan tarikh pernikahan dan kenduri. Insya-Allah perkahwinan itu akan dilangsungkan tahun ini juga,” katanya yang mendapat restu anaknya.

Noraniza berharap perkahwinannya kali ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Di mana saya akan menetap selepas berkahwin, sama ada di Singapura atau di sini, tengoklah keadaan nanti,” katanya yang dihubungi Metro Ahad.

Berbual dengannya di telefon, suara Noraniza kedengaran ceria dan perbualan itu juga diselang-seli dengan ketawa, bagaikan tanda bahagia di hati. Menceritakan detik pertemuan dengan bakal suaminya, jelas Noraniza, mereka bertemu pada Ramadan tahun lalu ketika melakukan kerja kebajikan di sebuah masjid di Johor Bahru. Noraniza bersama anak didiknya di Akademi Tatih Seni untuk menghulurkan sumbangan hasil jualan biskut raya. Ketika itu, dia berkata, Jeffri turut melawat masjid berkenaan bersama teman.

“Apabila saya melihat ada orang lain turut berada di masjid itu, saya pun bertegur sapa. Saya banyak berbual dengan kawannya dan Jeffri hanya mendengar. Ketika saya mahu balik, baru saya berkenalan dengan Jeffri dan memberi kad bisnes kepadanya.

“Selepas tahu dia orang Singapura, saya pun beritahu, adik saya berniaga di bazar Ramadan di negara itu,” katanya yang kemudian bertanya bolehkah adiknya menghulurkan sebarang sumbangan menerusi Jeffri.

“Itulah bermulanya bicara saya dengan dia. Rupa-rupanya dia kenal saya kerana sering menonton persembahan saya di televisyen dengan ibunya. Waktu itu saya masih menjadi isteri Fareez. Dia juga suka dengar lagu saya.

“Selepas pertemuan di masjid itu, dia hubungi saya dan lama kelamaan kami jadi rapat. Saya sangat menyanjungi peribadi Jeffri, walaupun dia orang beragama tetapi dia tidak memandang rendah artis macam saya. Dia boleh ‘masuk’ dalam dunia saya. Sesetengah orang, apabila jumpa artis pasti pandang sinis dan meletakkan jurang.

“Jeffri sangat pemalu tetapi saya selesa berkawan dengannya kerana pertuturannya lemah lembut dan tidak pernah marah. Jika dia hendak ‘tegur’, caranya sangat berhemah,” katanya.

Noraniza seterusnya mengatakan selepas bercerai kali kedua, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi dan membiarkan Allah SWT menentukan segala-galanya. Bagi artis itu, bukan dia tidak mahu berkahwin lagi tetapi biarlah jodoh itu datang sendiri.

“Hendak kata tak mahu pun (kahwin), kalau dah sampai masanya, saya terima saja ketentuan Ilahi. Selepas beberapa bulan berkawan, dia bawa saya berjumpa keluarganya di Singapura dan kemudian keluarganya datang berjumpa keluarga abang sulung saya di Masai, Johor.

“Kebetulan kisah hidup kami banyak persamaan. Justeru, kami menerima diri masing-masing seadanya kerana apa yang pernah terjadi, biar ia menjadi kenangan. Namun, kami bukan bercinta seperti orang muda. Hubungan kami atas rasa tanggungjawab, apatah lagi masing-masing ada anak.

“Sebenarnya selepas dua kali bercerai, saya fobia untuk berkahwin lagi. Kalau dulu memang perkahwinan menjadi keutamaan dalam hidup saya tetapi selepas bersendirian, saya tumpukan kepada kerjaya seni dan bisnes.

“Apabila ada orang mengambil berat pasal saya dengan sering menghubungi saya setiap hari walaupun berjauhan, membuatkan saya rasa dekat dengannya.

“Saya sudah mula rasa ada kawan mengisi kekosongan. Keadaan itu membuatkan saya rasa teringin berkahwin semula. Perasaan untuk mempunyai teman hidup itu wujud secara semula jadi,” katanya.

Lalu atas persetujuan keluarga, Noraniza dan Jeffri bertunang pada 22 April lalu. Noraniza berkata biarpun dia sudah berkahwin dua kali, bakal ibu mentuanya sangat mementingkan adat lama.

“Ibunya tetap mahu hantar rombongan merisik. Selepas itu baru diadakan majlis pertunangan. Ingatkan selepas bertunang kali pertama pada usia 18 tahun, saya tidak akan bertunang lagi,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Duda bukan sebarang duda tapi Ustaz!

Betol-betol Hangat! 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

Oleh Kaki Wayang on

Sebenarnya ramai lagi artis yang cantik-cantik kot bila bertudung..cuma kekadang tu perangai dan tingkah laku je yang kurang cantik..antaranya ialah Irma Hasmie, Liza Hanim, Catriona Ross, Farah AF, Nora dan ramai lagi..cuma tak de gambar nak dijadikan bukti kejelitaan mereka apabila bertudung..

Dan begitu juga ramai artis yang saja mengenakan tudung atas tujuan mengikut skrip dan arahan pengarah..bagaimana pula dengan arahan Allah SWT?aku ni bukanlah nak tegur atau au ni Pak Lebai atau Tok Imam mahupun Ustaz yang hebat..tapi sekadar berkongsi rasa dan pengetahuan mengenai hukum sesuatu perkara..lebih-lebih lagi mengeni tudung ni..kan? Oklah tak nak bebel..korang tengok jela gambar ni..dah ramai dah yang post..aku jugak yang lembab tak post kat blog..hehehehe..

Artis wanita yang bertudung sememangnya nampak lebih cantik dan ayu. Kalau tak percaya boleh lihat gambar 10 artis wanita bila mereka mengenakan tudung yang lengkap.
1. Fazura

2. Tiz Zaqyah

3. Fouziah Gous

4. Erra Fazira

5. Neelofa

6. Nora Danish

7. Lisa Surihani

8. Maya Karin

9. Fasha Sandha

10. Dato’ Siti Nurhaliza

 
 
Sama-samalah kita berdoa agar mereka untuk terus bertudung dan ikhlas..amin..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

Betol-betol Hangat! Sah Ally Iskandar Putus Tunang 30 Julai Lalu !!!

Oleh Kaki Wayang on


Hajat pengacara terkenal, Ally Iskandar untuk menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini kini hanya tinggal kenangan apabila ikatan pertunangan yang diikat pada 11 Februari lalu putus di pertengahan jalan. Ally yang melangsungkan pertunangan dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal mengesahkan perkara ini ketika ditemui di rakaman program Mentor Raya di Sri Pentas 2,  Shah Alam.

“Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari  pertelingkahan yang besar. Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada keserasian di antara kami. Makin lama makin tidak Nampak keserasian itu walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.”

“Walaubagaimanapun, prinsip kami berbeza dan keputusan yang diambil ini memang berat untuk kami berdua. Kami sudah cuba cari jalan penyelesaian, tetapi tidak berhasil,” jelas Ally tenang.

Apabila ditanya apakah punca perpisahan tersebut, Ally memberitahu, “Kami tidak bergaduh dan tiada konflik. Punca disebabkan pihak ketiga juga tidak benar sama sekali. Perkara ini datang berperingkat- peringkat. Kami cuba untuk selesaikan masalah ini, tetapi memang tiada jalan  penyelesaian yang ditemui. Tidak dinafikan, Perkara ini memang meninggalkan kesan yang sangat besar dan amat menyedihkan. Kami telah mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga yang baru. Keluarga saya juga agak terkesan sebab  mereka semua cukup teruja bila saya bertunang hari itu,” tambah Ally lagi.

“Ini keputusan yang besar dan lebih baik keputusan ini dibuat sekarang dari dibiarkan berlarutan.  Apa-apa pun, saya dan Aishah masih berkawan baik. Cuma setakat ini, saya tidak mahu memikirkan tentang perkahwinan lagi kerana biarlah masa yang menentukan.”

“Selepas ini saya nak fikir tentang kerja balik serta kena ada tempoh untuk bertenang dan  muhasabah diri,” jelas Ally panjang lebar.

Kredit to: Diariartis

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Sah Ally Iskandar Putus Tunang 30 Julai Lalu !!!

Betol-betol Hangat! Prince William Divorces Kate Middleton

Oleh Kaki Wayang on

Pertama sekali, korang baca artikel ni..pastu korang bagi pandangan..aku pon tak tahu sejauh mana keesahihan berita ini tersebar..macam dibuat-buat jew..biasalah..kalau berita kat tenet ni..bukan semuanya leh percaya..takpelah kita tunggu jelah beberapa har lagi..kot-kot keluar kat yahoo atau google sal citer ni..pastu ramai pula tu yang post entri sal ni..aku pon teragak-agak nak buat entri ni ke tak..kang ade orang kata pula aku tiru entri dia..aku copy entry dia..plagiat katenyer..

Kalau betul lah, mesti Utusan Malaysia, Berita Harian hatta Harian Metro dah tentu siarkan sal kisah fairy tale ni..dah, dah..korang baca jelah artikel ni yer..


Barely a month after marrying 29-year-old Kate Middleton in a royal wedding ceremony watched by an estimated 2 billion people worldwide, Prince William announced Tuesday that he and Middleton have divorced and that the entire marriage was "a tremendous mistake in every possible regard." "I really don't know what I was thinking—we're a terrible match, I don't love her and never have, and, to be honest, I never really had any interest in being married in the first place," announced the now unattached Prince William to a dead-silent British press corps. "People thought our wedding was some sort of fairy tale, but I assure you it was all just some ghastly ceremonial farce that got out of hand. I'm just relieved it's over, frankly. And I'm glad I'll never have to see that awful woman again." Prince William then told the assembled reporters, "Well, see you all later," smiled, and walked back into Buckingham Palace.

P/s: BBH nasihatkan jangan duk percaya je citer khabar angin ni yer..tapi kan tak mustahil jugak kalau perkara ni benar..cuba tgk selebriti sukan kat Malaysia..12 hari kahwin pastu dah cerai..lagi hebat dari Putera William dan Kate Middleton kan..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Prince William Divorces Kate Middleton
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...