Jodoh itu ditangan Allah SWT. Tetapi adakah doa disertai dgn niat yg ikhlas dapat mengubah takdir Allah SWT. Saya ada membaca bahawa Allah SWT akan mengubah rezeki dan ajal seseorang jika kita berdoa disertai dgn amal perbuatan yg baik. Jadi, adakah jodoh juga begitu atau telah ditetapkan dan tidak akan berubah?
Doa memang mujarab akan tetapi hanya apabila ia disertai usaha daripada diri yang berdoa. Oleh itu langkah sepatutnya ialah:
[1] Merancang (plan)
[2] Berdoa agar rancangan tersebut adalah baik dan berjaya.
[3] Mengusahakan rancangan tersebut.
[4] Tawakal dan redha akan hasil usaha.
[5] Menganalisa diri. Jika rancangan dan usaha berjaya, kita melakukan analisa untuk membuat sesuatu lain yang lebih baik. Jika gagal kita melakukan analisa untuk membetulkannya dalam percubaan seterusnya.
Adakah jodoh sudah ditetapkan oleh Allah? Jawapannya, semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Akan tetapi untuk mengetahui apakah yang telah ditetapkan itu, kita perlu berusaha untuk mencarinya. Dan yang terpenting, usaha pencarian ini tidak ada titik noktahnya.
P/s: Terima Kasih kepada saudara Kapten Hafiz Firdaus Abdullah atas artikel yang ditulis dan sudi kongsikan dalam blog ini.
Sila baca selanjutnya → Edisi Khas Soal Jawab Agama! Jodoh!