PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label kehidupan harian rasulullah. Show all posts
Showing posts with label kehidupan harian rasulullah. Show all posts
Home » Posts filed under kehidupan harian rasulullah
Edisi Khas Kisah-kisah Nabi! Malaikat JIBRIL menemui Rasulullah SAW di Bukit Qubais
Oleh Kaki Wayang on
Edisi Khas Soal Jawab Agama! Cara Rasulullah Duduk
Oleh Kaki Wayang on
Sekadar gambar hiasan
Saya ingin mengikuti sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam dalam etika duduk. Bagaimanakah baginda duduk ?
Jawapan:
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [‘Ali Imran 3:31]
Ada beberapa hadis dalam bab ini, antaranya:
[1] Duduk bersila:
Jabir bin Samurah radiallahu-anhu berkata:
Adalah Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam setelah bersembahyang Fajar (Subuh), baginda duduk bersila di tempatnya sehinggalah terbitnya matahari yang indah (keputihan sinarnya).
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan lain-lain, dinukil dan dinilai sahih oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin (tahqiq & takhrij Shaikh Syu‘aib al-Arnuth; Maktabah al-Ma’mun, Jeddah 1996) – no: 821.
[2] Duduk di atas sebelah kaki manakala sebelah lagi diangkat dan dipaut dengan tangan.
Abdullah ibnu Umar radiallahu ‘anhuma berkata:
Saya melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam di halaman Ka’bah, beliau duduk dengan menegakkan kedua lututnya, (iaitu) dengan melingkar kedua tangannya ke sekeliling lututnya, dan ini cara duduk al-Qurfusaa’.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan dinukil oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin – no: 822. Duduk al-Qurfusaa’ adalah duduk mencangkung di atas sebelah lutut manakala lutut yang lain dilipat dan diangkat ke atas dan dipautnya dengan tangan sehingga bahagian peha mendekati badan atau perutnya. [Lihat Al-Alamah Muhammad bin ‘Allan: Daliil al-Falihin li Thariq Riyadus Salihin (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1995), 3/272].
[3] Duduk bertinggung.
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata:
Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam duduk bertinggung sambil makan kurma.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim – no: 2044.
Duduk bertinggung ialah duduk di atas kedua tapak kaki dengan kedua-dua kaki berlipat dan punggung tidak menjejak tanah.
[4] Jangan duduk bersandar dengan sebelah tangan.
Syirrid bin Suwaid radiallahu ‘anhu berkata:
Rasulullah melintas di hadapan aku sedang aku duduk seperti ini, iaitu saya bersandar kepada tangan kiri saya yang saya letakkan di belakang. Lalu baginda bersabda: Adakah engkau duduk sebagaimana duduknya orang-orang yang dimurkai?
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, dinukil dan dinilai sahih oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin – no: 824.
[5] Jangan duduk bersandar.
Abu Juhaifah radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Jangan makan sambil bersandar.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan dinukil oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin – no: 746.
Yang dimaksudkan bersandar adalah seperti orang yang duduk miring ke lambungnya yang sebelah, sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang angkuh dan sombong. Cara duduk seperti ini ditegah oleh Rasulullah. Selain itu cara duduk sedemikian mengganggu kelancaran perjalanan makanan dalam badan, dari mulut ke perut. [Lihat Al-Alamah Ibnu ‘Allan: op. cit., 3/209].
Demikian beberapa petunjuk sunnah Nabawiyah dalam cara duduk. Selain itu dibolehkan duduk sepertimana kita duduk dalam solat, iaitu duduk di antara dua sujud dan duduk Tasyahud akhir.
P/s: Terima Kasih kepada saudara Kapten Hafiz Firdaus Abdullah atas artikel yang ditulis dan sudi kongsikan dalam blog ini.