Bagi
tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari
hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari
sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah
apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan
kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri),
maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang
ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan
melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-R'ad 13:11)
Pada
zaman jahiliah di antara beberapa orang raja ada seorang raja yang
bernama raja Habib lbnu Malik di kota Syam. Orang-orang arab
menggelarnya “Raihanah Quraisyin.”
Ketika Raja Habib bersama
angkatan tenteranya seramai 12,000 orang singgah di Abthah, iaitu suatu
tempat dekat kota Makkah maka datanglah Abu Jahal beserta pengikut
pengikutnya memberikan berbagai-bagai hadiah kepada raja Habib.
Setelah itu Abu Jahal dipersilakan duduk di sebelah kanan raja Habib.
Berkata raja Habib: “Wahai Abu Jahal katakan kepadaku tentang Muhammad.”
Berkata Abu Jahal: “Tuan, silalah tuan tanya tentang Muhammad itu dari Bani Hasyim.”
Raja Habib pun bertanya kepada Bani Hasyim: “Wahai Bani Hasyim, katakan pada beta tentang Muhammad itu.”
Berkata Bani Hasyim: “Sebenarnya kami telah mengenal Muhammad itu sejak
dia kecil lagi, orangnya sungguh amanah dan setiap katanya benar; dia
tidak akan berkata selain dari yang benar. Apabila umur Muhammad
meningkat pada 40 tahun dia telah mula mencela Tuhan kita dan dia
membawa agama baru yang bukan datangnya dari nenek moyang kita.”
Sebaik sahaja raja Habib mendengar penjelasan dan Bani Hasyim maka dia
pun berkata: “Bawa Muhammad mengadap dengan cara baik, kalau Muhammad
degil maka gunakan kekerasan.
Setelah itu mereka pun mengutus
salah seorang untuk menjemput Muhammad SAW. Setelah Rasulullah SAW
menerima pesanan raja, baginda pun bersiap-siap untuk pergi, sementara
itu Abu Bakar ra dan Siti Khadijah menangis kerana takut baginda
dizalimi oleh raja tersebut.
Rasulullah SAW berkata: “Janganlah kamu berdua menangis, serahkanlah urusanku ini kepada Allah SWT.”
Kemudian Ahu Bakar ra pun mengaturkan pakaian untuk RasuIulIah SAW yang
terdiri dari baju berwarna merah dan serban berwarna hitam.
Setelah Rasulullah SAW mengenakan pakaian tersebut maka baginda bersama
Abu Bakar ra dan Khadijah ra pun pergi menghadap raja Habib. Setelah
sampai di hadapan raja, Abu Bakar ra berdiri di sebelah kanan Rasulullah
SAW sementara Siti Khadijah berdiri di belakang Rasulullah SAW.
Apabila raja Habib melihat baginda Rasulullah SAW berdiri dihadapannya
maka raja Habib pun bangun memberi hormat mempersilakan Rasulullah SAW
duduk di sebuah kerusi yang diperbuat dari emas. Sementara itu Siti
Khadijah yang merasa cemas berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, tolonglah
Muhammad dan mudahkanlah dia menjawab sebarang pertanyaan.”
Sewaktu baginda duduk di hadapan raja Habib maka keluarlah cahaya
memancar dari wajah baginda dan baginda duduk dengan tenang tanpa rasa
takut.
Raja Habib memulakan pertanyaan: ‘Wahai Muhammad, kamu
pun tahu bahawa setiap Nabi itu ada mukjizatnya, jadi apakah mukjizat
kamu itu?”
Bersabda Rasulullah SAW: “Katakan apakah yang kamu kehendaki?”
Berkata raja Habib: Aku mahu matahari itu terbenam dan bulan pula
hendaklah turun ke bumi dan kemudiannya bulan hendaklah terbelah menjadi
dua, kemudian masuk di bawah baju kamu dan separuh keluar melalui
lengan baju kamu yang kanan dan sebelah lagi hendaklah keluar melalui
lengan baju kamu yang kiri. Setelah itu bulan itu hendaklah berkumpul
menjadi satu di atas kepala kamu dan bersaksi atasmu, kemudian bulan itu
hendaklah kembali ke langit dan mengeluarkan cahaya yang hersinar dan
hendaklah bulan itu tenggelam. Sesudah itu hendaklah matahari yang
tenggelam muncul semula dan berjalan ke tempatnya seperti mulanya.”
Setelah mendengar begitu banyak yang raja Habib kehendaki, maka baginda Rasulullah SAW pun bersabda:
Apakah kamu akan beriman kepadaku setelah aku melakukan segala apa yang kamu kehendaki?”
Berkata raja Habib: “Ya, aku akan beriman kepadamu setelah kamu dapat menyatakan segala isi hatiku.”
Abu Jahal yang sedang menyaksikan percakapan itu segera melompat ke
hadapan sambil berkata: “Wahai tuanku, tuanku telah mengatakan yang
cukup baik dan tepat.”
Rasulullah SAW pun keluar lalu pergi
mendaki gunung Abi Qubais, kemudian baginda mengerjakan solat dua rakaat
lalu berdoa kepada Allah SWT. Setelah berdoa maka turunlah malaikat
Jibril as bersama dengan 12,000 malaikat dengan memegang panah di tangan
mereka.
Malaikat Jibril as berkata: “Assalamu alaika yaa Rasulullah, sesungguhnya Allah telah bersalam kepadamu dan berfirman:
“Wahai kekasihku, janganlah kamu takut dan bersusah hati. Aku akan
sentiasa bersamamu di mana sahaja engkau berada dan telah tetap dalam
pengetahuanKu dan berjalan di dalam qada kepastianKu di zaman azali
apa-apa yang diminta oleh raja Habib bin Malik pada hari ini; pergilah
kamu kepada mereka dan berikan hujjahmu dengan tepat dan jelaskan
keadaanmu dan keutusanmu. Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT telah
menundukkan matahari, bulan, malam dan siang. Sesungguhnya raja Habib
itu mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai kedua tangan, kedua
kaki dan tidak mempunyai kedua mata. Dan katakan kepadanya bahawa Allah
SWT telah mengembalikan kedua tangannya, kedua kakinya dan kedua
matanya.”
Setelah itu Rasulullah SAW pun turun dari gunung Abi
Qubais dengan rasa tenang dan rasa gembira. Malaikat Jibril as di
angkasa dan para malaikat berbaris lurus dan Rasulullah SAW berdiri di
maqam Ibrahim. Dan adalah saat itu matahari terbenam.
Matahari
mulai seakan-akan berlari cepat, ertinya matahari cepat-cepat terbenam
dan menjadi gelap gelita. Kemudian bulan terbit dengan terangnya,
setelah bulan naik meninggi baginda Rasulullah SAW memberikan isyarat
dengan dua jari-jarinya kepada bulan itu, dan bulan seakan-akan berlari
turun ke bumi dan berdiri di hadapan baginda Rasulullah SAW. Kemudian
bulan itu bergerak-gerak seperti awan lalu bulan itu terbelah menjadi 2
dan bulan itu masuk di bawah baju Rasulullah SAW separuhnya keluar
melalui lengan sebelah kanan baju baginda sementara yang sebelah lagi
keluar melalui lengan sebelah kiri baju baginda. Kemudian bulan kembali
bercantum mengeluarkan cahaya dengan terang lalu berdiri di atas kepala
Rasulullah SAW dengan berkata: “Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak
ada Tuhan melainkan Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu hamba
Allah dan RasulNya sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang
membenarkan engkau Muhammad dan rugilah orang-orang yang menyalahi
engkau.”
Setelah bulan berkata demikian maka bulan pun kembali
ke langit menjadi terang dan menghilangkan dirinya. Sebaik sahaja bulan
menghilangkan dirinya maka matahari pun timbul kembali. Oleh kerana raja
Habib telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW mesti memberitahu rasa
hatinya maka diapun berkata: ‘Wahai Muhammad, kamu masih ada satu syarat
lagi.”
Belum sempat Habib hendak berkata maka baginda
Rasululah SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu mempunyai seorang puteri yang
tidak mempunyai dua tangan, tidak mempunyai dua kaki dan dia juga tidak
mempunyai dua mata dan sesungguhnya ketahuilah olehmu Allah SWT telah
mengembalikan kedua tangan, kedua kaki dan kedua matanya.”
Sebaik sahaja raja Habib mendengar dan meihat segala galanya maka dia
pun berkata: “Wahai ahli Makkah, tidak ada kufur sesudah iman dan tidak
ada keraguan sesudah yakin, oleh itu ketahuilah oleh kamu sekelian
bahawa sesungguhnya aku bersaksi, Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang
satu dan tidak ada sekutu bagiNya, dan saya bersaksi bahawa sesungguhnya
Muhammad itu hambaNya dan utusan-Nya.”
Raja Habib dan semua
bala tenteranya masuk Islam. Kemarahan Abu Jahal meluap-luap dan dia
berkata: “Wahai tuan raja, apakah tuan percaya kepada ahli syihir ini
sehingga syihir itu telah mempersonakan tuan.”
Raja Habib tidak
menghiraukan kata-kata Abu Jahal, sebaliknya raja Habib kembali ke
negerinya Syam. Apabila raja Habib masuk ke dalam istananya dia disambut
oleh anak perempuanya dengan mengucap: “Asyhadu alla ilaaha illallah wa
asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa Rasuuluhu” (Saya bersaksi bahawa
sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan AlIah dan saya bersaksi bahawa
Muhammad itu adalah pesuruhNya dan utusanNya).
Raja Habib
tercengang dengan kalimah yang diucapkan oleh anaknya maka dia pun
berkata: “Wahai anakku, siapakah yang mengajarkan kepada kamu kalimah
ini?”
Berkata anak raja Habib: “Sebenarnya sewaktu saya tidur,
telah datang seorang lelaki lalu berkata kepada saya: “Sesunguhnya ayah
kamu telah masuk Islam, kalau kamu mahu masuk Islam maka aku kembalikan
segala anggota kamu dengan baik.” Setelah itu saya pun tidur dan pagi
ini diri saya tidak ada yang
kurang seperti yang ayah lihat sekarang”
Kemudian raja Habib bersyukur sujud kepada Allah SWT agar nikmat iman
dan bertambahlah keyakinan. Setelah itu raja Habib mengumpulkan emas,
perak dan kain lalu dinaikkan atas lima ekor unta berserta dengan
beberapa orang hamba
dikirimkan kepada Rasulullah SAW.
Ketika rombongan yang membawa segala hadiah dari raja Habib itu sampai
dekat kota Makkah, tiba-tiba muncul Abu Jahal bersama kuncu-kuncunya
lalu berkata: “Kamu semua milik siapa?”
Berkata rombongan itu: “Kami semua ini milik raja Habib bin Ibnu Malik dan kami hendak pergi pada Rasullulah SAW.”
Sebaik sahaja Abu Jahal mendengar jawapan dari rombongan itu maka dia
cuba merampas semua barang-barang yang bawa oleh rombongan itu, oleh
kerana rombongan itu enggan menyerahkan barang-barang tersebut maka
berlakulah pergaduhan antara kedua belah pihak. Apabila berlaku
peperangan diantara kedua belah pihak maka berkumpullah penduduk kota
Makkah dan datang bersama mereka Rasulullah SAW.
Melihat akan
kedatangan orang ramai maka berkata rombongan diraja itu: “Kesemua
barang yang kami bawa ini adalah milik raja Habib, dan raja Habib
berhajat untuk rnenghadiahkan kesemua barang ini kepada Rasulullah SAW.”
Abu Jahal berkata: “Raja Habib menghadiahkan kesemua harang ini kepada saya.”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai penduduk Makkah, adakah kamu semua suka kalau aku mencadangkan sesuatu?”
Berkata penduduk Makkah: “Ya, kami setuju.”
Bersabda Rasulullah SAW: “Kita hendaklah memutuskan percakapan unta ini, untuk siapakah sebenarnya harta ini.
Berkata Abu Jahal: “Kita tentukan perkara ini esok pagi.”
Setelah mendapat persetujuan dari Rasulullah SAW untuk ditunda pada
esok hari maka Abu Jahal pun balik dan terus pergi kepada
berhala-berhala yang disembahnya, dia pun memberi beberapa korban kepada
berhala-berhala mereka dan memohon pertolongan pada berhala mereka
sehingga pagi.
Apabila waktu yang dijanji telah tiba maka
ramailah penduduk kota Makkah datang untuk melihat keputusan pengadilan.
Rasulullah SAW datang bersama bapa saudara baginda danAbu Jahal bersama
kuncu-kuncunya. Sebaik sahaja Abu Jahal sampai maka dia pun terus
mengelilingi unta itu dengan berkata: “Berkatalah unta-unta semua atas
nama Lata, Uzza dan Manata.” Setelah Abu Jahal berkata demikian sekian
lama sehingga matahari telah tinggi, namum unta-unta itu tidak berkata
apa-apa.
Maka berkata penduduk kota Makkah: ‘Wahai Abu Jahal,
cukuplah apa yang kamu buat itu, sekarang giliran Muhamad pula untuk
melakukannya.”
Rasulullah SAW pun menghampiri unta-unta
tersebut dengan berkata: ‘Wahai unta makhluk Allah, demi ciptaan Allah
berkatalah kamu dengan kekuasaan Allah.”
Setelah Rasulullah SAW
berkata demikian maka bangunlah salah satu dari lima ekor unta lalu
berkata: “Wahai ahli kota Makkah, kami semua ini adalah hadiah raja
Habib bin Ibnu Malik untuk dipersembahkan kepada Rasulullah SAW.”
Sebaik sahaja unta itu berkata demikian maka RasulullahSAW pun menarik
unta-unta tersebut berserta dengan barang-barang yang dibawanya ke
gunung Qubais, kemudian Rasulullah SAW mengeluarkan semua emas dan perak
yang
ada di atas unta lalu dikumpulkan sehingga menjadi bukit
lalu berkata: “Wahai emas dan perak, hendaklah kamu semua menjadi
pasir.”
Kemudian dengan sekejap sahaja kesemua emas dan perak itu menjadi bukit sehingga sekarang.
Mengenai Penulis:
Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.
Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook