Mula-mula aku ingatkan Kerajaan bagi setengah bulan gaji je bonus..walaupun pada hakikatnya dah 2 kali termasuk yang akan Penjawat Awam dapat pada Disember ni..tapi sebenarnya selepas diteliti..bkan itu saha malah Kerajaan bertindak untuk memansuhkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan menggantikan dengan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)..
Banyak manfaat yang boleh PA (Penjawat Awam) dapat dari sistem yang baru ini..antaranya adalah:-
- Tambahan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500
- Mewujudkan Dasar Pemisah
- Menambah baik struktur gaji PA dengan kenaikan 7-13%
- Kenaikan gaji tahunan PA antara RM80-RM320 mengikut gred
- Menambah baik sistem perkhidmatan awam mengikut "time-base"
- Usia persaraan dilanjutkan dari 58-60
- Bantuan yuran pengajian untuk Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah
Salah satu contoh ketara adalah..gaji maksimum PA kini berubah dengan kadar yang lebih tinggi...sebagai contoh jika dibawah SSM, bagi seorang guru gred DG48, gaji maksimum adalah RM6325.39..tapi dibawah SBPA ini gaji maksimum kini berubah kepada RM8710.00 iaitu meningkat sebanyak 37.7%..dan begitulah seterusnya kepada semua oenjawat awam..
Tahniah dan terima kasih kepada kerajaan..Alhamdulillah dapat jugak Bonus kan...dahla nak sambung belajar lagi..dapatlah bantuan sikit kan..yihaaaaaaaaaaa..