JIKA seorang isteri melahirkan anak luar nikah bersama lelaki lain, adakah anak itu boleh dibinkan dengan nama suaminya?
Jawapan:
ISLAM menetapkan bahawa nasab keturunan anak yang lahir dalam masa
perkahwinan antara kedua-dua pasangan suami isteri kepada suami wanita
itu dengan syarat suaminya tidak membantah atau menafikannya.
Oleh itu, anak terbabit boleh dibinkan dengan nama suami wanita
berkenaan. Ini kerana apabila Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Anak
adalah bagi yang mempunyai hamparan.” Maksud hamparan di sini adalah
suami wanita itu.
Bagaimanapun, perbuatan zina masih salah dan haram. Mereka yang melakukannya hendaklah bertaubat kepada Allah dan berjanji untuk tidak lagi mengulangi perbuatan itu lagi.
Bagaimanapun, perbuatan zina masih salah dan haram. Mereka yang melakukannya hendaklah bertaubat kepada Allah dan berjanji untuk tidak lagi mengulangi perbuatan itu lagi.