Sebuah restoran dan sebuah kedai roti di Umm Al Quwain, diarah tutup dan didenda kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan. Pasukan pemeriksa dari Majlis Perbandaran Umm Al Quwain menutup
premis kedai roti terkenal di situ dan mendendanya sebanyak Dh10,000
(RM9,000) apabila mereka menemui tahi tikus dalam pastri. Pihak majlis terus menutup kedai roti itu dan meletakkan notis di
pintu premis berkenaan yang mengatakan ia ditutup kerana melanggar
peraturan kebersihan.
Pemilik kedai itu bagaimana menampal notis lain yang mengatakan kedai itu ditutup kerana ‘masalah bekalan elektrik.’
Pemilik kedai itu bagaimana menampal notis lain yang mengatakan kedai itu ditutup kerana ‘masalah bekalan elektrik.’
Pihak majlis mengarahkan pemilik kedai membuang notis yang dibuatnya sendiri tetapi dia meletakkan pula sebuah bas persendirian di hadapan pintu kedainya untuk menghalang notis majlis daripada dilihat oleh pelanggan.
Akhirnya, pemilik kedai itu diarah menutup kedainya selama tiga hari lagi.
Dalam satu kejadian lain, sebuah restoran ditutup dan pemiliknya didenda sebanyak RM9,000 setelah pekerja di restoran tersebut mengadu kepada majlis, daging yang disimpan selama empat bulan, dimasak dan dihidang sebagai hidangan utama dan digunakan dalam sandwic shawarma.
Anggota pemeriksa mendapati aduan tersebut benar ketika mereka memeriksa restoran itu.