Dalam sehari, berapa kali anda mandi? 3 kali? 2 kali? Atau 1 kali
saja? Saya kalau hari bekerja, akan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Iaitu lepas bangun tidur sekali, dan selepas balik dari kerja sekali.
Tapi
kalau hujung minggu atau hari cuti, saya akan mandi lebih kerap. Paling
tidak 3 kali iaitu pagi, tengahari dan sebelum maghrib.
Sebelum
itu, saya ingin bertanya kepada anda. Bagaimanakah cara anda mandi
setiap hari? anda basahkan dari bahagian atas (kepala) dulu atau dari
bahagian bawah (kaki) dulu? Atau anda jirus dari bahagian tengah (badan)
dulu? Saya ada bertanya kepada kawan-kawan saya bagaimana mereka mandi?
Adakah mandi mula dengan basahkan kaki dulu atau kepala dulu?
Kebanyakan mereka cakap, mereka mandi mula dari kepala dulu.
Saya katakan kepada mereka, cara itu kurang baik. Sebab saya pernah
terbaca satu artikel yang menceritakan tentang cara mandi yang lebih
baik dan patut diamalkan oleh semua orang.
Apakah cara tersebut?
Caranya ialah mandi dengan cara membasahkan bahagian bawah dulu (kaki)
dan kemudian baru basahkan bahagian badan dan seterusnya bahagian
kepala. Cara mandi ini disebut ‘mandi songsang’.
Menurut artikel
yang saya baca, cara mandi sebegini adalah satu kaedah terapi yang amat
hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.
Kebiasaannya,
ramai diantara kita mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian
kepala dulu. Sebenarnya cara ini akan memberikan kesan yang buruk pada
kesihatan diri.
Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana
siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Ia
boleh menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Ini adalah
disebabkan, seluruh sistem hormon dan aliran bendalir dalam badan
adalah diatur dan disetkan di dalam kepala. Jadi, cara mandi bermula
dari kepala akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan
badan.
Cara yan bagus dan lebih dianjurkan ialah, mandi songsang
iaitu dengan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan
beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan
kepala.
Berikut ini dicatatkan beberapa kebaikan dan kelebihan mandi songsang atau mandi yang bermula dari bahagian bawah.
- Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
- Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
- Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
- Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Menjadikan pengamal semakin pintar.
- Meninggikan daya ingatan.
- Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
- Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
- Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
- Memiliki daya ketahanan mental.
- Menambahkan semangat berani.
- Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.