Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya
ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental anda,
emosi anda, kesabaran anda.
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya
senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda
sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau
selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut
connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini,
tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis!
Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda,
keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan
dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by
step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini
mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau
Ada
dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik,
masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada
kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu
menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau,
belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap
syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur
kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan
menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit
jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang
memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur
seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa
syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam
sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf
dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif
(takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas
hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran
negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda
selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri
Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain
tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat
perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih,
kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua
ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa
bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan
Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita
yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari
“funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara
automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa
sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…
6. Ubah Fikiran
Kita
tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan
murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan
tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya,
cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak
berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai
positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi
keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang
baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu
fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik
semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya.
Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih
advance, itu hukum Law Of Attraction.
7. Hati Mesti ‘Keras’
Bukan
keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi,
pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah
menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar
dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat
baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan
kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak
sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik
pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum
masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan
dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas
bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.