Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya
ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur
Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana
kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta
Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi
seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat
memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari
untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama
tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja
Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang
berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat
di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke
istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang
hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.
“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”
“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.