Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi
juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan.
Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen
berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk
menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan
siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah.
Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda
menghadap ke mana?
KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah
adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui
semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20
Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi,
Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir
mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat
bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil
Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan
satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang
pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan
dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi
itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak
berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu
masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan
paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah
di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada
di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah
zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau
hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum
kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon
magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur
seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan
panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan
pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
"Ini
telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk
membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna
bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke
seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat
lain di dunia ini," jelasnya
Pelbagai bukti saintifik dari
kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di
"Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah
cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak
akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke
mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau
ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan
bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini
sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah
fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita
belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..
Mengenai Penulis:
Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.
Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook