Apabila
kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah
ada dua pilihan terbentang….
Yang
Pertama..
Kamu
jadi seperti kelapa..mudah diperoleh Diparut.. Diperah.. Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang…
Yang
Kedua..
Kamu
menjadi sebutir mutiara.. Berada di dasar lautan.. Tersimpan rapi.. Dilindungi
kulit.. Bukan senang nak melihat.. Apa lagi mendapatkannya.. hanya orang yang
bertuah.. Beruasaha menyelami dasar lautan.. Dapat memperolehnya.. Harganya
mahal sekali.. Dan ia akan tersimpan selamanya..
Jadi..
Kamu
pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..Di
sebalik santan.. menjadi penyedap makanan.. diperah segala kenikmatan..dengan
mudah jatuh menjadi titisan.. akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa
habis ditelan.. dan santan hilang tak jadi ingatan.. yang terasa lazat hanya
kari dan pulut panggang.. orang tak kenang jasa santan..
Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam.. sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana dilapisi kulit yang keras menghadang.. namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi permata hiasan.. terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher
nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin lama mutiara tertanam.. makin
tinggi nilaian..
OLEH
ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..
Menjadi
santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan.. kemudian
hilang segala nikmat dan pujian..
Menjadi
mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis perawan.. hilang
ia..tangisan mengiringi berzaman..