PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label rusuhan di London. Show all posts
Showing posts with label rusuhan di London. Show all posts
Home » Posts filed under rusuhan di London
Edisi Hangat! Kenyataan bapa Ashraf dapat liputan di Britain!
Oleh Kaki Wayang on
Akhbar Mail On Sunday semalam melaporkan Rosli Harun yang
merupakan bapa pelajar yang diserang dan disamun semasa rusuhan di
London, Mohd. Ashraf Raziq Rosli menyatakan negara berkebajikan Britain
menggalakkan rakyat menjadi malas.
Menurutnya, pemuda berusia 17 tahun yang menyerang anaknya tidak bekerja dan memperoleh wang daripada kerajaan.
"Sistem di Britain membuatkan rakyat menjadi malas. Di Malaysia, jika
anda ingin mendapatkan wang, anda harus bekerja. Jika anda mahu wang
yang lebih, anda harus belajar bersungguh-sungguh.
"Di Britain, rakyat yang bekerja membayar cukai dan ia disalurkan
kepada orang yang tidak bekerja. Saya tidak faham tentang perkara itu,"
katanya seperti yang disiarkan di akhbar The Mail on Sunday.
Kenyataan itu disiarkan selepas dua lelaki didapati bersalah merompak
Ashraf dengan berpura-pura membantunya dalam insiden rusuhan di sini
pada musim panas tahun lalu. Ashraf, 21, diserang di Barking ketika rusuhan berlaku di sini pada 8 Ogos tahun lalu.
Sebelum itu, pelajar jurusan perakaunan tajaan Majlis Amanah Rakyat
(Mara) dari Kuala Lumpur itu sedang berbasikal ke rumah seorang rakannya
di sini apabila dia ditumbuk sehingga menyebabkan rahangnya patah
manakala basikalnya turut dilarikan.
Ketika dia terbaring cedera, John Kafunda, 22, dari Ilford dan Reece
Donovan, 24, mencuri beberapa barangan di dalam beg mangsa termasuk
sebuah konsol per mainan video bersama 10 permainan video bernilai
sekitar £500 (RM2,376).
Kedua-duanya didapati bersalah di Mahkamah Diraja Wood Green di sini
pada Jumaat lalu kerana melakukan rom pakan dan berkelakuan ganas.
Pada 16 Februari lalu, suspek ketiga, Beau Isagba, 17, didapati bersalah menyerang Ashraf dan mencuri basikal mangsa.
Menurut Rosli yang merupakan bekas pegawai tentera, kejadian itu meninggalkan kesan psikologi ke atas Ashraf.
"Apabila dia melihat orang ramai datang ke arahnya di jalanan, dia
akan menyeberangi jalan raya dan berjalan di bahagian lain," katanya.
Edisi Terkini! Perkembangan Terkini Kes Rusuhan London: 2 lagi salah samun Asyraf!
Oleh Kaki Wayang on
Dua lelaki, yang berpura-pura bertindak seperti orang yang baik
tetapi kemudian menyamun pelajar Malaysia ketika rusuhan di London Ogos
lalu, disabitkan kesalahan oleh panel juri, hari ini. Perbuatan John Kafunda, 22, yang dirakamkan menerusi video amatur,
menunjukkan dia cuba mententeramkan Mohammed Asyraf Haziq Rossli selepas
dia diserang ketika rusuhan.
Panel juri 12 orang, masing-masing enam lelaki dan wanita, mendapati
kedua-dua Donovan dan Kafunda atas tuduhan yang dibawa ke atas mereka. Ketika dia bertindak sedemikian, rakannya Reece Donovan, 24, pula menggeledah beg sandang dan melarikan barang-barang miliknya.
Betol-betol Hangat! Pemuda serang Asyraf didakwa
Oleh Kaki Wayang on
Seorang pemuda yang ditahan berhubung kejadian pelajar Malaysia diserang dan disamun di Barking ketika rusuhan di London, baru-baru ini telah didakwa atas tuduhan merompak pelajar tersebut. Jurucakap Polis Metropolitan berkata, Reece Donovan berumur awal 20-an dari Romford, timur London telah didakwa merompak Muhammad Asyraf Haziq Rossli.
''Donovan dibawa ke mahkamah lewat hari ini untuk didakwa,'' katanya.
Donovan ditahan kelmarin selepas orang ramai mengutuk serangan ke atas Muhammad Asyraf oleh sekumpulan pemuda dan kanak-kanak. Video mengenai serangan ke atas pelajar jurusan akaun itu telah dirakam dan disiarkan di laman YouTube menunjukkan sekumpulan lelaki berlakon membantu Muhammad Asyraf, sebaliknya bertindak menyerang dan menyamunnya.
Rakaman video itu telah tersebar luas dengan ditonton hampir tiga juta kali di YouTube.
Kejadian itu turut disifatkan oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron sebagai tindakan menjijikkan dan menandakan nilai moral masyarakat Britain semakin teruk.
Betol-betol Hangat! Edisi Rusuhan! Pelajar Malaysia dibelasah di London!
Oleh Kaki Wayang on
“Anak saya bukan saja dipukul hingga patah gigi dan rahang, tetapi dia disamun sekumpulan lelaki sebaik melalui satu kawasan rusuhan di London,” kata Rossli Harun, 49, bapa pelajar Malaysia di Universiti Kaplan, London, Asyraf Haziq, 20. Rossli berkata, dia dihubungi Mara dari bahagian pelajar luar negara pagi semalam, memberitahu mengenai kejadian menimpa anaknya itu.
Menurutnya, daripada maklumat yang diperoleh, anaknya serta seorang kawan Mohd Fariz ketika itu dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah pelajar senior mereka. Rossli yang bekerja sebagai Pengurus Eksekutif Bangunan berkata, dia terkejut dengan berita itu kerana beberapa jam sebelum kejadian, Asyraf ada menghubunginya untuk bertanyakan khabar ibu serta keluarga lain.
“Rasa macam tak percaya kerana dia baru saja telefon kira-kira jam 11 malam semalam (kelmarin), tiba-tiba pagi tadi (semalam) kira-kira jam 9 pagi, kami dikejutkan dengan berita yang menimpa Asyraf.
“Saya ada juga menghubungi Wisma Putra untuk mengetahui mengenai keadaan rusuhan di sana, namun dimaklumkan tiada rakyat atau pelajar Malaysia yang terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, video bagaimana Asyraf dipukul dan disamun tersebar dalam YouTube di Internet. Namun, dia bersyukur anaknya itu selamat dan kini dirawat di hospital.
“Kami juga difahamkan, Asyraf akan dibedah esok (hari ini) untuk merawat rahangnya yang patah. Saya sekeluarga begitu bimbang dan bersedih dengan apa yang menimpa anak, tambahan dia baru saja sebulan di sana melanjutkan pelajaran.
“Jika ada peluang saya dan isteri akan ke London untuk melihat keadaannya, tapi ia bergantung pada perkembangan rusuhan di sana. Tak sangka perkara ini boleh berlaku, lebih-lebih lagi menjelang Syawal ini, Asyraf tidak dapat pulang kerana baru saja di sana,” katanya.
Menurutnya lagi, jika perlu dia meminta Mara membawa pulang anaknya kerana dalam keadaan sekarang, Asyraf mungkin terpaksa menangguhkan pelajaran.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Asyraf tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.
“Pelajar itu tidak terbabit dalam rusuhan, tetapi dia diserang sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarahi rakannya untuk berbuka puasa di utara London,” katanya pada majlis berbuka puasa di Institut Kemajuan Desa (Infra).
P/s: Sejak berlakunya rusuhan..BBH tengok makin lama makin teruk dah London..kejadian curi, rompak, vandalisme dan macam-macam lagi semakin teruk..diharapkan keadaan di sana akan kembali aman..