PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label rusuhan. Show all posts
Showing posts with label rusuhan. Show all posts

Edisi Sentap! Upsi tetap dengar kes tatatertib Adam Adli 9 Januari!

Oleh Kaki Wayang on


Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) kekal dengan pendirian mahu mendengar kes tatatertib terhadap penuntutnya Adam Adli Abdul Halim, yang menurunkan banting berupa bendera Datuk Seri Najib Razak bulan lalu, 9 Januari ini.
 
Walaupun didesak pelbagai pihak supaya Adam Adli tidak diambil tindakan tatatertib oleh Upsi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk  Dr Junaidi Abu Bakar berkata, ia akan tetap diadakan jam 3 petang, 9 Januari.
 
Menurutnya, meskipun perhimpunan di pekarangan Upsi awal pagi semalam bertujuan  mendesak supaya Adam Adli dibebaskan, pihaknya tidak berganjak dengan keputusan tindakan tatatertib terhadapnya.
 
“Adam Adli sedia maklum bahawa pendengaran hukuman akan diadakan pada 9 Januari ini atas tindakannya menurunkan bendera, namun penyertaannya pada demonstrasi di hadapan perkarangan Upsi juga akan dikenakan tindakan tatatertib sekali lagi oleh pihak Upsi ,” katanya.
 
Bagaimanapun katanya, notis tindakan tatatertib kepada Adam Adli akibat penyertaannya pada demonstrasi itu akan diserahkan dalam tempoh 10 hingga 14 hari lagi.
 
Junaidi berkata, selain Adam Adli, seorang lagi mahasiswi Upsi, yang turut ditahan polis pada malam kejadian itu, Siti Nurul Piteriah Abdul Halim, pelajar tahun ketiga juga tidak terlepas dengan tindakan tatatertib.
 
Dalam pada itu katanya, Upsi kini sedang menyiasat pembabitan beberapa mahasiswanya pada demonstrasi menuntut pembebasan Adam Adli  dan penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) semalam.
 
Junaidi berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman video dalam kejadian terbabit bagi memastikan identiti mahasiswa yang terlibat.
 
“Kami dimaklumkan terdapat beberapa mahasiswa Upsi yang terlibat. Jika terdapat bukti sahih pembabitan itu, mereka juga tidak akan terlepas dengan tindakan tatatertib oleh pihak Upsi,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Upsi tetap dengar kes tatatertib Adam Adli 9 Januari!

Betol-betol Hangat! Edisi Rusuhan! Pelajar Malaysia dibelasah di London!

Oleh Kaki Wayang on

SERANG...rakaman dalam Youtube menunjukkan Asyraf disamun selepas diserang di London. 

“Anak saya bukan saja dipukul hingga patah gigi dan rahang, tetapi dia disamun sekumpulan lelaki sebaik melalui satu kawasan rusuhan di London,” kata Rossli Harun, 49, bapa pelajar Malaysia di Universiti Kaplan, London, Asyraf Haziq, 20. Rossli berkata, dia dihubungi Mara dari bahagian pelajar luar negara pagi semalam, memberitahu mengenai kejadian menimpa anaknya itu.

Menurutnya, daripada maklumat yang diperoleh, anaknya serta seorang kawan Mohd Fariz ketika itu dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah pelajar senior mereka. Rossli yang bekerja sebagai Pengurus Eksekutif Bangunan berkata, dia terkejut dengan berita itu kerana beberapa jam sebelum kejadian, Asyraf ada menghubunginya untuk bertanyakan khabar ibu serta keluarga lain.


“Rasa macam tak percaya kerana dia baru saja telefon kira-kira jam 11 malam semalam (kelmarin), tiba-tiba pagi tadi (semalam) kira-kira jam 9 pagi, kami dikejutkan dengan berita yang menimpa Asyraf.

“Saya ada juga menghubungi Wisma Putra untuk mengetahui mengenai keadaan rusuhan di sana, namun dimaklumkan tiada rakyat atau pelajar Malaysia yang terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, video bagaimana Asyraf dipukul dan disamun tersebar dalam YouTube di Internet. Namun, dia bersyukur anaknya itu selamat dan kini dirawat di hospital.

“Kami juga difahamkan, Asyraf akan dibedah esok (hari ini) untuk merawat rahangnya yang patah. Saya sekeluarga begitu bimbang dan bersedih dengan apa yang menimpa anak, tambahan dia baru saja sebulan di sana melanjutkan pelajaran.

“Jika ada peluang saya dan isteri akan ke London untuk melihat keadaannya, tapi ia bergantung pada perkembangan rusuhan di sana. Tak sangka perkara ini boleh berlaku, lebih-lebih lagi menjelang Syawal ini, Asyraf tidak dapat pulang kerana baru saja di sana,” katanya.

Menurutnya lagi, jika perlu dia meminta Mara membawa pulang anaknya kerana dalam keadaan sekarang, Asyraf mungkin terpaksa menangguhkan pelajaran.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Asyraf tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

“Pelajar itu tidak terbabit dalam rusuhan, tetapi dia diserang sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarahi rakannya untuk berbuka puasa di utara London,” katanya pada majlis berbuka puasa di Institut Kemajuan Desa (Infra).

P/s: Sejak berlakunya rusuhan..BBH tengok makin lama makin teruk dah London..kejadian curi, rompak, vandalisme dan macam-macam lagi semakin teruk..diharapkan keadaan di sana akan kembali aman..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Edisi Rusuhan! Pelajar Malaysia dibelasah di London!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...