Edisi Terkini! Perkembangan Terkini Kes Rusuhan London: 2 lagi salah samun Asyraf!

Oleh Kaki Wayang on


Dua lelaki, yang berpura-pura bertindak seperti orang yang baik tetapi kemudian menyamun pelajar Malaysia ketika rusuhan di London Ogos lalu, disabitkan kesalahan oleh panel juri, hari ini. Perbuatan John Kafunda, 22, yang dirakamkan menerusi video amatur, menunjukkan dia cuba mententeramkan Mohammed Asyraf Haziq Rossli selepas dia diserang ketika rusuhan.

Panel juri 12 orang, masing-masing enam lelaki dan wanita, mendapati kedua-dua Donovan dan Kafunda atas tuduhan yang dibawa ke atas mereka. Ketika dia bertindak sedemikian, rakannya Reece Donovan, 24, pula menggeledah beg sandang dan melarikan barang-barang miliknya.


Rusuhan bermula di Brixton, London Selatan dan kemudian merebak ke beberapa bandar utama England.
Selain didapati bersalah menyebabkan kekacauan, Donovan juga didapati bersalah kerana mencuri dan Kafunda pula menyamun.

Dua minggu lalu, Beau Isagba yang berusia 17 tahun juga didapati bersalah menumbuk Mohammed Asyraf dan menyebabkan kecederaan di bahagian rahang. Serangan ke atas pelajar Malaysia itu merupakan satu daripada berita paling mengejutkan semasa rusuhan di London itu kerana kejadian tersebut sempat dirakam oleh orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian yang kemudian dimuat naik di YouTube.

Video berkenaan tidak menunjukkan Muhammad Asyraf ditumbuk, tetapi mulutnya berdarah selepas basikalnya dicuri. Beberapa lelaki kemudian datang kononnya untuk membantu Muhammad Asyraf, namun mereka sebaliknya menggeledah beg sandang yang dibawanya.

Semasa perbicaraan di sebuah mahkamah di utara London, semalam Isagba mengaku mencuri basikal pelajar Malaysia itu, tetapi menafikan dia ada menumbuk Muhammad Asyraf. Bagaimanapun, juri mendapati remaja itu bersalah kerana menyebabkan kecederaan kepada mangsa dan mencuri.

Ketika kejadian, Muhammad Asyraf sedang menaiki basikal untuk bertemu seorang rakan perempuannya yang takut dengan rusuhan yang berlaku selama empat malam di Britain. Mahkamah diberitahu bahawa pelajar Malaysia itu diganggu dua kumpulan perusuh, yang pertama mencuri basikal serta menggeledah beg sandangnya sementara kumpulan yang kedua menumbuknya di muka.

Identiti Isagba, sebelum ini dirahsiakan kerana dia masih di bawah umur, namun hakim memutuskan ia perlu didedahkan kerana kes yang luar biasa.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...